Sebelum itu.
Gimbaran mengepak dua belah tangan lalu terjun dari dahan pokok kekabu.
Tubuh makhluk dari alam hitam melayang di udara untuk menuju pada Bonda yang berada di pintu pagar. Gaya terbang Gimbaran tak ubah seperti seekor kelawar.
Gimbaran memukul lutut Bonda dengan menggunakan penumbuk kiri, manakala pinggang Bonda ditampar dengan penumbuk kanan pula.
Bonda hampir rebah. Mujurlah pintu pagar menjadi tongkat sementara. Ketika Bonda terhincut-hincut menuju ke pankin, Gimbaran sekali lagi mendekati untuk membuat onar.
Gerakan dan tingkah-laku Gimbaran tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.
Gimbaran, makhluk ghaib yang diciptakan dari api sedang mencangkung di hadapan Bonda. Mata liarnya enak melahap setiap inci tubuh balu yang selalu kesepian. Dia mengukir senyuman besar ketika teringat akan rancangan jahat pendampingnya. Nafsu serakah Gimbaran begitu buas. Nafsu melebihi akalnya yang pendek.
Gimbaran gemar memperkosa perempuan yang bergelar isteri atau balu dan janda. Makhluk terkutuk ini lebih meminati pada para isteri yang punya selingkuhan di luar ataupun janda dan bali yang sering merintih inginkan belaian lelaki. Pun begitu, Gimbaran tidak kekok untuk memberi khidmat kepada mana-mana perempuan yang sering berfantasi sebagai jalang.
Kebolehan Gimbaran agak unik. Setelah berlaku pemerkosaan terhadap perempuan. Ada kemungkinan si mangsa Gimbaran mengalami perubahan pada keinginan batin. Kehendak nafsu mereka menjadi tinggi berbanding sediakala.
Dua biji mata berona merah Gimbaran begitu asyik merenung tubuh Bonda yang duduk berlunjur di atas pankin. Betis putih Bonda terpamer setelah kain batik disingkap ke lutut. Air liur Gimbaran berjejeran ke dagu kerana nafsu ganasnya mula bergelora.
Gimbaran begitu terliur dengan tubuh Bonda. Sebenarnya nafsu Gimbaran lebih cenderung kepada wanita berstatus isteri berbanding anak dara. Makhluk itu jarang membuat onar pada gadis sunti meskipun dalam tempoh ini ada seorang dara sunti yang menghuni rumah pusaka bersebelahan rumah perempuan pendamping. Anehnya, Gimbaran langsung tidak terliur dengan kecantikan tubuh si dara.
Dalam mencangkung, telinga Gimbaran cekap menangkap bunyi di sekeliling. Selain mempunyai mata yang tajam bak helang, Gimbaran dianugerah dengan pendengaran yang cukup peka. Gimbaran dianugerahkan empat telinga lintah di kiri dan kanan kepala.
Mata Gimbaran menangkap seekor makhluk dari puak Daasim yang tercongok di hadapan pintu rumah. Gimbaran tahu tabiat dan sifat Daasim yang suka memporak-peranda sesebuah keluarga. Puak Daasim akan menerobos masuk dan membuat onar jika penghuninya tidak mengamalkan amalan memberi salam 'assalamualaikum' ketika memasuki rumah.
Berasa kehadiran makluk Daasim bakal mengganggu urusannya, Gimbaran melompat umpama beruk lalu bertapak di hadapan puak Daasim.
"Hei, Daasim celaka! Kamu buat apa di sini? Di rumah ini tiada pasangan kelamin yang bisa kamu hasut. Ayuh, lekas pergi dari sini!" sergah Gimbaran dengan kasar.
Makhluk bertubuh kurus dan berwajah cengkung mengensot kebelakang. Matanya bulat dan mulutnya dibuka luas sebagai refleksi terjahan yang diterimanya. Daasim yang umurnya belum mencapai tiga puluh tahun ini terperuk sambil bibirnya mencemik marah. Bila melihat mata Gimbaran yang merah menyala, cepat-cepat dia melompat tinggi menjauhi rumah Bonda.
Gimbaran menepuk dada tanda bangga kerana berjaya menghalau seekor Daasim. Kali ini, Gimbaran mengambil tempat Daasim dengan menjadi penunggu di pintu. Hasratnya untuk memasuki rumah itu bersama Bonda. Matanya tidak lekang memandang pada Bonda yang masih berada di pankin. Gimbaran perlu bersabar dalam menanti peluang yang lebih terbuka.
Matahari yang terbenam bakal mengubah siang menjadi malam. Laungan azan bergema untuk menjemput penghuni alam yang beragama Islam menunaikan kewajiban terhadap Tuhan. Apabila kalimah suci itu menjengah empat gegendan telinga, tubuh Gimbaran berasa berbahang hingga mengeluarkan asap merah. Ini situasi biasa yang selalu dialami olehnya. Gimbaran masih mampu menahan asakan dari kalimah Tuhan. Sudah beratus tahun dia hidup di alam ini, meskipun begitu sehingga hari ini dia masih berada di dalam golongan makhluk yang ingkar.
Bonda membuka pintu rumah tanpa memberi ucapan salam. Gimbaran bijak mengambil kesempatan, lalu dia merempuh tubuh Bonda yang berdiri di muka pintu. Kewujudan Gimbaran yang bersifat halimunan tidak dapat dilihat oleh mata kasar Bonda atau manusia biasa.
Gimbaran terus meluru mencari tandas. Badan yang panas harus disejuk dengan segera. Kebolehan Gimbaran bertukar bentuk dan rupa digunakan dengan sepenuhnya. Dia mengecilkan saiz tubuhnya yang sasa supaya dapat terjun ke dalam lubang mangkuk tandas. Di situlah tempat yang paling nyaman untuk mandi.
Setelah badan Gimbaran menjadi segar, dia pun keluar dari mangkuk tandas dengan berubah menjadi saiz badan seperti asal kejadian. Berbadan tegap dan sasa, mempunyai bulu di sekitar muka dan badan. Punyai tangan yang panjang dan berotot dan sepasang kaki yang kuat untuk melompat.
Mata Gimbaran melingas, akalnya mencari sampah-sampah yang enak untuk dijamah. Namun malangnya di bilik ini tiada sisa kotor yang ditinggalkan oleh penghuninya. Semalam, Gimbaran telah mendapat habuan yang lazat. Darah haid yang melekat pada pad sanitasi menjadi santapan yang sangat enak. Ternyata usaha Gimbaran menerobos ke dalam rumah seorang dara tidaklah sia-sia. Sekurang-kurangnya darah haid itu menjadi bekal supaya dia kekal bertenaga.
Seketika, teliga Gimbaran bergerak-gerak sedang mencerap bunyi serta hidung sedang menghidu sesuatu seperti seekor anjing. Dia dapat mendengar sebarang pergerakan dan menghidu bau tubuh wanita yang berada dirumah ini.
Gimbaran menyeringai, nampak gaya dia tidak boleh berlengah lagi.
YOU ARE READING
JELMAAN BIDADARI
TerrorApabila Tiga Cerita Menjadi Satu. DIA muncul apabila dihajati. DIA muncul apabila diseru DIA muncul apabila dicintai DIA adalah JELMAAN engkau.. Wahai Kekasih! Book cover by me, myself and Irine...