5. Haidir - Terpukau

3.5K 76 19
                                    

Amaran daripada penulis yang jujur dan baik.. Ahakss.

Bab ini mengandungi unsur-unsur 18sx dan unsur tahyul yang boleh membuat otak anda sewel sedikit. Tidak sesuai dibaca oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Manakala ibu-ibu atau bapa-bapa yang tak mengandung tu boleh baca atas risiko sendiri.
Jangan kata abe tak pesan yer!


Imbas kembali....

FAIZUL menurunkan Haidir di hadapan sebuah hotel di kawasan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Kedudukan hotel tersebut hanya beberapa meter dengan Tapak Pasar Malam yang tersohor di negeri itu.

"Kat sebelah hotel ini ada McD, depan sana pasar malam..pukul 2-3pagi still ada orang kat sana. Jadi kat sini kau takkan rasa sunyi. Jangan pula kau merayap tak tentu hala pula." Pesan Faizul.

"Eh, tak kuasalah aku nak merayap sorang-sorang!" Jawab Haidir seraya memikul beg sandang ke bahunya.

"Aku kenal sangat kau. Dah! naik tidur, pagi esok aku ambil kau jam 8.00 pagi." ujar Faizul.

Ketika keluar dari perkarangan hotel, Faizul sempat melihat cermin pandang belakang. "Dia dah pergi?" soal Faizul di dalam hati. Ketika ini hatinya mula diserbu rasa bimbang. Untuk menenangkan hatinya yang gundah, Faizul berhenti di bahu jalan. Sebentar dia berpaling kebelakang. Tiada apa yang dilihatnya. Ruang belakang keretanya kosong tiada penghuni.

Kali ini, Faizul yakin bahawa 'dia' benar-benar telah pergi. Faizul enggan untuk berlengah lagi. Seterusnya, kenderaan SUV dipecut membelah jalan raya untuk menuju ke rumahnya.Tatkala dia memasuki persimpangan jalan untuk menuju ke kampung, sesekali mata Faizul memandang cermin pandang belakang bagi memastikan tiada kenderaan lain ketika dia ingin membelok ke kanan jalan raya. Di kala Faizul sedang memandang ke arah cermin pandang belakang, ketika ini tiba-tiba muncul sepasang mata yang merenung ke arah Faizul. 

'Masya Allah!' Faizul terkejut. Pedal brek ditekan dengan serta-merta. Terasa jantung berdetak kencang!

🌕🌕🌕🌕

Selepas mendaftar masuk dan mendapatkan kunci dari kaunter reception, Haidir bergegas masuk ke dalam bilik yang dikhususkan untuknya. Dia mencampak beg sandang ke atas katil lalu berbaring telentang mengadap siling. Enggan untuk terus terbaring, dia bingkas mencapai tuala mandi lalu menuju ke dalam bilik air. Haidir membersihkan dirinya di samping menyegarkan badan di bawah pancuran air panas.

"Hei, mata ni tak boleh pejam pulak!" Haidir bingkas bangkit dari pembaringan. Bosan kerana bergolek sendirian. Tekaknya kembali haus. Tidak puas sekadar menogok air mineral yang telah tersedia. Dia kembali menyarung jaket denim.

Haidir keluar dari kawasan hotel menuju ke arah kedai serbaneka di seberang jalan. Jam sudah menginjak menghampiri ke angka satu. Matanya melilau melihat persekitaran kawasan yang sentiasa menjadi pengunjung sama ada dari dalam negeri atau luar. Masih lagi tidak sunyi dengan pelbagai kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya. Dia meneruskan langkah menuju ke kedai serbaneka yang terletak di seberang jalan.

Usai mendapatkan barangan yang dikehendaki, Haidir berdiri sambil melihat keadaan di sekelilingnya. Di keheningan malam , tiba-tiba angin menderu menyapa akan wajah Haidir. Apa yang membuatkan Haidir terkesima apabila memandang sesosok tubuh seorang gadis berbaju kurung putih berbunga biru yang berada berhadapan dengannya. Haidir mengamati wajah gadis itu- seperti dia mengenali wajah yang sedang berada di hadapannya.

JELMAAN BIDADARIWhere stories live. Discover now