"Hey honey..."
"L..luth apa awak buat dekat sini?"
"Saya dekat sini untuk jaga awak"
"Jaga saya?"
"Jaga awak dari lelaki lain!"
"Apa maksud awak?!saya tak faham"
Aku mengundur ketakutan. Aku sukakan luth. Tapi sekarang aku takut. Takutkan dia
Pandangan dia buat aku meremang. Mata hijau dia memandang tajam mata aku
"Kenapa takut?bukan ke awak sukakan saya?"
"Lu..luth jangan dekat!"
"Kenapa?"
Aku mengundur ke belakang bila melihat dia semakin mendekat
"Aku takut qaira. Takut hilang kau"
Aku terdiam
"Aku tak nak lelaki lain pandang kau macam aku pandang kau lebih lebih lagi dorang pandang kau dengan bernafsu"
"Luth jangan buat saya takut..apa awak nak luth? Di mana saya? Awak culik saya?"
"Aku culik kau sayang sebab aku cintakan kau. Kau pun cintakan aku kan?"
Tak!aku tak cintakan dia! Kenapa? Kenapa dia pandang aku macam tu? Pandangan seorang psycho
"Saya tak cintakan awak!lepaskan saya!tolong la!"
Dia menumbuk dinding di belakang aku. Ya Allah,selamatkan aku
"Kau cakap kau sukakan aku!!"
"Saya sukakan awak tapi bukan cinta!! Lepaskan saya luth! Perasaan saya pada awak cuma crush je tak lebih!!"
Pang!
Pang!
Sakit
Pedih
Bibir aku berdarah
"Sekali lagi kau berani cakap yang kau tak cintakan aku,nahas kau! Jangan buat aku angin qaira!kau layan aku baik then aku takkan buat sesuatu buruk pada kau!"
Aku diam menikus. Tak boleh jawab. Bibir aku sakit. Sakit sangat sangat. Tangan aku dicengkam olehnya dan dia menarik aku ke ruang dapur
"Makan!"
Aku tak bergerak. Aku tak sangka orang yang aku minati dalam diam rupanya seorang psycho. Dan yang lebih teruk psycho kan diri aku.
"Aku cakap makan!!"
Pantas aku duduk di kerusi itu. Aku menelan semua yang ada di meja itu. Semuanya kerana terpaksa
Selesai makan,aku masih duduk di kerusi memerhatikan gerak-geri luth
Dia kemudian duduk dihadapan aku. Hujung bibir aku yang luka di usap perlahan
"Sakit?"
Aku mengangguk saja
"I'm sorry.aku tak boleh control emosi aku. Aku minta maaf buat kau sakit"
"Lepaskan saya"
Sekali lagi luth memandang aku tajam. Renungan dia seperti harimau terjumpa mangsa
"Never!sekali lagi kau suruh aku lepaskan kau,kau akan dapat lebih teruk dari ni. So please qaira sayang. Behave"
Aku menelan air liur kesat.
Satu je aku perlu tahu
Ikut arahan dia
Jangan ingkar kalau tak nak
Mati
___
Author pov's
Puan hajah mundar mandir di depan pintu utama. Jam sudah tepat pukul 3.00 pagi namun batang hidung qaira masih tidak nampak. Berkali-kali dia cuba menelefon qaira namun tidak terjawab.
Akhirnya dia buat keputusan untuk menelefon nafis
"Hello assalamualaikum bonda"
"Waalaikumsalam,nafis. Nafis,bonda nak tanya ni qaira ada dengan kamu tak?"
"Qaira?nafis sekarang masih ada dekat office. Tak ada pula qaira ke mari. Kenapa?"
"Ya Allah,bonda risau la. Bonda tak sedap hati ni. Qaira keluar dengan wawa pukul 4.00 tadi tapi sampai sekarang belum balik"
"Yeke!? Tak apa bonda. Kita cari dia esok. InsyaAllah dia okay. Sekarang ni bonda pergi la tidur. Dah lewat sangat dah ni. "
"Bonda risaula,nafis. Cuba tanya nura. Takut takut qaira ada pergi ke rumah nura ke?"
"Esok la bonda. Kak nura mesti tengah tidur sekarang ni. Esok kita pergi balai buat report. Bonda jangan risau ye"
"Yelah. Kamu tu balik la cepat jangan buat kerja lama sangat"
"Yelah bonda. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Puan hajah cuba menyedapkan hatinya. Telefon dia letak ke atas meja dan terus naik ke biliknya. Cuba untuk bertenang. Hati dilanda kerisauan
"YaAllah,kau jagalah anak anak aku ya Allah"
Matanya akhirnya terlelap.
I have no idea!
YOU ARE READING
MY MR PSYCHO
RomanceKerana wajah yang beku,perlakuan yang sangat cool dan sifatnya yang berbeza,Qaira Qaireena terus jatuh suka pada si jejaka. Kalau sehari tak dapat tengok wajah beku jejaka itu,hidup nya rasa sunyi saja. Dan tidak disangka bahawa jejaka itu turut men...