22

767 35 0
                                    

4tahun kemudian

"MasyaAllah!! Luthfi aidil,aira qaisara!! Jangan la baring dekat sini! Malu orang tengok tu"

Qaira menjegil mata kepada dua orang anak nya itu. Malu mukanya bila orang sekeliling ketawa melihat telatah anak-anaknya itu. Memang nakal betul!

"Mama, Fi nak baring kejap je. Best nya baring kat sini! Sejuk!"

"Sara pun sara pun!"

Allahu...

"Fulamak!!!korang kenapa baring kat sini? Selamba badak je ye korang ni! Tak nak jumpa neknda ke? Iii tak malu nya"

"Auntie bella!!!"

Luthfi dan Qaisara bangun dan terus memeluk bella. Orang sekeliling masih setia menahan senyuman melihat kanak kanak itu. Semakin membahang pipi Qaira.

Mana tak malunya, tadi masa di dalam kapal terbang, boleh pula budak berdua tu acah-acah pramugara and pramugari. Ditanya orang orang yang ada dalam perut kapal terbang tu nak makan apa,nak minum apa,nak apa-apa

Ni bila dah sampai je di airport malaysia, dorang boleh pula baring di tengah tengah lantai airport! MasyaAllah! Memang sekepala betul!

"Dah! Jom jumpa neknda. Kesian neknda tunggu lama dirumah"

Tangan nya memimpim tangan kecil luthfi dan Sara. Bella pula membantu dengan membawa bagasi mereka.

"Kita balik rumah bonda naik apa ni?"tanya bella

"Bonda kata dia hantar pak mat datang ambil kita"

"Mama!! Kenapa pakcik tu panggil nama mama dengan auntie bella? Siapa pakcik tu? Comel nya!!" Ujar sara

Aduhai,pakcik pun kau kata comel,sara?

"Pak mat,maaf ye lambat. Budak berdua ni buat prob pula"

"Eh tak apa la. Mari la. Datin dah tunggu di rumah"

Pak mat membantu bella memasukkan bagasi mereka ke dalam kereta.

___

"Ya Allah,cucu neknda!!"

Bonda memeluk luthfi dan sara erat. Separuh wajah mereka yang ditutupi dengan mask dibuka lembut. Maklum la,mereka berdua terlalu comel sampai ada yang mahu bergambar dengan mereka

Luthfi mempunyai alis mata berwarna hijau yang bercahaya. Manakala Qaisara pula mempunyai alis mata berwarna biru laut yang disinari cahaya. Comel? Sangat! Tambah pula mereka sekarang ni berumur 4 tahun. Badan mereka yang debab,pipi yang gebu dan wajah yang putih kemerahan.

Aduhai anak mama. Comel sangat!

"Cucu neknda ni lapar ke?"

"Lapar!! Fi nak makan ayam masak cili padi!"

"Taknak!! Sara nak makan ayam paprik! Lagi nak kek tiramisu. Neknda,sara nak makan tiramisu. Sara craving" pujuk sara

Sara ni kalau bab pujuk and bodek memang nombor satu. Siapa je tak cair dengan Aira Qaisara yang mempunyai suara yang agak unik tapi comel! Bulu matanya yang panjang dan lentik itu mampu menggoda orang sekeliling bila dia berkelip mata dengan matanya yang bulat.

Kalau luthfi pula memang nombor satu buat orang geram. Telatah nya yang manja bersama orang rapat tapi dingin dengan orang luar! Wajah bekunya selalu saja menghiasi bila bersama dengan oran asing. Namun bila saja rapat, manja nya memang mengalahkan Qaisara! Orang sanggup menahan rasa dengan beku luthfi semata-mata mahu rapat dengan si kecil itu

Mahu juga merasa manja luthfi kan. Ada satu hari tu, jiran baru sebelah rumah louis itu mahu rapat dengan Luthfi. Dipeluk luthfi tu sampai luthfi menjerit rimas! Tak suka dipeluk oleh orang asing!

"Neknda tahu kamu berdua nak makan tu. Pergi la ke dapur. Semua dah siap untuk cucu kesayangan neknda ni"

"Yeay!!! Thank you neknda! We love you so much!"

Luthfi dan sara berlari ke dapur. Tak sabar sangat nak makan!

Qaira dan bella bersalaman dengan bonda. Badan bonda dipeluk erat oleh qaira

"Macam mana flight?"

"Okay je bonda.Bonda sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Mari la duduk. Kesian bella dengan qaira letih"

Mereka turuti. Sofa berhampiran menjadi pilihan mereka.

"Kaklong dan angah mana? Takkan tak nak jumpa qaira ni?"

"Ada. Dorang pergi beli sesuatu untuk kamu. Kamu kan lama tak balik. Tu yang nak beli something untuk anak buah dorang tu"

Qaira mengangguk saja. Faham sangat yang kakak dan abang nya itu sangat menyayangi anak-anaknya

"Hah bella, mana bakal menantu bonda?"soal bonda

Mata bella membulat. Terkjut dengan pertanyaan bonda. Qaira sudah ketawa melihat wajah pucat sahabatnya itu

"Bonda...mana ada lagi. Alaa bella muda lagi la"

"Eh kamu ni. Muda apanya kalau umur tu dah masuk 28 tahun! Dah nak jadi anak dara tua dah kamu tu."

Bella mencebik lalu tangannya memeluk lengan bonda dan kepalanya dilentok ke atas bahu bonda

"Taknak la lagi. Bella nak cari suami untuk bonda dulu. Kalau bella dah kahwin,nanti bonda sorang-sorang. Kesian bonda. Tunggu bella cari husband untuk bonda dulu ye?"

"Hish apa kamu merepek ni?! Takde takde! Bonda taknak nikah dah. Umur bonda ni tak sesuai duduk atas pelamin dah. Umur bonda ni sesuai dukung cucu je. Cucu dari qaira,bakal cucu dari louis dan bakal cucu dari bella. Louis tak balik ke?"

"Tak bonda. Louis datang minggu depan kut. Company ada problem sikit. Bonda kalau tunggu cucu dari louis and cucu dari bella,alamatnya bonda dah jadi moyang dah kut. Dapat cucu dari luthfi tu dulu"

"Eh ada pula macam tu"

Mereka bertiga ketawa bersama. Luthfi tu walaupun dingin dan beku sebeku ais namun hatinya lembut. Lembut kerana dilembutkan oleh seorang gadis berumur 3 tahun sewaktu di england dulu. Kata luthfi, dia mahu gadis itu saja. Tidak mahu yang lain. Gadis itu berjaya lembutkan hatinya dekat keletah manja dan prihatinya

Aduhai anak! Kenapa drama sangat?!

Apa pun atau siapapun,dia tidak menghalang. Satu saja dia mahu. Kebahagiaan anak-anaknya.

Kebahagian dirinya? Sudah dibuang jauh..

MY MR PSYCHOWhere stories live. Discover now