Bab 13: Syamri - Belaan

1.9K 46 7
                                    

Dukun Tijah duduk bersila dengan menegakkan badan. Dua tapak tangan sibuk mengasap kemenyan di atas perbara. Di tengah pelantaian rumah terdapat sekujur jasad yang terbaring kaku. Hanya kendengaran dengusan nafas yang kedengaran dari hidung lelaki itu. Nampak seperti dia tengah tidur berdengkur.

Mulut Dukun Tijah dilihat terkumat-kamit membaca mentera. Bahasa yang dilafaznya hanya dia yang mengerti. Sesekali perempuan sihir melepaskan renungan tajam pada jasad lelaki yang tidak bergerak.

Segumpal asap hitam muncul berlegar-legar di tengah ruang. Asap hitam membentuk puting beliung menujah ke lantai kayu rumah hingga menerbitkan gegaran kecil. Dunia bagaikan sedang dilanda gempa.

Dari asap hitam terbentuklah satu jasad wanita berpakaian merah dan hitam. Wajah wanita yang mempamerkan riak bengis dan garang.

"Kau kalah lagi? Kenapa kamu larikan diri seperti pengecut! Bodoh!" Bentak Dukun Tijah. Amarahnya meluap-luap. Kali ini Mae Trang telah tewas buat kali ketiga. Itu sukar diterima.

Mae Trang duduk berlutut di sisi tubuh Syamri yang terbaring. Kerana amarahnya belum luput, dia meludah tepat pada kepala Syamri. Lendiran berwarna hijau menyimbah dari mulut mahkluk alam hitam lalu menerjah pada ubun-ubun Syamri. Seketika tubuh Syamri menggelupur kemudian kembali kaku.

"Ada seorang lelaki keparat yang mengganggu urusanku sebentar tadi." Ujar Mae Trang.

"Kau tewas pada manusia!" Ejek Dukun Tijah pada jelmaan yang menjadi belaannya.

"Pada mulanya ada seorang lelaki muncul menggangu urusanku. Belum sempat aku bertarung dengannya, datang pula seorang perempuan langit bersama cemeti! Perempuan itu terlalu ampuh untuk ditewaskan!" Jawab Mae Tran. Wajahnya muram setelah dihambat kekalahan.

Dukun Tijah mengerut dahi. Kehairanan apabila mendengar panggilan nama perempuan langit. Benarkah ada makhluk dari langit telah turun ke bumi untuk menentang dirinya? Selama ini, belum pernah urusannya mendapat tentangan dari sebarang jenis makhluk dari langit.

"Siapa perempuan langit itu? Kenapa dia selalu mengganggu urusanku?" Dukun Tijah menggerutu.

Lantas, dia memejamkan kedua-belah matanya sambil kedua-dua tapak tangan dijulang separas dada. Mulutnya terkumat-kamit membaca mentera. Kali ini dia terpaksa menyeru nama Sang Ketua Alam Hitam untuk mendapatkan jawapan sekaligus ingin memohon bantuan.

Usai lafaz mentera yang terakhir, rumah kecil itu mengalami gegaran. Mae Trang yang duduk bersimpuh dilihat memanjangkan leher sambil matanya melilau seakan berwaspada. Manakala Dukun Tijah tampak tenang dalam duduknya.

"Aku datang kerana namaku diseru! Apa yang kamu mahu wahai manusia tua?" Satu suara parau menjerkah Dukun Tijah. Hanya suara sahaja yang kedengaran, tiada kelihatan sebarang sosok tubuh yang menjelma.

"Maafkan aku Sang Ketua. Aku cuma mahu tahu, siapa gerangan yang sering mengacau urusan Mae Trang. Itu sahaja!"

Kedengaran tawa yang terbahak-bahak. Ketawa keras begitu membingitkan telinga.

"Itu sahaja? Nampaknya ilmu kamu sudah kendur bersama dengan kudrat kamu yang kian uzur. Kamu sepatutnya cari jawapan itu dengan keupayaan ilmu kamu sendiri." Suara kasar mengherdik Dukun Tijah.

Suara itu ketawa lagi menghasilkan gema yang melengkung di segenap ruang rumah.

Dukun Tijah yang menanti jawapan dari Sang Ketua Alam Hitam dengan sabar mulai berasa gundah. Bunyi suara ketawa kini hilang seketika dan membuatkan suasana rumah kembali tenang.

Dukun Tijah termangu. Nampaknya Sang Ketua seperti mahu bermain helah dengan dirinya. Malah mula berasa seperti Sang Ketua menyindirnya. Adakah benar ilmu sihirnya kian merosot?

JELMAAN BIDADARIWhere stories live. Discover now