Seminggu kemudian...
Hari ini sudah genap seminggu dia mengalami kecedaraan di kaki. Sudah genap seminggu juga lah peristiwa dia diragut oleh dua orang lelaki tidak bermoral tempoh hari yang lepas itu berlalu. Kakinya yang berbalut dan cedera itu sudah pun pulih sepenuhnya.
Petang itu, dia bercadang untuk menghabiskan masanya dengan berjoging di taman yang berdekatan dengan rumahnya. Sudah lama rasanya dia tidak melakukan aktiviti kegemarannya itu. Dia berjalan jalan dahulu di sekitar taman itu untuk memanaskan badan. Kerusi batu yang disediakan di taman itu didapatkan kemudian punggungnya dilabuhkan seketika di situ sementara dia bersedia untuk meneruskan larian. Sesekali dia memejamkan matanya, menikmati kehangatan cahaya matahari pada petang itu.
"Kaki tu dah sihat sepenuhnya ke?" Soal seseorang sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Widya.
Terkejut dengan kehadiran suara garau itu, Widya segera membuka matanya lalu melihat gerangan yang menegurnya itu. Kelihatan Emir Fathi sedang memerhatinya disebelah bersama dengan pandangan kosong. Sungguh dia terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu juga memakai pakaian sukan, sama sepertinya.
Senyuman janggal dia hadiahkan buat Emir sambil kepalanya mengangguk kecil menjawab persoalan Emir tadi.
"Good." Balas Emir ringkas.
Suasana menjadi sepi seketika. Emir melontarkan pandangannya jauh ke hadapan bersama dengan wajah seriusnya. Widya pula tidak tahu hendak berbual apa dengan lelaki itu. Suasana janggal antara mereka kian terasa. Widya ingin menghilangkan suasana itu, tapi dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan dengan lelaki dingin itu.
"Errr... awak buat apa dekat sini? Nak jogging jugak ke?" Widya sedaya upaya memberanikan dirinya untuk menyoal. Namun sesaat lepas itu, dia rasa seperti mahu memukul dirinya sendiri. Soalan bodoh apa yang kau tanya ni Widya? Kau diam je lah. Dia menepuk mulutnya berkali kali.
Emir yang mendengar soalan itu sudah tercengang. Tidak tahulah hendak marah atau ketawa saat itu. Dia merenung Widya dengan pandangan kosong.
"Dah kalau aku pakai macam ni, jawabnya memang aku nak joging lah. Tak kan nak pergi tengok wayang pula." Balas Emir, selamba. Topi hitam yang dipakai elok di atas kepalanya dibetulkan kemudian dia bangun bersedia untuk berjoging.
"Come, let's jogging with me." Ujar Emir.
Terkejut beruk Widya dibuatnya dengan pelawaan tak berasas dari lelaki itu. Biar betul dia ni?
Widya masih lagi diam tidak berkutik di situ. Dia memandang pelik ke arah Emir yang sedang fokus nemanaskan badan. Dia masih lagi setia duduk di kerusi batu itu.
Mungkin perasan yang Widya tidak langsung bergerak bangun dari kerusi batu itu, dia berhenti dari memanaskan badan kemudian beralih tumpuan ke arah Widya yang sedang memandang pelik ke arahnya. Dia memandang lama ke arah Widya dengan dingin.
"Yang kau duduk diam lagi dekat situ kenapa? Bangun lah, joging dengan aku sekali." Sekali lagi dia mengeluarkan arahan yang sama.
"Eh awak ni, bergurau je kan?" Soal Widya. Dia mula melangkah perlahan ke arah Emir.
"Gurau? Tak. Aku tak bergurau, dan aku bukan jenis yang pandai bergurau." Ujar Emir.
Widya sudah terdiam. Air liur ditelan seketika. Berjoging dengan mamat dingin ni? Biar betul? Dia risau apa yang akan terjadi nanti bila dia berjoging dengan mamat dingin itu. Adakah semuanya akan baik baik sahaja? Bagaimana situasi dan suasana antara mereka berdua ketika berjoging nanti? Dia mengeluh seketika. Emir Fathi memang benar benar mampu membuatnya gila. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menurut arahan mamat dingin itu.
YOU ARE READING
KAU MILIK AKU
RomancePertemuan yang tak dijangka antara dua insan yang berbeza sikap bagai langit dan bumi. Dhiya, seorang gadis peramah yang sering menceriakan hari. Emir, seorang lelaki dingin yang sering menyakitkan hati. Namun disebalik sikap yang ada pada diri ma...