19

745 24 1
                                    

'Assalamualaikum,aiden. Aku tulis surat ni bukan sebab nak buat drama novel. Aku just nak cakap,thanks sebab pernah buat aku gembira. Thanks sudi jadikan aku sebagai isteri kau. Aku harap kau halalkan segala yang kau pernah beri pada aku. Dan aku harap hubungan kita sampai disini saja. Kau sayang dia kan? Okay. Kau pergi la nikah dengan dia. Jangan buat maksiat. Aku izinkan.

Aku minta maaf kalau selalu susahkan kau. Thanks sebab selalu dengan aku bila aku susah. Oh ye satu lagi, jumpa di mahkamah bila waktu telah tiba. Assalamualaikum,encik suami

Qaira'

Aiden menatap kelu kertas itu. Air matanya sejak tadi mengalir kerana menyesal.

"Qaira..kenapa tinggalkan aiden?"

Tangannya yang tadi memegang kertas itu sekarang memnyentuh dada nya yang sesak akibat terlalu kuat menangis. Menangis kerana kesilapannya. Menangis kerana kesesalannya

"Aiden minta maaf!"

Dia bangkit dari duduknya. Telefon berjenama Iphone X dikeluarkan dan didail nombor telefon seseorang

"Aku nak jumpa"keras saja suaranya.

"..."

"Aku pergi rumah kau. Sekarang! Aku ada benda nak bincang"

"..."

"No!! I said now, nik arash fahim!"

"..."

"Aku tahu kau tahu sesuatu yang aku tak tahu. Jumpa nanti"

Aiden tekad mahu mencari qaira. Sungguh dia menyesal! Dia tak dapat membezakan antara kaca dan permata. Dia tamak!

"I'm sorry,sayang"

___

Aiden menghela nafasnya dihela kasar. Wajah bengis fahim atau lebih dikenali sebagai arash dipandang sekejap. Menyesal!

"Aku tahu kau tahu fahim!"

"So? Yes memang aku tahu dia di mana. Asal? Ada masalah?"

Aiden mencengkam kolar baju milik arash.

"Mana dia?!"

"Pahal kau nak tahu? Untuk maki dia lagi? Marah dia lagi? Sakitkan hati dia lagi? Or...pukul dia lagi?"

Mahu saja arash kerjakan aiden. Melampau!

"Mana dia sial?!"

"Sudahla,luth. Dia dah pergi. Cukuplah kau lukakan hati dia."

"Fahim,tell me where is she?!!"

"Dah la,luth!!sedar sikit diri tu dah curang!! Buat apa kau nak cari dia lagi?!mana kayla kau? Mana betina tu?!"

Arash menghempas tangannya ke atas meja. Nasib baik la rumah nya tiada isi? Hanya mereka berdua saja yang berada di dalam rumah itu.

Dah lama sangat dia bersabar dengan sikap aiden. Dulu memang dia suka bila aiden bersikap acub tak acuh dengan qaira. Tapi sekarang,dia cukup menyesal. Dia tidak mahu Qaira terluka

"Fahim..please. Mana wife aku? Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku nak dia!aku taknak yang lain! Aku nak dia"

Arash hanya menggeleng sebagai balasan. Dia tak boleh mungkiri janji qaira. Dia mahu qaira bertenang sekarang. Dia tidak mahu qaira stress akibat pergolakkan rumah tangga. Tambah lagi bila sekarang qaira sedang membawa satu nyawa bersamanya

Biarlah Qaira pulih daripada luka hatinya sendiri. Biarlah qaira pergi membawa diri untuk selamatkan sekeping hatinya yang sering dilukai.

"Sorry,aku dah janji dengan dia. Kau baliklah,bro. Halalkan setiap langkah dia keluar. Biarkan dia merawat hatinya sendiri"


___

Qaira's pov

Aku menarik nafas dah hembus lega. Tangan aku yang masih erat memeluk lengan bonda,aku kerling sekejap. Bonda,kaklong dan angah dah tahu semuanya. Pasal aku,kayla dan aiden

Untuk apa aku rahsiakan kan? Sekarang hanya bonda,kaklong dan angah saja keluarga aku. Oh dan satu nyawa yang masih kecil di dalam perut aku

"Bonda,nak ke mana?" Aku menyoal bonda

Maklumlah,dari tadi jalan ke sana ke sini tapi tak ada satu tempat pun yang kami sempat menyinggah.

"Bonda tak tahula. Kamu nak ke mana? Kamu dah letih ke? Kalau letih kita balik saja lah. Kesian cucu bonda tu"

Amboi bonda! Cucu je dikesiankan? Anaknya ni yang berjalan ke sana ke mari?

"Alah bonda ni. Habis bonda tak kesiankan qaira?"

Aku melentokkan sisi kepala aku di atas bahu bonda. Saja mahu bermanja dengan bonda.

Bumi england ini aku pandang tanpa berkelip. Ramai betul orang!

"Manja nya dia! Nak jadi mak orang pun masih manja! Jom la kita balik. Louis mana?"

"Louis kata dia nak ke kedai buku kejap. Dia kata kalau nak balik,balik la dulu. Sebab dia mungkin lambat."

Bonda mengangguk saja. Sejak aku bercadang kepada bonda untuk pergi ke bumi England,aku sudah kenalkan louis kepada bonda. Dan sedikit sebanyak,louis siap membantu aku dan bonda untuk ke england

Kaklong dan angah tak dapat menyertai kerana kesibukan kerja yang ada

"Kalau macam tu,kita pergi makan dulu lepastu kita balik"

"Ok."

MY MR PSYCHOWhere stories live. Discover now