28

852 31 1
                                    

"MasyaAllah,wawa!!!fahim!!!"

Wawa dan fahim menekup telinga. Bingit betul! Suara nyaring qaira terlalu kuat. Terkejut sangat lah tu!

"Jangan la jerit! Bising! Kesian anak buah aku ni nak tidur pun tak boleh"

Wawa membelai rambut sara yang berada di ribanya. Luthfi masih bermain bersama aiden. Happy la tu ada papa! Sampai mama dilupakan

"Aku terkejut!! Aku tak sangka kawan aku sorang ni nak nikah! Aduhai bukan seorang tapi 4 orang!! Dua pasang!! Aduhai kecil nya dunia"

Qaira terlalu teruja kerana keempat-empat sahabatnya itu bakal bernikah! Tak sangka langsung!! Tak sangka boleh lekat!

"Jadi macam mana kau kenal dia,fahim?"

"Cis kau ni! Louis tu kan sahabat baik aku,memang aku kenal sangat la dengan bella tu! Aku mengurat dia punya la lama,3 bulan lepas baru official!"

Oooo kau senyap senyap eh bella! Haritu bukan main lagi dengan bonda,nak cari bakal suami bonda dulu la,muda lagilah

"Kau pula,wawa?"

"Si fahim ni kan kawan arsyad. So automatik kawan aku! Biasalah aku ngan arsyad tu nampak je gaduh kasar tapi kitorang rapat je. Louis tu pula kan kawan fahim. Louis tu memang cool je orangnya tapi complicated!"

Qaira mendengar saja wawa bercerita. Punya la bersungguh dia cerita itu ini sampai qaira ternganga!

"Lepas tu apa jadi?dia pikat kau ke?"

"Tak adalah. Aku yang mengurat dia"selamba badak je wawa kata macam tu. Fuhh rare!

"Kau perasankan yang louis lately ni busy?"

Qaira mengangguk laju. Memang louis sangat busy sebelum qaira sampai ke malaysia. Sampai tak dapat follow mereka balik ke malaysia

"Dia tengah jumpa mak ayah aku la. Pastu dia dengan bella tu masuk islam. Then kitorang bincang hantaran"

Qaira ternganga luas. Siyes ah!? Macam tu je?!

"Tapi aku tengok si bella tu tak nampak busy pun"

"Memang la! Hantaran,baju nikah,pelamin apa semua tu louis,aku dengan wawa yang tolong settle. Kitorang kan nak bagi surprise kat kau so kitorang gunakan bella untuk tolong cover"

Alah alah kurang ajarnya!

"Amboi awak! Oh selamani awak gunakan saya jelah ye?!" Mereka menoleh memandang bella yang sudah bercekak pinggang. Matanya menjegil memandang si tunang

"Eh mana ada. Awak ni takkan la saya gunakan awak. Awak kan nyawa saya"

Hah pandai kau membodek fahim!

Bella menjuling mata ke atas. Punggungnya dilabuhkan di sebelah qaira berhadapan dengan fahim. Dulang yang berisi gelas dan jug air di letakkan ke atas meja

"So wawa memang dah tahu la selama ni aku di mana?" Soal qaira.

Yelah kan,bakal suaminya louis. Sahabat lelakinya fahim dan bakal adik iparnya bella. Ketiga-tiga ini rapat dengannya. Tak mungkin la wawa langsung tidak tahu tentang keberadaannya

"Aku memang dah lama tahu tapi arsyad tak tahu. Bagi insaf sikit mamat tu!"

"Mengumpat!" Aiden duduk disebelah kiri qaira. Tangan kirinya yang masih mendukung luthfi di baringkan ke ribanya

Tangan kanannya pula memeluk pinggang qaira. Langsung tiada rasa malu berhadapan dengan tetamu. Qaira mencubit perut aiden. Malu betul dengan tetamu!

"Sayang,apa ni cubit-cubit"

"Malu la orang tengok" qaira membebel sebentar dalam hati. Geram betul dengan nakal suaminya itu.

Sara yang masih lena di riba wawa di dukung

"Eh sayang, berat tu. Biar aiden je dukung"

"Tak apalah. Saya dah biasa. Lagipun sara ni ringan je. Awak tolong angkat luthfi bawa masuk bilik. Letih sangat la tu sampai dah tidur"

Pasangan itu tidak sedar yang mata-mata memerhati mereka dengan khusyuk. Malah senyuman juga tidak lekang dari bibir mereka bila melihat adegan sweet oleh pasangan itu.

Ni siapa yang bakal nikah ni hah?

"Baguslah kan dorang dah berbaik. Aku harap sangat dorang tak gaduh-gaduh lagi. Sedih juga aku tengok qaira dan luth dulu."kata fahim. Memang dulu dia berniat mahu memusnahkan pasangan itu namun bila dia melihat tulusnya cinta qaira kepada aiden,sungguh dia rasa bersalah yang teramat sangat

"Betul tu. Dengan adanya kembar dua tu,makin berseri la rumah tangga dorang. Tapi aku risau. Si kayla tu makin menjadi-jadi! Nak je aku tenyeh-tenyeh dia dekat taik lembu yang baru keluar dari punggung lembu! Hah baru dia sedar sikit busuk hati dia dengan busuk taik lembu"

"Apa yang lagi busuk,wawa?"soal bella sambil tersengih sinis

"Takkan bontot lembu lagi busuk dari hati dia kot!! Eh dah mulut pun macam puaka je! Perangai tak semenggah langsung! Macam la arsyad sorang je jantan keparat dalam dunia ni"bebel wawa

Bella dan fahim sudah tergelak sakan. Eh kau pun lebih kurang mulut puaka je wawa!

"I pening tho. Sekejap panggil aiden lepastu luth pastu arsyad pula. Kang nanti jumpa pula manusia yang panggil dia nama bin dia pulak kang!"ujar bella. Tangannya ralik menuang jus dari jug ke gelas

"Alah,arsyad tu keluarga kitorang je panggil. Luth pula kawan kawan"

"Habis,aiden tu siapa panggil?"

"Alahai tak sangka bakal bini saya ni bengong juga ye. Aiden tu qaira seorang je boleh panggil. Special lah katakan."

Bella menjegil mata. Kurang ajar betul eh husband-to-be ni! Bolehnya panggil bengong?! Melampau!

"Bonda mana?"soal wawa

"You lupa? Bonda kan pergi jumpa  datin marina."

"Ye tak ya jugak. Lupa la."

"Borak apa?" Mata mereka memandang pasangan sejoli itu yang mula mendekati mereka

"Tak ada pun. Borak kosong je. Weh syad,kau nak tahu tak? Fahim kata dia nak tenyeh muka kayla dekat bontot lembu sia!!"

"Pffftttttt hahahahhahaha bodo je kau fahim"

"Lahanot!! Bukan aku syial!! Minah ni yang cakap nak tenyeh muka kayla dekat tahi lembu! Aku pula yang kena"bebel fahim

"Elok lah tu. Wawa tahi kau bontot!! Tahi dan bontot kan berpisah tiada!! Sebab tu korang kawan rapat! Perangai macam lahanot!" Aiden gelak kuat. Sungguh kini dia bahagia

Bahagia berada di samping isterinya dan anak-anaknya. Bahagia kerana sahabat-sahabatnya sentiasa ada untuknya

Qaira tersenyum saja. Dia sudah sedia maklum tentang kayla. Jadi dia langsung tidak terasa jika mereka bercakap tentang kayla di depannya. Lagipun,dia percayakan aiden. Dia yakin aiden takkan lukakannya buat kali kedua

Jika tanggapannya salah,tiada lagi peluang ketiga,keempat mahupun kelima. Dan dia juga yang akan merasa dia wanita paling bodoh!

MY MR PSYCHOWhere stories live. Discover now