Tengahari itu usai mengemas rumah, Widya menghabiskan masanya dengan menonton tv di ruang tamu. Memandangkan hari itu hari Ahad dan hari cuti baginya, jadi dia punya banyak masa yang terluang. Dia gunakan masa yang terluang itu dengan sebaiknya.
Sedang ralit dia menonton drama kegemarannya yang tengah disiarkan di kaca tv, Nadia yang baru saja turun dari tingkat atas datang menghampirinya lalu dilabuhkan punggungnya bersebelahan Widya.
"Amboi ralitnya kau tengok tv." Sapa Nadia sekaligus menarik perhatian Widya dari terus tertumpu pada drama yang disiarkan di kaca tv.
Widya hanya memandang sekilas ke arah Nadia yang sudah duduk disebelahnya kemudian pandangannya beralih semula pada drama kegemarannya itu.
"Weh Dhiya. Dah dah lah layan drama tu. Kau tak masak ke tengahari ni? Aku lapar lah beb." Ujar Nadia. Dia menepuk bahu Widya. Geram juga dia dengan Widya. Kehadirannya ketika itu langsung tidak dihiraukan. Dia lebih pilih drama daripada aku? Tak guna kau Dhiya.
"Aku tak masak. Kejap lagi lah aku masak. Aku nak layan drama ni kejap. Kalau kau lapar, kau gi lah masak makanan kau." Balas Widya, selamba Matanya masih lagi tertumpu pada kaca tv. Tidak langsung menoleh ke arah sahabatnya itu.
Nadia sudah makin panas dengan jawapan Widya. "Alah kau masakkan lah untuk aku. Please...." Dia merayu lagi, nadanya meleret sahaja. Sengaja dia ingin mengacau Widya. Dia lebih suka melihat Widya marah atau membebel. Baginya, Widya akan bertambah comel apabila berada dalam keadaan marah. Mukanya yang merah itu makin membuatkan dia bertambah comel.
"Hish kau ni. Kalau lapar, pergi masak sendiri lah. Malas betullah kau ni. Aku nak tengok drama pun tak senang." Widya sudah mula membebel. Wajahnya masam mencuka.
Nadia sudah tergelak kecil melihat wajah masam milik sahabatnya itu. Hatinya tercuit sedikit dengan gelagat sahabatnya itu. "Alah Dhiya, aku nak kau yang masakkan untuk aku. Kau tak kesian ke kat aku Dhiya? Please Dhiya.." matanya dikelip kelipkan beberapa kali. Cuba meraih simpati dari Widya. "Herm tak apa lah Dhiya. Sampai hati kau kan. Kau lebih pilih drama tu dari aku. Okay fine." Sambungnya lagi. Suaranya kedengaran seperti orang berjauh hati. Merajuk lettuw. Acah acah merajuk je sebenarnya.
Widya sudah membuat muka bosan. Anak matanya dijulingkan ke atas. Mahu tak mahu, terpaksalah juga dia masakkan makanan tengahari untuk anak raja yang seorang itu. "Ye lah. Aku masakkan untuk kau. Hish, geram je aku dengan kau ni." Dengan rasa malas, dia gigihkan juga dirinya untuk bangun dan melangkah ke dapur.
"Hah kau nak makan apa?" Soal Widya yang sudah pun menjejakkan kaki ke ruang dapur.
Nadia pula sudah tersengih riang. "Apa apa je asalkan sedap. Tapi memang semua masakan kau sedap. Herm, ikut kau lah nak masak apa. Aku telan je." Balas Nadia, disertakan dengan pujian. Pujian ikhlas dari hati tu. Tak dinafikan, Widya memang mahir dalam bab masakan dan semua masakannya sedap belaka. Sejak Widya duduk bersama dengan Nadia, Nadia sudah jarang makan di luar. Semuanya Widya yang sediakan. Untung laki kau nanti Dhiya, hari hari dapat makan sedap.
Beberapa minit dia berada di dapur, bertungkus lumus menyediakan makanan, akhirnya makanan yang dimasaknya sudah siap terhidang. "Tuan puteri ku sayang, ke mari kamu. Makanan sudah siap dihidang." Ujar Widya, memanggil Nadia yang berada di ruang tamu dengan nada yang agak menjengkilkan.
Nadia berlari anak menuju ke meja makan. Dia melihat lauk yang sudah dihidang elok di atas meja. Dia menelan liur seketika melihat lauk lauk itu. Sedap. Perutnya makin galak pula berbunyi. Lantas kerusi di meja makan itu ditarik kemudian dilabuhkan punggungnya di situ. Namun baru saja punggungnya hendak mencecah kerusi...
"Eh kau jangan duduk lagi. Kau pergi dapur, kau pergi ambik nasi dengan pinggan untuk kita berdua ye." Arah Widya dengan selamba. Sekali sekala membuli, apa salahnya. Opps, bukan membuli tapi meminta tolong.
YOU ARE READING
KAU MILIK AKU
RomantizmPertemuan yang tak dijangka antara dua insan yang berbeza sikap bagai langit dan bumi. Dhiya, seorang gadis peramah yang sering menceriakan hari. Emir, seorang lelaki dingin yang sering menyakitkan hati. Namun disebalik sikap yang ada pada diri ma...