KMA 1

44 5 0
                                    

Widya duduk di atas sofa empuk yang ada di tengah tengah ruang butik mewah itu. Pejam celik pejam celik, kini sudah hampir lima bulan dia bekerja di butik mewah yang agak terkenal di Kuala Lumpur. Selepas saja arwah Tok Ma meninggal dunia beberapa bulan yang lepas, Widya terus mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur, mencari kerja demi menyara kehidupannya. Alhamdulillah, dia kini sudah memperoleh kerja dan tempat tinggal yang selesa.

Tentang kerja, dia bersyukur kerana dia telah dipilih untuk bekerja di dalam butik pakaian yang mewah ini. Hasil tunjuk ajar dari arwah Tok Ma serta minatnya dalam bidang menjahit dan melakar pakaian, dia telah diterima bekerja di butik mewah itu sebagai seorang fashion designer dan dalam masa yang sama dia sendiri yang akan menjahit pakaian yang telah direkanya itu. Dia seronok bekerja di situ, semuanya melengkapi cita rasanya.

"Ha... jauh termenung. Fikirkan apa tu?" Soal seorang wanita yang baru saja masuk ke dalam ruang butik itu. Ruang kosong di sebelah Widya di ambil lalu dilabuhkan punggungnya di situ. Dia memandang Widya bersama dengan senyuman manis.

"Eh akak. Bila sampai? Kata tak masuk butik hari ni." Soalan dari wanita itu dibalas dengan soalan juga. Dia memandang wanita itu bersama dengan senyuman lebar.

Jauh dari sudut hatinya, dia kagum dengan wanita yang ada di depan matanya ketika itu. Dia, Emelina Farhana, majikannya juga pemilik butik EF Design yang agak terkenal dan ternama di bandar Kuala Lumpur. Wanita itu baru saja berusia awal lingkungan 30 an, tapi dia sudah berjaya miliki butik sebesar dan semewah ini. Walaupun dia sudah berjaya dan terkenal di awal usia, tapi tiada langsung sikap sombong dan angkuh dalam dirinya. Baginya, pangkat dan harta bukanlah halangan untuk dia terus bergaul mesra dengan sesiapa. Baginya, semua manusia sama sahaja. Widya suka dengan cara layanan dan prinsip wanita itu.

"Kerja akak kat luar tu dah setle semua. Tu yang akak masuk butik ni. Tadi akak baru nak masuk bilik, tiba nampak Widya tengah duduk sini sorang sorang. Akak pun datang lah, saja je nak kacau." Usik Emelina bersama dengan gelak tawa kecil. Widya juga turut sama ketawa, melayan usikan majikan kesayangannya itu.

"Tak pe lah Dhiya, akak masuk dulu ye. Akak ada kerja sikit kat dalam tu." Ujar Emelina sebelum beredar dari situ. Langkah kaki diatur menuju ke arah bilik pejabatnya yang terletak di bahagian belakang.

Widya pula hanya mengangguk sekaligus memerhati kelibat Emelina yang sudah semakin jauh melangkah pergi meninggalkannya. Setelah pasti kelibat Emelina tidak lagi kelihatan, kini giliran dia pula untuk bangun. Dia ingin meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Segala kertas dan buku yang bersepah di atas meja itu dikutip, dipegang erat. Baru saja dia hendak melangkah...

BUKKKK!!!

Malang nasibnya, dia terlanggar seseorang di hadapannya. Dia hampir saja jatuh menyembah lantai. Habis buku serta kertas yang dipegangnya berterabur di atas lantai. Dia segera menunduk, mengutip buku buku dan kertas kertas itu manakala orang yang telah dilanggarnya itu pula langsung tidak menolong malah dia langsung tidak bergerak dan terus berdiri kaku di situ.

"Maaf.. Maaf.. Maaf Encik, saya tak sengaja. Maaf sangat..." segera dia memohon maaf kepada lelaki yang telah dilanggarnya itu. Ya, orang yang telah dilanggarnya itu adalah lelaki. Keadaannya ketika itu sungguh panik. Menggelabah habis dia dibuatnya. Dia risau, takut lelaki itu akan memarahinya.

Setelah selesai mengutip buku dan kertas yang berterabur di atas lantai, dia lantas bangun dan kepalanya diangkat sedikit memandang wajah lelaki itu. Kelihatan seorang lelaki muda yang mungkin berada dalam lingkungan usia pertengahan 20 an sedang memerhatinya dari atas hingga bawah.

"Kau pekerja dekat sini ke?" Lelaki itu mula menyoal dengan nada yang agak dingin. Dia memandang lama ke arah Widya yang sudah panik dan menggelabah itu.

KAU MILIK AKUWhere stories live. Discover now