KMA 11

21 2 0
                                    

Seminggu kemudian...

Malam itu Emir tidak dapat melelapkan matanya. Dia terjaga dari tidur lenanya sebentar tadi. Jam yang tertera di skrin handphonenya dilihat seketika. Sudah jam 3 pagi, dia kini tidak rasa mengantuk lagi. Dia menyandarkan badannya di kepala katil. Fikirannya saat itu melayang jauh, teringat kembali keputusan yang telah dia buat sekaligus teringatkan si dia yang berada di sana. Kemudian dia lantas bangun lalu menuju masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Usai berwudhuk, sejadah dibentang kemudian dia terus mendirikan solat sunat malam. Itu lah perkara biasa yang akan dia lakukan tiap kali dia terjaga diwaktu sepertiga malam begitu. Hanya itu saja cara yang mampu menenangkan hatinya. Cukup hanya dengan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, dia dapat menenangkan dirinya dari segala masalah biarpun hanya sementara.

Emir duduk berteleku di atas tikar sejadah setelah selesai berqiyamulail. Wajahnya diraup perlahan. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Dia kini tekad dengan keputusannya itu. Demi menjaga hati orang sekeliling, jadi dia memilih untuk menjadikan Widya peneman hidupnya dan bersetuju jika dia disatukan dengan Widya. Cuma itu keputusan bagi pihaknya, dia tidak tahu bagaimana pula keputusan bagi pihak gadis itu.

Siang nanti, dia sendiri akan bertemu dengan Widya dan memberitahu hal yang sebenar kepada gadis itu. Dia inginkan penjelasan dan jawapan dari mulut gadis itu sendiri.

Handphone miliknya yang ada di atas katil itu dicapai lantas dia mencari nombor Widya. 'Pukul 10 pagi ni aku nak jumpa kau. Aku ambik kau dekat butik. Kau tunggu je aku dekat sana.' Pesanan whatsapp itu dihantar kepada Widya. Sebenarnya sejak dari dia diberitahu oleh Emelina tentang permintaan opah untuk satukan dia dengan  Widya tempoh hari yang lepas, mereka berdua langsung tidak bertemu. Malah whatsapp pun tidak. Emir sengaja memilih untuk menjauhkan diri dari gadis itu. Mungkin itu adalah yang terbaik buat masa sekarang.

* * * * *

Pagi itu Widya bersarapan bersama dengan Nadia sebelum masing masing bergerak ke tempat kerja. Ketika dia sedang menjamah makanan yang terhidang, handphone miliknya dibuka dan di aktifkan data. Ada beberapa notification whatsapp masuk, dan salah satunya whatsapp dari Emir. Berkerut kening Widya seketika apabila melihat nama lelaki itu tertera di skrin telefonnya. Dia lantas membuka whatsapp dari lelaki itu.

'Pukul 10 pagi ni aku nak jumpa kau. Aku ambik kau kat butik. Kau tunggu je aku dekat sana.' -Emir.

"Engkau ni dah kenapa berkerut kerut kening tu?" Soal Nadia yang dari tadi hanya memerhati saja tingkah laku Widya.

"Erm tak ada apa lah. Eh aku pergi kerja dulu tau. Bye, assalamualaikum." Dia lantas berlalu pergi meninggalkan Nadia sendirian di meja makan yang masih belum selesai menjamah makanan.

Sepanjang perjalanan dia ke butik, fikirannya menerawang jauh teringatkan Emir. Pesanan ringkas dari lelaki itu tadi masih terbayang bayang di benak matanya. Kenapa tiba tiba nak jumpa aku? Widya mula naik hairan. Setelah hampir seminggu mereka tidak bertemu, tidak berbalas whatsapp seperti biasa, tiba tiba saja pagi tadi lelaki itu whatsapp memberitahu bahawa dia ingin bertemu dengannya. Nampak macam penting saja. Apa yang lelaki itu ingin bagitahu kepadanya? Kenapa perlu berjumpa sedangkan boleh saja maklumkan di whatsapp. Tertanya tanya juga Widya dibuatnya.

* * * * *

10:00 pagi.

Widya melangkah keluar dari butik EF Design setelah dimaklumkan dengan kehadiran Emir. Dia juga sudah memberitahu Emelina untuk keluar sebentar. Lelaki itu baru saja whatsappnya, memberitahu bahawa dia sudah sampai dan sedang menunggu di tempat pakir yang berdekatan dengan butik itu. Dia melangkah, mencari kelibat lelaki itu. Tidak pula dia nampak kelibat Emir di kawasan itu. Yang kelihatan hanyalah kereta mitsubishi lancer milik Emir terpakir elok dihujung sana. Mungkin dia menunggu di dalam kereta. Langkah terus diatur menuju ke arah kereta mewah itu.

KAU MILIK AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang