Sebulan kemudian...
Hari demi hari, rutin hidupnya berjalan seperti biasa. Rutin hariannya tetap sama, tiada yang berbeza. Pergi kerja awal pagi kemudian lewat petang baru pulang ke rumah dan berehat. Sabtu dan Ahad pula adalah hari cuti dan hari untuk dia berehat sepenuhnya. Dia juga sudah terbiasa dengan semua penat lelah bekerja. Semua itu adalah satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidupnya.
Pagi itu Widya bersiap untuk ke butik. Ringkas saja pemakaiannya pagi itu. Dia hanya mengenakan jubah hitam dipadankan juga dengan tudung bawal labuh hitam. Simple. Dia terus mengatur langkah ke luar rumah menuju ke arah kereta myvi putih miliknya yang elok dipakir di perkarangan rumah.
Kali ini sudah berkali kali dia mencuba untuk menghidupkan enjin kereta itu, tapi gagal. Enjin keretanya tiba tiba saja tidak boleh dihidupkan pagi itu. Dia mengeluh kecil. Pagi pagi buta lagi sudah diuji. Kepalanya digaru seketika. Lama dia termenung di dalam kereta, memikirkan bagaimana dia hendak membaiki kerosakan pada keretanya itu. Dia bukannya tahu sangat bab baiki membaiki kereta ni, yang dia tahu hanyalah mencuci, mengisi minyak dan membawa, itu sahaja. Dia masih lagi termangu mangu sendirian di dalam kereta. Buntu, tidak tahu apa jalan penyelesaian yang harus dia lakukan.
Nadia yang baru saja keluar dari rumah, ingin masuk ke dalam kereta terhenti seketika langkahnya apabila melihat Widya yang berada di dalam kereta seakan sedang mengelamun. Dia pantas mengatur langkah ke arah kereta Widya sekaligus mengetuk tingkap di bahagian pemandu.
Widya tersedar dari lamunan apabila terdengar tingkap keretanya diketuk. Kepala dipusingkan ke tepi, melihat gerangan yang mengetuk tingkap keretanya.
"Kau pahal termenung dalam kereta? Bila nak pergi butik?" Nadia segera menyoal apabila tingkap kereta itu diturunkan.
"Weh, kereta aku tak boleh nak start lah. Aduh, pagi pagi buta dah buat hal. Aku mana reti nak repair kereta bagai." Adu Widya bersama dengan riak wajah yang agak resah.
"Lah ye ke. Erm lepastu kau nak gi butik macam mana? Aku tak boleh lah nak hantar kau sebab aku ada meeting kejap lagi kat office. Sorry sangat weh." Terang Nadia. Dia mula rasa bersalah kerana tidak dapat membantu temannya yang berada dalam kesusahan itu. Dia ada hal penting pagi itu di pejabat, jadi dia tidak boleh untuk menghantar Widya ke butik. Memandangkan tempat kerja mereka tidak sehaluan jadi dia tak dapat menghantar rakannya itu, risau dia pula yang akan tiba lambat ke pejabat.
"Eh pasal nak ke butik tu, kau jangan risau lah. Aku boleh je order grab, tapi yang bermasalah sekarang ni macam mana aku nak repair kereta aku ni? Aku mana reti nak repair kereta bagai. Nak call mekanik pun, aku tak ada nombor mana mana mekanik. Aduh..." panjang lebar dia merungut, mengenangkan nasib malangnya pagi itu.
Nadia diam seketika. Otaknya ligat berfikir. "Ha pasal kereta ni tak apa, aku boleh handle. Nanti aku call mekanik, suruh ambik kereta kau bawa pergi bengkel. Dah kau jangan nak membebel panjang lebar, kau order grab sekarang then terus gi butik. Kang kau lambat pula sampai butik tu. Aku pun nak pergi dah ni, aku dah lambat. Okay bye, aku caw dulu. Assalamualaikum." Habis menutur kata dan bicara, dengan pantas dia terus beredar menapak masuk ke dalam kereta. Dia sudah lambat untuk ke pejabat ketika itu.
"Ha ye lah ye lah. Waalaikumsalam. Hati hati.." balas Widya. Dia lantas keluar dari ruang kereta. Nampaknya pagi itu terpaksalah dia ke butik dengan menaiki grab. Melayang lah duitnya pagi itu. Kereta Nadia yang sudah bergerak perlahan keluar dari perkarangan rumah itu dipandang sehingga kereta itu hilang dari pandangannya.
* * * * *
Petang itu Widya keluar dari butik EF Design selepas waktu kerja tamat. Dia mahu menuju ke bus stop yang berdekatan dengan butik itu untuk menunggu grab dan pulang ke rumah. Maklumlah, keretanya rosak jadi terpaksalah dia menggunakan khidmat kenderaan awam untuk pergi dan pulang bekerja pada hari itu. Baru saja dia hendak melangkah pergi jauh dari kawasan itu, langkahnya terhenti seketika apabila melihat Emir sedang bersandar pada kereta mitsubishi lancer miliknya sambil memandang tepat ke arah Widya.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAU MILIK AKU
RomansaPertemuan yang tak dijangka antara dua insan yang berbeza sikap bagai langit dan bumi. Dhiya, seorang gadis peramah yang sering menceriakan hari. Emir, seorang lelaki dingin yang sering menyakitkan hati. Namun disebalik sikap yang ada pada diri ma...