Bab 14: Melisa - Tarikan

1K 25 6
                                    

Usai mengerjakan solat asar, Faizul bergerak menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan bonda bersama tetamunya. Pandangan Faizul tertancap kepada raut wajah seorang gadis yang duduk bersebelahan dengan sepupunya, Tengku Adelia. Kawan kepada Adelia dilihat menundukkan wajah setelah menyedari mata pemuda itu begitu ralit memandang kepadanya.

"Mel, kenalkan ini sepupu aku. Nik Faizul. Kau panggil dia Zul cukuplah. Kawan-kawan sekampung panggil dia Pijoe tapi family kitorang panggil dia Zul. Dia tak suka orang panggil dia Nik. Eh, aku rasa korang pernah jumpa tahun lepas. Ingat tak?" Ujar Tengku Adelia sambil tergelak kecil. Mata Adelia menjeling ke arah Faizul kemudian beralih arah kepada Bonda, "Ini kawan sekampus, sebilik dengan Adel. Melisa ni pandai menari ." 

"Melisa bukan asal orang sini kan?" Soal Bonda sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

"Bonda, ya Mel bukan memang asal orang sini. Papa Mel asal sini.  Rumah nenek Mel dekat hujung  kampung. Kebetulan ada cuti, Mel balik jenguk-jenguk rumah nenek tu. Buat ubat rindu pada arwah nenek. Tentu Bonda kenal Makcik Timah bidan kampung, rumah arwah nenek kat hadapan rumah dia," tutur Melisa ramah.

"Apa khabar Makcik Timah tu? Dah lama bonda tak jumpa dia. Eh, siapa nama nenek Mel?" 

"Makcik Timah baik-baik je. Nenek Mel namanya Kalsom. Orang kampung tu panggil Mak Chom."

"Subhanallah... cucu Mak Chom rupanya. Anak si Adam ni ye? Dah besar panjang... cantik pula tu. Papa kamu apa khabar? Sudah lama dia tak balik sini," tutur Bonda sambil mengerling kepada Faizul.

"Papa sihat... Itulah papa,  selalu sibuk. Sibuk dengan urusan perniagaan dengan golf. Kalau Mel ajak balik kampung banyak pula alasan dia,"  balas Melisa acuh tak acuh. Namun dia masih bermanis wajah walaupun hatinya agak keberatan untuk berbicara perihal papanya.

Bonda semakin rancak bersembang bersama Tengku Adelia dan Melisa. Ada sahaja topik yang hendak dibualkan bersama. Banyak pertanyaan yang diajukan oleh Bonda berkisar pada keluarga Melisa, seperti Bonda begitu tertarik untuk mengetahui perihal ayah dan ibu Melisa. Sesekali terdengar Tengku Adelia menyampuk atau mencelah perbualan mereka berdua. Manakala Faizul sekadar menjadi pemerhati sahaja. Acap kali juga pandangan mata Faizul merenung ke arah wajah Melisa. Tanpa Faizul sedari Tengku Adelia dapat mengesan tindakan Faizul yang asyik memandang Melisa.

"Kau ni, pandang anak dara orang sampai tak berkelip!" Bisik Adelia setelah melabuh duduk di sebelah Faizul. Sengaja dia berpindah tempat duduk supaya lebih dekat dengan sepupunya.

"Kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak kawan kau yang ni?" Bisik Faizul.

"Eh, selalu juga Mel datang ke rumah aku. Aku rasa kau pun dah pernah tengok dia masa raya puasa tahun lepas. Kalau kau masih ingat... masa kita sekolah rendah dulu pernah juga Mel datang nak main dengan kita. Kau pula selalu tak bagi dia main dengan kita. Kau ingat tak? Ada satu hari kau suruh Mel naik upih dan kau tarik upih kuat-kuat sampai dia jatuh tergolek. Masa tu kau memang nakal gila."

Faizul sekadar menggeleng kepala. Dia memang tak ingat akan wajah gadis ini. Puas juga dia memerah otak untuk mengingat akan wajah-wajah kawan Adelia. Namun dia gagal. Faizul diam sejenak. Memori lama agak sukar dicekup oleh ingatannya.

"Aku ingat-ingat lupa. Maklumlah dah berpuluh tahun berlalu, tak semua benda aku boleh ingat balik."

"Kau ni, jangan tenung lama-lama anak dara orang tu. Sudah-sudah, tak baik tau! Dari tadi aku dok perati kau tak lepas-lepas tengok si Mel. Kau berkenan ke? Kalau kau nak, aku boleh tolong," usik Adelia sambil mencubit lengan Faizul.

"Eh, aku tengok dia lawa pula. Masa raya dulu takdelah lawa cam sekarang. Mungkin aku tak perasan kot!"

Tidak semena-mena Melisa menjeling pada Faizul kemudian menghadiahkan kuntuman senyuman. 

JELMAAN BIDADARIWhere stories live. Discover now