Malam kini menjelma. Jam kini sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tetamu yang hadir, kebanyakannya sudah pulang. Widya duduk di beranda rumah itu sambil termenung jauh. Dia baru saja selesai berbual dan membantu mereka mengemas di dalam.
Widya bangun, ingin masuk ke dalam bilik. Dia ingin mandi, solat dan berehat. Badannya terasa letih. Hari itu adalah hari yang sangat memenatkan baginya. Dia perlu rehat. Baru saja dia hendak melangkah masuk...
"Pengantin baru. Buat apa dekat luar ni sorang sorang?"
Widya menoleh, memandang tuan empunya badan yang bersuara sinis itu. Wajah Widya berubah keruh apabila melihat Laila dan Fatin berada di belakangnya. Mereka berjalan mendekati Widya. Tangan disilangkan sekaligus memandang ke arah Widya dengan pandangan yang sangat angkuh.
"Eh Laila, Fatin." Sapa Widya dengan ramah. Dia cuba menayang senyuman walaupun dia sendiri tidak suka dengan kehadiran dua orang gadis itu.
"Dasar perempuan tak tahu malu kau ni. Mula mula jadi pekerja kak Amel je, lepastu ikut sekali balik kampung, tarik perhatian semua orang, then sekarang jadi isteri abang Emir pula. Huh, bomoh mana kau pakai hah?" Sinis sekali kata kata yang dilemparkan oleh Laila. Fatin disebelah pula hanya diam membisu tapi masih memerhati Widya dengan pandangan angkuh dan benci.
Berdesing juga telinga Widya apabila mendengar kata kata kasar yang dilemparkan oleh Laila itu. Mahu saja dia belasah gadis itu tapi Widya bukanlah jenis yang cepat melatah. Dia masih bersabar lagi dan layankan saja segala rentak mereka.
"Eh perempuan. Kau ingat abang Emir tu kahwin dengan kau atas dasar cinta ke? Mimpi je lah. Abang Emir tu kahwin dengan kau atas sebab terpaksa dan simpati je. Kau jangan nak berangan lah nak dapatkan cinta dari abang Emir tu. Sedar lah diri kau tu, kau bukannya ada keluarga. Hidup sebatang kara, menumpang kasih sayang dalam keluarga orang je. Dasar anak yatim piatu." Sambung Laila lagi. Kali ini kata katanya itu makin melampau. Widya sudah makin berang.
"Ye memang saya ni anak yatim piatu, tak ada keluarga, hidup sebatang kara. Dan saya tahu Emir terima saya sebab terpaksa bukan dengan rela hati." Balas Widya dengan suara yang agak tegang. Dia menunduk seketika.
"Ha sedar diri pun. Ingatkan tak sedar diri tadi." Giliran Fatin pula menyindir sambil ketawa sinis.
Widya mengangkat wajahnya semula kemudian menyambung lagi bicara.
"Tapi sekurang kurangnya, saya ni masih ada adab dan reti hormat orang lagi. Biar tak lengkap semuanya, asalkan adab sentiasa ada dalam diri. Tak macam korang, lengkap semuanya tapi adab langsung tak ada. Tak reti hormat orang langsung. Minta maaf lah kalau kata kata saya ni terlampau kasar tapi saya rasa tak kasar kot kalau nak dibandingkan dengan kata kata korang." Bidas Widya dengan berani. Dia membalas renungan mata dua orang gadis dihadapannya itu.
"Kau ni memang tak tahu malu. Memang kurang ajar lah kau ni." Laila menengking Widya. Tangannya mula diangkat, ingin menampar wajah Widya.
Widya sudah menutup mata. Tidak sanggup melihat tangan gadis itu melekap di pipinya tapi dia pelik kenapa tangan itu masih lagi tidak sampai di pipinya. Kenapa pipinya tidak terasa sakit.
"Kau jangan berani sentuh dia. Dia isteri aku. Aku kahwin dengan dia bukan sebab terpaksa atau simpati, tapi sebab aku cintakan dia. Kau sentuh dia, sakit kau kena dengan aku." Ujar Emir dengan tegas.
Widya membuka matanya perlahan. Kelihatan Emir sedang mencengkam kuat tangan Laila. Wajah bengisnya itu menyapa pandangan Widya.
"Lepaslah bang. Sakit tau tak." Laila meronta kecil. Dia cuba meleraikan tangannya dari cengkaman Emir tapi gagal. Cengkaman lelaki itu terlalu kuat.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAU MILIK AKU
RomancePertemuan yang tak dijangka antara dua insan yang berbeza sikap bagai langit dan bumi. Dhiya, seorang gadis peramah yang sering menceriakan hari. Emir, seorang lelaki dingin yang sering menyakitkan hati. Namun disebalik sikap yang ada pada diri ma...