21

783 27 0
                                    

"Syad,sudah-sudah la. Mummy tahu kamu rasa bersalah tapi kamu tak boleh hidup macam ni. Dalam hal ni pun,mummy bersalah sebab pernah kenalkan kamu dengan perempuan psycho macam kayla tu. Mummy minta maaf"

"Tak. Bukan salah mummy. Syad yang tak pandai bezakan perasaan sayang antara sahabat dan perasaan sayang antara isteri. Syad yang salah."

Aiden memandang sepi wajah sedih mummy nya di kaca laptop. Dia tidak mahu mummy nya berasa bersalah kerana semua ini terjadi berpunca daripada dia dan bukan mummy nya. Memang patut qaira tinggalkannya.

"Kamu datang la jenguk mummy sambil tu boleh la kamu rehatkan diri di sini. Company kamu tu bagi wawa yang jaga dulu. Mummy yakin dia akan faham."

"InsyaAllah, syad pergi jenguk mummy soon. Now syad kena cari qaira dulu. Syad rasa bersalah sangat. Syad rindu dia"

"Hmm yelah. Jaga kesihatan kamu. Jangan stress sangat"

"Ok mummy. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Aiden menutup laptopnya. Bingkai gambar yang terletak elok wajah nya dan qaira dipandang sekejap. Perasaan rindu menyelubungi diri. Mahu saja dia menjerit satu dunia memanggil nama qaira agar qaira mendengar jeritannya dan tahu bahawa dia sangat merindui gadis itu

"I miss you,sayang"

Jemarinya mengusap gambar qaira dengan penuh kasih sayang. Andai saja dapat diputarkan waktu,dia tidak akan menduakan qaira! Tak akan!

"Aiden akan cari qaira dan kembalikan kita yang dulu"

___

Embun pagi menyegarkan dirinya. Hatinya melonjak gembira bila dapat keluar pada waktu awal pagi ini dengan izin louis dan ditemani oleh sahabat kesayangannya,bella.

Kakinya berjalan di gigi pantai. Ombak yang kecil menyapa kulit kakinya.

Ah! Segar!

"Qaira,jangan pergi jauh sangat ye!"

"Okay bella!"

Nasiblah bella ni rajin mahu menemaninya ke pantai kalau tidak, sampai ke esok pagi la rajuknya

"Kalau kau rasa tak dihargai,tutuplah mata. Peganglah hati." Qaira menyanyi kecil. Tangannya di letakkan ke dada

Menghayati nyanyian nya

"Tak rasa apa pun. Membohong je lagu ni"bebelnya.

Pipinya yang semakin putih gebu itu kemerahan akibat matahari yang semakin meninggi. Walau matahari semakin meninggi,orang masih tiada di pantai. Hanya mereka berdua sahaja

"Qaira, i nak beli air kejap. You nak apa-apa?"

"Tak nak!"jeritnya. Bella meninggalkan qaira yang masih setia di pantai. Tangannya naik mengusap perut nya.

Baby?

Babies!

Bila pergi check up haritu, rupa-rupanya dalam perutnya itu telah membawa dua nyawa. Sungguh syukur tak terkira!

"Luthfi aidil dan Aira Qaisara. Hmm kamu berdua jangan lupa ye nama tu. Tu nama kamu berdua. Nanti bila dah besar panjang, jangan lupa mama ye. Mama cuma ada kamu berdua je."

Tangan mengusap perutnya dengan penuh kasih. Ah! Andai saja aiden tidak membuat onar,pasti mereka sudah bahagia bersama bakal anak mereka

"Nanti kalau terjumpa papa,jangan benci dia. Mama nak kamu sayang dia dan jangan pernah benci dia sebab buat mama sedih. Papa bergurau je sebenarnya"

Walaupun aiden telah memporak-perandakan hubungan mereka,namun qaira tidak mahu anak-anaknya membenci bapa mereka sendiri.

Itu yang terbaik. Pisahkan hubungan cinta mereka namun jangan pisahkan hubungan kasih antara ayah dan anak.

"Qaira,tadi louis call suruh balik. Panas ni takut you letih pula. Jom"

Qaira mengangguk saja. Kaki nya bergerak namun matanya masih melihat keindahan terbitnya matahari

"I minta maaf sebab susahkan you and louis"

Masuk saja ke dalam kereta,qaira pantas memohon maaf. Qaira ni kalau sehari tak minta maaf memang tak sah kan!

"You ni! Susah apanya? Setakat jaga you ni kacang je la. Tak ada susahnya. Lagipun i pun nak jadi auntie. Ni anak buah i juga eh? Boleh ye qaira?"

Qaira kerawa melihat bella merengek mahu menjadi auntie kepada anak nya. Aduhla manja! Dah la manja! Tapi garang macam rimau!

"Boleh boleh. Mesti anak anak i ni sayang sangat dekat you. Yelah,you kan yang selalu jaga anak i ni. Dorang nak makan tu you beli dorang nak makan ni you buat. Macam mana la dorang tak sayang you?"

"Demi anak buah i,i sanggup! Sayang korang berdua ni"

Bella mengusap perut qaira. Comel je!

"Oh ye,you tak nak balik malaysia? Kalau you nak balik,i nak ikut. I rindu sangat dekat bonda. Lama tak jumpa dia"

"Em maybe lepas bersalin kut. Tunggu anak i ni besar sikit baru balik."

"Okaylah kalau macam tu. Now,kita kena balik. Nanti uncle louis membebel!"

Qaira dan bella ketawa bersama. Hari demi hari berlalu,luka dihati qaira semakin diubati dengan orang sekelilingnya. Namun masih ada satu parut yang tak dapat dia lupakan.

MY MR PSYCHOWhere stories live. Discover now