4. 'Dia' - Muncul

3.3K 83 30
                                    

FAIZUL tergamam melihat sekujur tubuh yang terlentang kaku. Dia berdiri dan memerhati. Manakala Ustaz Amirul berlegar-legar di dalam bilik. Seolah mencari-cari sesuatu. Seorang lelaki yang dapat mengesan nadi Haidir yang masih berdenyut, berusaha untuk melakukan rawatan kecemasan terhadap Haidir. Lelaki yang dikenali sebagai Fikri seolah bersedia untuk melakukan kaedah Resusitasi Kardiopalmonari (CPR), namun dia sedikit teragak-agak kerana wajah dan tubuh Haidir diselaputi lendir hitam yang pekat dan likat. Begitu memualkan sesiapa yang menghampiri tubuh itu.

Tanpa rasa geli atau jijik, Fikri berada di atas dada Haidir- merapatkan kedua belah tangannya lalu menekan-nekan pada bahagian tengah dada Haidir dengan beberapa kali. Tumpuannya untuk memastikan jantung Haidir terus bergerak. Dia merasakan bahawa jantung Haidir masih berdenyut cuma pernafasannya yang tersekat. Lelaki itu berada di atas badan Haidir dan tidak menekan dada Haidir kerana jantung masih lagi berdenyut. Seterusnya, Fikri melakukan teknik 'Heimlich Maneuver' untuk mengeluarkan sesuatu yang berada di dalam kerongkong.

Kemudian dia mengalihkan tubuh Haidir dengan bantuan Ustaz Amirul supaya berkedudukan mengiring ke kanan, tangan kiri Haidir diletak di bawah kepalanya. Beberapa kali dia menjolok ke dalam rongga mulut Haidir untuk mengeluarkan lendir yang bertakung di dalamnya. Beberapa detik, kelihatan lendir yang berwarna hitam mula mengalir keluar bersama ketulan-ketulan pejal yang berbaur hanyir. Bau busuk menerpa ke rongga hidung masing-masing. Lelaki itu mencuba lagi, kali ini tubuh Haidir dibaringkan terlentang, bahagian aib ditutup dengan selimut. Namun, mereka mampu mengagak bahawa Haidir berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Beberapa minit kemudian, beberapa anggota polis tiba bersama bantuan perubatan. Mereka yang baru tiba kelihatan kehairanan melihat keadaan Haidir yang sangat aneh. Pasukan perubatan secara lekas mengangkat tubuh Haidir lalu diusung dengan menggunakan strecher. Mulut Haidir disarungkan alat bantuan pernafasan supaya dia masih lagi diselamatkan. Beberapa anggota polis menggeleng-gelengkan kepala seakan tidak percaya terhadap apa yang mereka lihat. Bagi mereka kejadiaan yang telah berlaku begitu misteri sekali.

******

FAIZUL kembali ke rumah menjelang senja. Walaupun tubuhnya amat keletihan namun dia perlu bersiap untuk ke rumah Mak Longnya iaitu Tengku Long Zaharah. Berkali-kali bonda menelefonnya supaya turut hadir ke majlis kerabat yang bakal berlangsung sebentar lagi. Semasa melangkah masuk ke dalam rumah, tidak semena-mena bulu romanya meremang. Dia berhenti sekejap, tidak jadi untuk meneruskan langkah.

Dia berpaling kebelakang sejenak, sekadar untuk melihat. Semenjak pulang dari hospital dia seperti dapat merasai ada sesuatu yang memerhatikan gerak-gerinya. Bagaikan ada sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya. Faizul menyalakan sebatang rokok, sengaja untuk duduk berlengah di luar rumah. Bau busuk dan meloyakan seolah masih bersisa pada rongga hidungnya. Sambil itu, matanya kerap melilau ke sekeliling halaman- cuba mencari keganjilan namun hampa. Tatkala daun pintu dibuka, telinganya menangkap bunyi kibaran kepak seekor burung besar seolah-olah berada begitu hampir dengannya. Lantas dia menoleh ke belakang namun tiada objek asing yang kelihatan pada pandangan matanya. Faizul menarik nafas- cuba menyingkir debaran yang kembali mengetuk jantungnya.

****

"Weh, our handsome cousin is coming!" Jerit seorang lelaki di dalam kelompok manusia-manusia yang berkumpul di halaman sebuah rumah agam yang tersergam indah.

"Choi!!! Orang buta aje kata aku handsome!" Sambut Faizul tersengih-sengih. Lalu menapak ke arah beberapa orang pemuda yang sedang berdiri dan bersembang sesama sendiri.

"Long time no see, bro. Best sangat ke kari kepala ikan kat Penang. Sampai lupa nak balik kampung." Usik seorang pemuda yang segak berbaju melayu berwarna biru laut. Seraya pemuda itu menumbuk bahu Faizul secara perlahan namun berjaya di tepis. Tanpa berlengah, Faizul cuba 'menghadiahkan' hentakan telapak tangan pada dada pemuda itu. Pemuda yang berbaju biru itu mengelak lalu cuba menetak menggunakan tangan kiri. Faizul dapat memegang tangan kiri pemuda lalu memulas sedikit seterusnya memaut ke belakang pemuda itu.

JELMAAN BIDADARIWhere stories live. Discover now