Mereka melawan pandangan. Yang sorang pandang dengan penuh simpati dan seorang lagi pandang dengan penuh kekecewaan dan benci
"Kenapa awak datang sini?" Soal qaira. Geram ya semakin menebal terhadap lelaki itu. Boleh pula dia datang rumah bonda? Tak malu ke?
"Saya nak jumpa anak-anak saya"
"Anak awak? Sorry tak ada di sini!"
"Qaira! Saya tahu dorang tu anak saya! Please. Saya nak jumpa mereka berdua"
"Mereka tu anak saya bukan anak awak dan semestinya tiada perkataan kita! Hanya saya!"marah qaira.
Jujur sebenarnya dia takut akan kehilangan luthfi dan Qaisara. Dia takut aiden akan ambil mereka daripadanya dengan menggunakan kuasa mahkamah. Bukannya qaira tak tahu bahawa pengaruh aiden sangat kuat dan semestinya dia akan kalah terlebih dahulu
"Mereka anak kita! Qaira please. Kita buka buku baru ye? Lupakan kisah dulu"
"Lupakan? Lupakan aiden? Semudah itu je? Awak tak faham. Saya boleh maafkan awak tapi tak semestinya saya boleh lupakan kesalahan awak! Bagi awak memang semudah abc tapi bagi saya tak! Sudahla aiden. Mana kayla awak? Pergi la dekat dia. Jangan layan dia macam awak layan saya. Nanti kita jumpa saja di mahkamah. Saya akan minta fasakh"
Aiden berang dengan kata-kata qaira. Fasakh? Tak! Dia takkan benarkan! Dulu dia sudah kehilangan qaira dan dia tidak mahu kehilangan 3 cahaya nya lagi!
"Sayang please,aku sayang kau!kau tak boleh tinggalkan aku"
"Ask your heart,aiden. Kau yang jadikan aku yang sekarang ni. Aku sayang kau tapi aku tak boleh tahan lagi. Kau bawa betina tu masuk dalam rumah kita,dalam bilik kita!"
"I love you sayang.."
"Trust me,I'll never love you again."
Punah segala harapan untuk bahagia. Hati qaira sudah berubah menjadi keras sekeras batu. Panggilan saya-awak serta merta berubah
"Mama..kenapa ni? Kenapa bising sangat? Sara nak tidur tapi tak lena. Mana neknda" sara turun dari tangga dan menuju ke arah qaira
Dia masih tidak perasan akan kehadiran aiden. Tangannya ralik menonyoh mata nya yang masih tertutup
"Sara sayang..neknda tak ada. Dia pergi keluar dengan aunti bella. Baru je tadi dorang pergi. Sara mengantuk lagi?"
Sara menggeleng.
"Okay sara naik mandi ye. Lepas ni kita breakfast"
"Okaylah mama"sara berpusing mahu pergi namun terhenti separuh jalan bila melihat aiden turut ada disitu
"Eh pakcik?!"
"Err hye sara"
"Pakcik buat apa kat sini? Kan sara dah warning jangan kacau mama sara lagi dah! Iii pakcik ni memang nak kena dengan penyapu lidi neknda eh?tahula mama kite cantik tapi jangan la follow sampai ke rumah! Pakcik ni psycho la!. Mama call polis!"
Qaira ketawa kuat. MasyaAllah sayang mama ni memang terbaik!
Psycho?
Hah betul tu sara! Pakcik tu memang psycho
"Sara, ni bukan pakcik ye. Ni papa. Sebut elok-elok pa.pa."
Qaira tersedak kuat. Papa? Jangan harap!
"Tak tak. Sara pergi kejutkan Fi. Nak breakfast! And pakcik tolong keluar ye. Saya tak suka strangger masuk rumah saya"
Sara patuh arahan qaira. Pantas dia membersihkan badannya dan terus mengejut abang kembarnya itu
Qaira menjeling tajam menikam ke arah aiden yang sejak tadi tersengih nakal
"Please keluar. Saya tak nak jumpa awak lagi. Jangan ganggu anak-anak saya!"
"Sayang,i'm sorry about the past."
Qaira hembus nafas kesal. Kalau la dia ialah qaira yang dulu pasti mudah saja dia memaafkan lelaki ini namun hampa.
"Saya benarkan awak jumpa dorang. Tapi bukan sekarang"
"But i need you too"
Tch! Orang bagi betis dia nak peha! Ada yang kena terajang nanti!
"Mama!! Kitorang dah siap!"
Qaira melihat luthfi dan sara mendekatinya. Wajah mereka siap ditutupi dengan mask
"Eh lawa lawa nak pergi mana?"
"Semalam amma janji nak bawa kitorang pergi mall. Nak beli baju."qaira menepuk dahinya. Kenapa la nyanyuk sangat
"Kejap mama pergi bersiap"
"Okay!"
Qaira meninggalkan mereka bertiga. Sara dan luthfi memandang tajam ke arah aiden
"Pakcik ni nape selalu kacau mama kitorang? Takde life ke?"soal sara
Bukan berniat nak kurang ajar tapi anak mana je yang sanggup tengok ibu nya sering dikasar oleh orang
"Ehem..err sebenarnya pakcik ni kawan baik mama korang dulu"
"Yeke? Muka tak boleh dipercayai betul pakcik ni!" Ujar sara lagi
"Amboi korang ni. Betullah. Pakcik ni la orang yang boleh dipercayai tau. Korang tak boleh sangsi dengan pakcik. Korang kena sayang pakcik" ujar aiden dengan penuh ayat tersirat
"Okayla sara percaya."
"Korang ni nama apa?"
"Sara aira qaisara. Boleh panggil sara. Ni abang kembar sara nama dia luthfi aidil panggil Fi"
"Oh cantik nama"
"Eh of course la. Mama kita yang bagi kan"seloroh sara. Amboi!
"Jangan panggil pakcik ni pakcik ye. Korang panggil uncle. Uncle tak faham kenapa korang keluar kena pakai mask?"soal aiden
Kelmarin dia hanya nampak separuh wajah mereka sahaja. Hanya bahagian mata saja yang dapat dilihat tetapi mata pun dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana ditutupi rambut depan mereka. Ceh stylo!
"Sebab mama kata kitorang ni artis!"
Cewah!!
"Yeke? Cuba buka mask tu uncle nak tengok muka korang"
"Boleh tapi uncle jangan jatuh cinta pula dengan sara. Sebab sara ni terlebih dos kecomelan!"
Aiden ketawa suka. Dia selesa dengan sara. Sara terlalu ramah baginya namun tidak bagi luthfi. Luthfi seakan-akan dingin dengannya
Sara membuka mask dimukanya. Kemudian dia tersenyum comel kepada aiden
Aiden bagai dipukau. Memang tahap kecomelan sara ni memang memang memang erh! Tak boleh diungkapkan! Dia macam muka kim so hyun campur dengan lisa balckpink gitewsss
"Comelnya sara!!"
"Jangan puji nanti sara kembang"kata sara
"Uncle nak tengok Fi pula"
Luthfi membuka mask nya perlahan-lahan. Dengan penuh debaran,aiden menunggu
"Comelnya Fi! Mesti handsome nanti besar!"
Aiden sedar bahawa wajah luthfi memang ada iras iras dengan wajahnya dan wajah sara juga ada iras dengan wajah qaira
Patutla comel! Genetik dia dan qaira kan!
"Okay sayang sayang mama jom shopping!"
Qaira sergah dari belakang
"Eh awak tak balik lagi?"soal qaira
"Nak ikut!!"
Gituw pula?
YOU ARE READING
MY MR PSYCHO
RomanceKerana wajah yang beku,perlakuan yang sangat cool dan sifatnya yang berbeza,Qaira Qaireena terus jatuh suka pada si jejaka. Kalau sehari tak dapat tengok wajah beku jejaka itu,hidup nya rasa sunyi saja. Dan tidak disangka bahawa jejaka itu turut men...