Aku masih cuba untuk memejam mata. Namun tetap lagi sia-sia
Kenapa aku tak boleh tidur?
Sebab fikiran aku melayang berfikir tentang sakit yang dilukai oleh orang yang aku cintai
Aku sentuh perut aku yang masih tidak membentuk. Maklumlah baru 2minggu
"Mama harap anak mama ni faham kenapa mama buat macam ni. Mama tak sanggup dimadukan. Jadi mama harap anak mama ni faham perasaan mama ye"
Klakk
Huh! Tak payah toleh. Dah tahu siapa. Dari tadi datang sebab nak pujuk aku. Eh dia ingat aku merajuk ke?! Aku bukan merajuk! Aku bukan marah! Tapi aku kecewa! Perasaan kecewa ni lebih dalam dari perasaan marah!
Bagilah seribu kali ayat cinta,seribu kuntum bunga ros,seribu harta sekalipun,bila hati dah kecewa jangan ingat mudah untuk melupakan
"Kau nak apa lagi?!"
Perasan tak? Dari petang tu panggilan aku dengan dia berubah serta merta. Huh!
Dia dengan kayla boleh ber I-you,kalau dengan aku 24/7 jam beraku-kau. Yelah bila dah lama niat nak pasang dua macam tu la kan
"Sayang,jom tidur bilik kita"
Pffffttt bilik kita? Kau merepek apa dho?!
"Bilik kita? Bukan bilik maksiat korang berdua ke? Sorry tapi aku rasa jijik nak masuk balik bilik tu"
Dia duduk di sebelah aku.
"Kitorang tak buat apa-apa pun semalam. Aiden tak tipu."
Aku tersenyum sinis. Heh dia ni tak faham maksud maksiat ke?
"Kau tidur mana semalam?"
Dia tersenyum bila dengar soalan aku. Heh fikir aku ambil berat dengan lelaki macam kau?!
"Aku tidur dalam bilik kita semalam"
"Oh,atas katil ke?"
"Ye lah sayang"
"Kayla tidur mana semalam?"
Wajahnya pucat. Eh kenapa nak takut pula? Kan memang aku dah tahu yang korang bermaksiat dalam bilik tu!
"D-..dia tidur dalam bilik ki..kita"
"Atas katil?"
Dia angguk
"Dengan kau?"
Teragak-agak dia mengangguk. Haha ini ke suami yang selama ni aku anggap suci?!ini ke!!
"Dan kau kata korang tak buat apa-apa? Memang la korang tak buat apa-apa tapi tetap korang mendekati zina! Maksiat! Korang tidur atas katil kita. Tidur sama-sama! Padahal korang tahu yang korang ni bukan muhrim!"
"Qaira! Stop it! Ye semua salah aku sebab aku curang! Aku cintakan kau and dalam masa yang sama aku sayangkan kayla! Semua salah aku! Tapi kau tak layak berubah mendadak macam ni!"
Tch! Tak layak? Lepas apa yang kau buat,kau cakap aku tak layak untuk berubah,aiden?!
"Cukup! Aku dah tak tahan aiden!! Aku tak tahan lagi! Pergi mati la dengan kau!"
Pangg!
Shit! Hollyshit!
"Qai-..qaira,aku minta maaf. Aku tak sengaja"
"Ni ke balasan pada aku selepas apa yang aku korban demi kau,aiden? Aku korbankan pelajaran aku,aku korbankan masa depan aku,aku korbankan perasaan keluarga aku. Ini ke balasan kepada aku?"
Aku cuba menahan air mata dari mengalir. Arg! Qaira,kau tak boleh lemah! Kau tak boleh tunjuk yang kau lemah depan lelaki macam dia!
"Aku minta maaf,qaira. Aku minta maaf"
"Keluar"
"Qaira.."
"Aku cakap keluar! Keluar la aiden! Jangan bagi aku maki kau! Sebelum aku betul-berul bencikan kau,baik kau keluar sekarang! Keluar!"
Akhirnya dia mengalah dan terus keluar dari bilik ini. Aku menyentuh pipi aku yang masih berasa pijar
"I don't know you, aiden. your change is too sudden. I'm sick of seeing you and her. But you never understood my feelings. You don't care about my feelings. I'm sorry to know you."
___
Arash pov's
Aku meneguk kasar air yang terisi di dalam cawan itu hingga licin. Panas pula hati aku ni bila dengar celoteh si kayla. Kalau aku tak fikir tempat umum ni memang dah kena la perempuan ni! Perangai macam sundal!
Tak faham betul aku macam mana si luth tu boleh tergoda secepat ini. Kesian qaira
"Kayla,kau memang dah tak faham apa yang aku cakap ke?"
Dia pandang aku dengan wajah yang kelat
"Faham apa?"
"Aku dah pernah cakap jangan cuba sakitkan qaira!"
"Eh hello,i tak sentuh pun dia okay!"
"Yeah..tapi kau sakitkan hati dia. Weh aku nak sakitkan hati luth tu pun berpada la sial! Ni sampai masuk bilik! Kau ni dah sangap sangat ke?!"
Dia mencebik bibir dan memandang jengkel. Lahanat betul betina ni!
"I don't care,arash. I don't care about that girl's feelings. If she was hurt, I'd be happy. Don't be a hijacker next time! I'm happy when I see her cry"
"Do you want me to do something with your beloved man?"
Matanya membulat. Heh tahu pun takut. Nampak sangat dia tahu apa yang aku boleh buat
"No..no. Okay,rash. I'll never hurt her again. Don't you ever dare to touch him"
"Naaah.. I'll try"
Malas lagi aku nak hadap muka betina ni.Aku terus keluar dari restoran mewah itu. Deringan telefon milik aku menghentikan perjalanan aku ke kereta
Nampak saja nama pemanggil membuat aku tersengih lebar
"Hello,Qaira"
"..."
"I'll be there"
YOU ARE READING
MY MR PSYCHO
RomanceKerana wajah yang beku,perlakuan yang sangat cool dan sifatnya yang berbeza,Qaira Qaireena terus jatuh suka pada si jejaka. Kalau sehari tak dapat tengok wajah beku jejaka itu,hidup nya rasa sunyi saja. Dan tidak disangka bahawa jejaka itu turut men...