KMA 8

20 2 0
                                    

Malam itu, usai menunaikan solat isyak Widya duduk sendirian di dalam bilik sambil termenung jauh. Jauh dari sudut hatinya, dia benar benar terkesan dengan kata kata yang telah mak lang lemparkan kepadanya. Entah apalah nasibnya, hari pertama bertemu dengan mak lang saja dia sudah terasa hati begitu sekali. Nampak sangat mak lang dan anak anaknya tidak suka dengan kehadirannya.

Flashback...

Di ruang makan...

"Oh anak yatim piatu rupanya. Hidup sebatang kara. Lahai, siannya lah kamu ni. Kiranya, kamu ni senasib je lah dengan Emelina dan Emir? Cuma Emelina dan Emir ni beruntung lagi lah sebab masih ada keluarga, saudara mara tapi kamu hidup sebatang kara terus ye. Kesiannya lah." Dengan selamba dan tanpa rasa bersalahnya, kata kata itu terus dilontarkan kepada Widya sekaligus membuatkan Widya tersentak. Bukan Widya saja, malah mereka yang turut ada di situ juga turut tersentak dengan kata kata itu. Widya pula hanya mampu tersenyum kecil, tidak mampu membalas apa apa walaupun hatinya sedikit sebanyak terguris juga dengan kata kata itu.  Dia cuba sedaya upaya tidak melayan rasa sakit dalam hatinya itu, tapi dia gagal. Memandangkan dia sudah selesai makan, dia terlebih dahulu meminta diri untuk masuk ke bilik dahulu atas alasan hendak menunaikan solat isyak.

End Flashback...

Kata kata itu masih lagi terngiang ngiang di telinganya. Sungguh dia rasa sedih dan kecewa. Dia malu, hanya dengan kata kata itu sahaja, maruah dirinya ibarat dihina dan dipijak dengan mudah.

Sedang dia mengelamun panjang meratapi kesedihan di dalam hati, pintu biliknya dikuak dengan kasar dari luar. Terkejut Widya apabila mendengar hentakan pintu yang agak kuat itu. Kemudian pintu itu ditutup rapat, dihempas dengan kuat juga. Terkebil kebil Widya memandang ke arah Nadia yang sudah merah padam mukanya. Dah kenapa pula minah sorang ni?

"Nad, kau okay ke tak ni?" Dia lantas menyoal. Bahu Nadia diusap perlahan. Pelik sungguh dia dengan sikap Nadia itu. Kena sampuk dengan jin ke apa minah ni?

Nadia duduk di sebelah Widya. Dia merenung tajam ke arah Widya. Wajah itu tetap kelihatan tenang walaupun tuan badan sudah dilemparkan dengan kata kata yang menyakitkan hati. Dia tahu, jauh dari sudut hati Widya, mungkin dia terasa dengan kata kata itu. Mustahil Widya tidak terasa, kata kata itu terlalu menyakitkan hati. Mak lang betul betul sudah melampau.

"Kau tanya aku pula, sepatutnya aku yang tanya kau okay ke tidak." Balas Nadia dengan geram. Nafasnya turun naik ketika itu akibat menahan amarah. Wajahnya putih mulus miliknya itu usah dikata, sudah berona merah menahan marah.

Widya terpinga pinga seketika. Dia faham sebenarnya kenapa Nadia begitu marah ketika itu. Pasti ia berkaitan tentang hal ketika di ruang makan tadi. "Aku okay je lah." Balas Widya, cuba berdalih. Dia tersenyum kecil, namun dia rasakan senyumannya itu hanyalah senyuman hambar sahaja.

"Kau jangan nak tipu aku lah Dhiya. Aku tahu, kau terasa dengan kata kata mak lang tu. Mak lang tu memang lah, makin melampau pula perangai dia. Cakap tak pernah nak fikir perasaan orang. Geram betullah aku dengan orang tua tu." Marah Nadia. Geram sungguh dia dengan mak langnya itu tadi. Ikutkan hatinya yang tengah panas itu, mahu saja dia membalas kata kata mak langnya itu. Bukan setakat membalas, mahu saja dia lempar pinggan mangkuk ke muka wanita itu.

Widya terus menunduk. Air mata yang ditahan dari terus keluar tadi akhirnya menitis juga. Dia kalah juga dengan emosinya. Nadia perasan ada air jernih yang menitis dari mata Widya. Dia mengeluh kecil. Terus dia mendakap erat tubuh Widya. Ingin memberi kekuatan dan semangat buat temannya itu. Makin menggila pula tangisan Widya apabila berada dalam dakapan Nadia. Mereka hanya diam membisu, Widya masih melayan tangisannya manakala Nadia masih lagi mengusap lembut bahu rakannya itu, meredakan tangisannya. Hendak bersuara, dia rasa bukan masanya lagi. Biarlah dahulu Widya melepaskan segala yang dia pendam di dalam hati dengan tangisan itu. Biar dia puas bersama dengan tangisan itu. Mungkin tangisan itu sedikit sebanyak mampu menenangkan dirinya, dan mengubat luka dihatinya.

KAU MILIK AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang