Kubur yang masih merah di hadapannya itu dipandang sayu. Air matanya menitis lagi untuk kesekian kali. Akhirnya, perkara yang paling dia takut untuk lalui selama ini kini sudah jadi satu kenyataan yang benar. Tok Ma, nenek yang paling dia sayang dan cinta kini telah pergi buat selama lamanya, menghadap Ilahi dan meninggalkan dirinya sendirian menempuh segala ujian di atas bumi. Sejak dia kecil selepas kedua orang tuanya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, Tok Ma lah yang mengambil alih tugas dalam menjaganya sehinggalah dia besar. Terlalu banyak jasa Tok Ma kepadanya, menjaga, mendidik dan membesarkannya dengan penuh kasih dan sayang. Kini giliran Tok Ma pula pergi meninggalkannya. Hatinya dirundum pilu. Satu satunya insan yang paling bermakna dalam hidupnya sudah tiada di depan matanya buat selama lamanya. Selepas ini, dia sudah tidak punya sesiapa lagi dalam hidup. Hidupnya sebatang kara, tiada adik beradik malah saudara mara yang terdekat juga tiada. Dia harus kuat, walau apa pun terjadi dia tetap kena kuat demi meneruskan langkah dalam kehidupan.
YOU ARE READING
KAU MILIK AKU
RomancePertemuan yang tak dijangka antara dua insan yang berbeza sikap bagai langit dan bumi. Dhiya, seorang gadis peramah yang sering menceriakan hari. Emir, seorang lelaki dingin yang sering menyakitkan hati. Namun disebalik sikap yang ada pada diri ma...