Bab 16 : Bonda - Terpedaya

1.3K 26 6
                                    

Di tingkat atas, Faizul telah membentangkan sejadah sebelum azan dilaungkan. Pada fardhu yang ini, Dia ingin bersegera dalam menunaikan solat. Lagipun waktu maghrib sangat singkat. Dia tidak mahu melambatkan solatnya seperti yang berlaku pada fardhu asar petang tadi.

Apabila takbiratul ihram diangkat, matanya menangkap ada bayangan hitam yang bergerak laju di hadapan. Faizul tersentak, dua tangan dijatuh kebawah. Serentak dengan itu, bulu roma di bahagian tengkuk mula tegak berdiri. Akibatnya rukun kedua solat terganggu. 

"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam," lafaz Faizul sebelum berlagak seperti meludah sebanyak tiga kali ke sebelah kiri. Seketika dia merenung ke segenap pelusuk ruang. Mencari-cari kelibat yang tiba-tiba muncul dan mengganggu ibadahnya.

Faizul gelengkan kepala. Dia menyangka bahawa lintasan bayangan itu hanyalah permainan ilusi sahaja.

Dia membaca surah An-Nas sebagai pelindung dari sebarang bisikan syaitan dan juga rasa was-was. Kemudian, barulah dia berniat untuk meneruskan solat maghrib. 

***

Nafas Gimbaran sedikit mengah, sebentar tadi dia cuba membuat onar terhadap anak lelaki kepada Bonda. Malangnya hasratnya untuk membuatkan lelaki itu ketiduran tidak kesampaian. Ternyata air wudhuk dan perbuatan lelaki itu yang ingin menunaikan solat menjadi perisai ampuh dalam menepis ancaman dari Gimbaran.

Gimbaran sedikit berang di atas kegagalan sebentar tadi. Namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus membuat onar ke atas penghuni rumah ini. Lalu makhluk terkutuk yang bersifat halimunan menuju ke ruang peribadi milik Bonda. Gimbaran berjaya menyusup masuk ke bilik Bonda dengan mudah.

Dari lantai tubuh Gimbaran menujah ke siling. Kini, kedudukan Gimbaran seumpama seekor cicak yang merayap pada siling. Dengan perlahan-lahan Gimbaran bergerak ke tengah ruang sambil melihat pergerakan Bonda.

Mata yang merah menyala bagaikan terpaku melihat susuk tubuh wanita itu yang berkemban. Bibir Gimbaran mengukir senyuman menyeringai. 

"Kamu masih cantik seperti dahulu," bisik Gimbaran biarpun suaranya tidak didengari Bonda.

Dari siling, Gimbaran menurunkan badan dan kepala untuk menjengah ke lantai lantai. Kakinya masih ditekap pada siling putih seperti seekor kelawar yang sedang tidur.  Kedudukan kepala Gimbaran hanya berjarak sehasta di atas kepala Bonda.

Bonda melabuhkan duduk di birai katil. Dia membuka simpulan kain kerana badannya masih berasa melekit dan berlengas. Bonda berasa sungguh tidak selesa dengan tubuhnya yang berpeluh.

Bau aroma peluh dari tubuh Bonda memberikan rasa sensasi pada syahwat Gimbaran. Makhluk bersifat ganas dan buas mula merangka jalan untuk memerangkap mangsa. Meskipun akalnya pendek, tetapi dia berupaya menggunakan naluri ke arah kejahatan. Dia perlu membuat helah untuk memperdayakan mangsanya.

Dengan pengalaman yang pernah menundukkan perempuan, Gimbaran tahu akan kelemahan manusia yang mudah tunduk kepada hawa nafsu sendiri. Gimbaran ada helahnya, terlebih dahulu dia akan merangsang nafsu Bonda sebelum membuat jelmaan.

Mulut Gimbaran luas ternganga. Saliva pekat yang berada di rongga mulut tumpah ke bawah lalu mengenai bahu dan meleleh ke pangkal dada Bonda. Gimbaran yang pegun bergayut di siling sekadar memerhati dalam menanti perubahan yang bakal ditunjukkan Bonda.

Dilihat jari-jemari Bonda sedang giat memicit pelipis. Dada yang berbalut dengan kain batik jelas berombak. Bonda mula tidak senang duduk. Matanya sedikit demi sedikit dirasakan berat. Kantuknya sukar ditahan. Hajat untuk bersiram seperti terpaksa ditunda sebentar.

Bonda merebahkan badan ke atas katil. Keadaan Bonda yang terlentang membuatkan Gimbaran bertambah ghairah. Jika diikutkan rasa buas, pasti Gimbaran terjun dan terus menerpa pada tubuh mulus itu. Namun begitu, dia tidak akan berbuat demikian. Gimbaran mahu juga merasai keseronokan seperti manusia-manusia yang mabuk dalam asmara.

JELMAAN BIDADARIWhere stories live. Discover now