Qaira's pov
Aku mengerling jam di dinding. Ah mana dia ni? Takkan merajuk sampai lewak balik ke rumah?
Bunyi pintu terbuka di luar rumah mengejutkan aku
"Awak, awak pergi mana? Saya risau"
"Kenapa kau tak tidur lagi? Dah lewat ni,buat apa kau nak tunggu aku?"
Ayatnya menyentakkan aku. Kenapa keras sangat suara ni
"Awak masih marahkan saya? Saya nak minta maaf sangat. Saya tak kenal pun siapa lelaki tu"
"Dah! Aku tak nak cakap pasal tadi lagi. Pergi tidur"
Keras suaranya menyebabkan aku ikut saja arahannya.
Aku masuk ke dalam bilik dan terus berbaring membelakangi tempat tidur aiden. Kenapa sampai macam ni? Selalunya,dia takkan marah aku lama sangat. Selalunya dia akan pujuk aku
Perlahan-lahan,air mata membasahi pipi aku
___
Hari berganti hari,hubungan aku dan aiden semakin renggang. Dan sesekali aku selalu terserempak juga dengan arash. Tak tahu la kenapa tapi aku selesa dengan dia
Aku menyediakan kopi untuk aiden. Tadi sempat dia arah aku untuk siapkan kopi sambil tunggu dia turun dari bilik
Terasa sepasang tangan melingkar di pinggang ku. Sudah tahu siapa gerangannya. Ah!aku rindu pelukan dia
"Sayang,dah siap?"
"Dah. Nah"
Gelas yang berisi air itu aku hulur kepada dia. Aku memandangnya dari atas hingga bawah. Dah kenapa? Hari ni hari ahad kan?
"Awak nak pergi mana segak-segak ni?"aku menyoal nya. Jelas kerutan di dahi nya. Kenapa? Nak ajak aku keluar ke?
"Err a-..aku kena pergi jumpa fahim. Dia kata nak lepak kejap"
"Nak ikut!"
"Tak boleh. Ni lelaki je. Kau duduk rumah ye. Aku pergi kejap je"
Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni. Semua bercampur baur. Rasa marah,sakit hati,sedih,kecewa. Semua yang negatif aku rasa!
"Oh..okay"
Selesai meneguk kopi,dia terus tinggalkan aku. Tanpa salam. Tanpa ciuman di dahi. Tanpa ayat-ayat cinta.
"You have change. You're not the same. I miss my old aiden"
"Assalamualaikum!"
Jeritan salam dari luar menyentakkan aku. Dengan kadar segera,pintu aku buka luas
"Waalaikumsalam,eh fahim! Kau buat apa kat sini?"
"Aku datang nak jumpa kau dengan luth la! Luth ada tak?"
Huh?apakah? Jumpa luth? Tapi kan aiden kata dia nak pergi jumpa fahim
"Bukan ke dia nak pergi jumpa kau?"
"Hah! Bila masa nya nenek! Dia tak ada cakap apa-apa pun dekat aku"
"Serius ah?"
"Yelah! Tak apalah,aku pergi dulu. Tak manis pula duduk berdua dengan bini orang ni"
Aku menjuih bibir. Acah!
Aku menutup pintu perlahan. Aku memegang dada yang kian berdebar laju
"Ke dia curang?"
___
Aiden's povLangkah di atur ke arah dia. Aku tak tahu la why but aku betul-betul rasa menyesal dengan perbuatan aku dulu. Perbuatan aku yang telah meninggalkan kayla sewaktu kami sah bertunang
Aku memeluk pinggang kayla yang tenang menghadap laut
"Miss me?"
"No"
Aku ketawa kecil. Aku sayang gadis di depan aku. Aku tahu salah sebab curang di belakang Qaira. Dan aku tahu kalau Qaira dapat tahu tentang ini,dia pasti aku bencikan aku.
Tapi aku tak kisah. Biarla dia nak benci aku. Tapi jangan harap aku akan lepaskan dia. Aku masih cintakan Qaira. Dan pada waktu yang sama aku sayangkan kayla. Yang pasti,aku tak nak hilang Qaira dan aku tak boleh berenggang dari kayla!
"You termenung apa tu? Teringatkan bini kat rumah ke?"
"Naaah,fikiran i ada dekat sini. Teringatkan you je"
Dia ketawa perlahan. Tangannya memeluk badan aku kemudian bibirnya datang mencium pipi aku.
"Why manja semacam je ni?"
"Bila you nak halalkan i?"
Soalan kayla menyentak perasaan aku. Halalkan kayla? Habis macam mana dengan Qaira? Dia boleh terima ke?
"You ikut i balik rumah i ye? Kita jumpa wife i dulu"
"I okay je. Tapi bini you tu rela ke bermadu?"
Rela ke? Rela ke Qaira?
Aku harap qaira okay. Aku betul-betul dah buta dengan cinta kayla. Buta dengan manja kayla
"Don't worry,baby. She'll be fine. I akan kahwin dengan you okay?"
Kayla menjerit gembira. Aku akan cuba pujuk Qaira. Dia kan sayang aku,mesti dia sanggup ...kan?
YOU ARE READING
MY MR PSYCHO
RomanceKerana wajah yang beku,perlakuan yang sangat cool dan sifatnya yang berbeza,Qaira Qaireena terus jatuh suka pada si jejaka. Kalau sehari tak dapat tengok wajah beku jejaka itu,hidup nya rasa sunyi saja. Dan tidak disangka bahawa jejaka itu turut men...