23

794 35 1
                                    


Mata berselang-seli memandang sara yang bermain di buayan dan luthfi di gelongsor. Hari ini pagi-pagi lagi si kembar meminta nya untuk menemani mereka ke taman permainan. Nak tak nak terpkasalah dia menemani mereka

Qaira menyedut air berperisa honeydew itu. Mata nya ralik melihat sara yang sejak tadi diperhatikan oleh seorang budak lelaki yang bermain buayan di sebelahnya. Lucu betul!

Kanak kanak lelaki itu mula berbual kosong dengan sara. Dia tidak risaukan sara kerana dia tahu sara sangat pandai berkawan dan ramah walaupun bersama lelaki. Namun tidak bagi luthfi.

"Jangan kacau aku la!!"

Qaira terkejut mendengar jerkahan itu. Dia memandang luthfi. Kan dah kata..

Sekumpulan gadis mengelilingi luthfi. Haih susah betul bila jadi handsome kan?

Kalau nanti besar,aku tak tahu la apa jadi..

Qaira bergerak ke arah luthfi.

"Ehem kenapa ni?"

"Mama!!tengok dorang ni!! Serabut la, Fi nak main pun tak senang!"

Amboi! Kasar nya bahasa little boy mama ni

"Adik-adik comel,kenapa ni?"

Qaira menyoal sekumpulan gadis itu

"Kitorang just nak berkawan dengan dia."

"Oh,Fi dorang nak berkawan je"

Luthfi mendengus kasar. Serabut sangat gamaknya

"Berkawan la sangat. Kalau ye pun tak payah la nak duk keliling aku! Aku nak panjat gelongsor pun tak boleh. Dah ah blah sana! Aku tak nak berkawan dengan korang!"

Dengan hati yang pasrah,mereka pergi. Qaira menjegil mata memandang luthfi

"Fi! Kenapa cakap macam tu?! Tak baik la"

"Mama ku sayang, Fi rimas la. Ye la tu nak berkawan. Kalau betul nak berkawan tak payah la sampai sentuh sentuh fi"

Aduhai anakku..

"Mask mana? Kenapa tak pakai?"

"Fi tak pakai la sebab fi tengok sara tak pakai."

MasyaAllah,sabar je la

"Dah la,jom balik."

Qaira dan luthfi pergi ke arah sara dan seorang budak lelaki itu yang masih ralik berbual

"Sara sayang,jom balik"

"Ala dah nak balik ke? Okayla. Eh kejap sara nak kenalkan kawan baru sara. Mama,fi, ni Irsyad Anas. Dia kata panggil anas."

"Oh ye? Hai anas. Ni aunti qaira. Mama kepada sara"

"Hye auntie!" Sapa anas

Anas memandang luthfi yang masih diam merenungnya tajam

"Ni siapa?"anas menunjuk ke arah luthfi

"Ni abang saya. Nama dia luthfi"

"Oh. Hai luthfi"

"Kau suka adik aku en?"

Bagai nak terkeluar biji mata qaira dan sara. Anas menggaru pipinya. Jelas pipinya kemerahan

"Err.."

"Kalau kau suka,kau kena buat aku suka kau dulu before buat adik aku suka kau."

Tu dia!!!! Dah keluar dah overprotective dia!

"Fi!"marah sara

"Eh sudah sudah. Jom balik. Anas,kami balik dulu ye"

"Okay auntie. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Mereka mula mengorak langkah pergi.

"Fi,kenapa cakap macam tu?"

"Fi tahu dia suka sara. Sara tu kecik lagi,jangan nak menggedik!" Luthfi memberi amaran

"Eh dia pun sama je! Fi ingat sara tak tahu yang fi sukakan mikeyla?"

"Mana ada!"

"Ada!"

"Takde!"

"Ade!"

"Mama tengok si ketot ni!"adu luthfi

Qaira ketawa saja. Tangannya masih memimpin tangan mereka berdua. Matanya pula masih memandang ke depan. Bagai nak luruh jantungnya, dia memandang dan mengamati wajah itu

"Aiden..."

"Apa ma?" Tanya sara

"Eh er takde apa. Jom cepat"

Langkahnya dicepatkan. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu! Tak mahu! Dia takut hati nya akan berbalik kepada lelaki itu lagi. Dia tidak mahu hatinya disakiti lagi!

Pintu kereta belakang dibuka pantas. Luthfi dan sara pantas masuk ke dalam perut kereta. Pintu tempat memandu pula dibuka. Qaira ingin masuk namun tangannya ditarik  dari luar. Sungguh hati nya kini berdebar kuat.

Tak sanggup rasanya melihat wajah itu lagi. Wajah yang pernah mencuri sekeping hati miliknya. Dan wajah yang telah musnahkan hatinya

Ah lupakan! Qaira, lupakan!

"Bissmillah.." dia menutup pintu keretanya. Baru saja dia ingin mengunci pintu kereta,pintu tempat memandu dibuka dari luar

Tangannya ditarik keluar dari kereta.

"Sayang..."

MY MR PSYCHOWhere stories live. Discover now