11

668 26 0
                                    

Aku menjeling gadis itu. Aku tak tahu kenapa tapi sekarang aku betul-betul sakit hati dengan dia

"Kau buat apa datang sini?"aku menyoal dengan pandangan sinis

"A-..aku memang selalu datang sini."

"Apasal kau selalu datang sini?nak goda suami aku?"

"Suami?siapa suami kau?"

Aku membuntangkan mata. Haih ni kes berat ni!

"Kata sepupu rapat. Takkan sepupu kau nikah pun kau tak tahu?"

"Weh,qaira aku betul-betul tak tahu. Aku tak sangka arsyad akan paksa kau nikah dengan dia. Aku minta maaf sangat. Kalau aku tahu benda ni akan jadi,aku takkan bantu dia culik kau"

Aku menghembus nafas kasar. Nak marah pon tak boleh. Benda dah jadi kan. Lagipun kalau semua ni tak jadi,aku takkan rasa bahagia sangat dengan aiden

"Wawa,sudah la. Aku dah maafkan kau lama dah. Lagipun aku patut berterima kasih juga pada kau. Kalau tak kerana kau,aku takkan rasa bahagia sangat sekarang ni"

"Kau bahagia? Syad ada pukul kau?"

"Erm dulu je. Sekarang ni tak la."

"Alhamdulillah. Aku minta maaf ye qaira"

"Dah la, eh kau belum jawab soalan aku. Kau kenapa selalu datang office suami aku?!"

Wawa ketawa bila tengok aku naik berang

"Hahaha lek weh. Actually,aku ni bisnes partner si syad tu. Kitorang kerjasama nak hidupkan hotel di singapore. So,aku memang kerap la datang sini sebab nak bincang tentang tu"

"Oh aku ingat kan aiden ada scandal dengan kau"

"Kepala hotak engkau!tak nak aku dia tu. Eu jijik!"

"Kurang asam!"

Klakk!

Kami berpandangan ke arah pintu

"Woi wawa!kau buat apa kat sini!?"

Wawa menjuling saja. Meluat betul tengok wajah terkejut arsyad.

"Dah kau tak payah nak cover la. Aku dah cerita semua dekat qaira. Aku nak cakap yang kita kena pergi singapore untuk tengok tapak kat sana. Maybe kena stay sana dua-tiga hari jugak la. And satu lagi,mummy kau suruh kau balik secepat mungkin ke australia. Ada hal nak bincang katanya"

"Hal apa?"

"I donno."

"Hmm tengoklah" aiden berjalan ke arah aku. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Tanpa menghiraukan kehadiran wawa,tangannya melingkar ke pinggang aku dan bibirnya mencium sekilas pipi aku. Kemudian kepalanya dilentok ke bahuku.

"Woi nak berasmaradana pergi masuk bilik la! Jangan kotorkan mata suci aku ni!"

"Tch!kau yang menyibuk datang sini. Orang nak melepas rindu dengan wife ni. Sayangggg..tengokla wawa tu. Kacau je kita nak bersweet-sweet"

MasyaAllah!aiden ni memang tak ada rasa malu ke?! Aku ni yang dah tengok senyuman nakal wawa tu dah membahang tau dak?!

"Awak,malu la wawa tengok tu"aku melepaskan pelukan aiden

"Alaaa nak peluk!!wawa kau keluar sana!kacaulah!"

Amboi!kasar bebenor bahasanya. Dibuat sepupunya macam musuh pula

"Kurang ajar eh kau syad! Nanti kau,kalau aku dah ada husband nanti,aku buat scan lagi sweet dari korang"

"Kau pikir ada ke orang nak kat kau yang kasar macam gangster ni!? Eii ntah ntah monyet pon lari tengok kau"

Pffft hahahahahhaha kurang ajar nya suami aku ni. Muka wawa tu dah merah dah sebab berang dengan aiden

"Dah dah jangan gaduh! Jom keluar lunch. Wawa,jom join sekali"

"Sayang!kenapa ajak dia!? Biarla kita pergi date kita berdua je!"aiden menjerit gedik

"Oi kau ni apahal gedik sangat hah!?ada juga manusia kena lempang harri ni. Dah ah,jom qaira. Kita tinggal je mamat gedik ni kat sini"

Wawa menarik tangan aku keluar. Sempat aku tengok wajah aiden. Masam mencuka!alololo kesian dia. Nanti kat rumah sayang pujuk ye

"Wawa,kau jangan nak culik bini aku la!!"

"Kesah apa aku!"

Lahanot!!dorang ni memang tak boleh berjumpa eh?asyik nak gaduh je. Malu aku bila pekerja aiden pandang nakal ke arah aku. Arh!!mesti muka aku ni dah jadi tomato!

___
Author pov's

Arash mengerling ke arah kayla yang masih statik berdiri. Dah kenapa?tak reti nak duduk dah!? Ke bontot kau naik bisul?

"Duduk la gila"

Kayla tersenyum nipis. Kemudian dia duduk di hadapan arash

"So macam mana?"

"Dah. Aku dah jumpa pakar tu. So lepas ni turn kau pula. Pastikan dia jatuh cinta pada kau"

"Arash,ni kayla batrisya la. Dulu memang dia tak pandang i. But just wait and see. Dia akan melutut pada i"

"Hmm jangan cakap je tapi benda tak jadi. Ingat!jangan sentuh aku punya and aku takkan sentuh kau punya. Deal?"

"Deal,baby"

MY MR PSYCHOWhere stories live. Discover now