KMA 12

14 1 0
                                    

Setelah sekian lama berfikir dan membuat keputusan, Widya akhirnya turut bersetuju untuk disatukan dengan Emir Fathi. Sejujurnya, dia masih lagi tidak pasti dengan keputusan yang telah dia berikan itu. Dia masih lagi ragu ragu dengan perasaan dalam hatinya. Dia lakukan semua itu, semuanya bersebab dan sebab utama keputusan itu adalah opah. Dia juga sama seperti Emir, tidak sampai hati hendak menolak permintaan orang tua itu. Tidak sampai hati hendak melihat orang tua itu kecewa. Jadi demi menjaga hati orang lain, biarlah dia terima saja. Dia harus redha dengan semuanya. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk dirinya.

Pejam celik pejam celik, kini sudah hampir 2 minggu dia menjadi tunang kepada Emir. Tempoh pertunangan yang tinggal kini berbaki sebulan lebih saja lagi, selepas itu dia bakal bergelar isteri kepada lelaki itu. Tempoh pertunangan antara mereka hanya lah dua bulan sahaja, lepas itu majlis perkahwinan antara mereka akan dilangsungkan di Pahang, rumah opah.

Handphone Widya berbunyi menandakan ada notification whatsapp masuk. Dia segera mencapai telefon yang ada di atas meja solek itu. Nama Emir tertera di skrin. Pesanan whatsapp itu segera dibuka.

'Esok aku ambik kau dekat rumah. Ada benda sikit nak bincang.' -Emir.

Widya mengeluh kecil setelah melihat pesanan itu. Biarpun dia dan Emir sudah bertunang namun hubungan antara mereka tetap sama seperti dahulu. Emir masih lagi bersikap dingin dan sering menyakitkan hatinya. Bukan itu saja, Emir juga sering memaksanya dan lelaki itu masih lagi dengan sikap keras kepalanya. Terfikir juga Widya bagaimana keadaannya selepas berkahwin dengan Emir jika Emir masih berterusan dengan sikap begitu. Mampukah dia terus menjalani setiap detik hidup bersama dengan Emir jika Emir terus melayannya acuh tak acuh sebegitu. Adakah Emir akan berubah selepas mereka sudah sah disatukan nanti? Pelbagai soalan bermain di fikirannya. Risau bukan kepalang dia dibuatnya.

'Herm okay.' -Widya.

Handphonenya diletak semula di atas meja solek kemudian dia melangkah turun ke bawah.

* * * * *

Keesokan hari...

Pagi itu sebelum keluar bersama dengan Emir, Widya mengemas dahulu biliknya. Memandangkan hari itu hari Ahad jadi memang sudah menjadi rutin wajib baginya untuk membersihkan bilik. Dia akan menyapu, mengemas dan membersihkan segala habuk dan kekotoran yang ada di dalam biliknya.

Sedang dia sibuk menyapu, pintu bilik diketuk dari luar. Siapa lagi kalau bukan Nadia yang mengetuknya.

Pintu bilik itu dibuka dari dalam. Terjengul wajah Nadia di depan pintu.

"Bakal cik suami kau dah sampai. Dia ada kat bawah." Ujar Nadia.

Terkejut beruk Widya apabila mengetahui Emir sudah tiba untuk menjemputnya.  Awalnya dia sampai. Ni baru pukul 9 pagi. Tidak banyak bicara lagi, Widya terus selesaikan semua kerjanya dan ingin segera bersiap. Tak boleh lambat, nanti membebel pula mamat dingin itu. Dia bukannya jenis yang suka menunggu lama, jika tidak pasti ada saja kata kata yang menyakitkan hati keluar dari mulutnya. Bersiap sedia lah tadah telinga dengar bebelan dia yang belum tentu ada noktah itu.

"Ha okay. Aku siap kejap." Balas Widya kemudian terus menutup rapat pintu biliknya. Dia segera menyapu dan mengemas bilik itu kemudian masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Kelam kabut dia dibuatnya ketika itu. Mujur saja tudung dan baju yang hendak dipakainya tidak perlu digosok lagi. Terus dicapai baju yang sudah sedia tersangkut di dalam almari. Dia bersiap ala kadar saja, tidak perlu beria berhias. Dan akhirnya dia siap juga. Setelah yakin dengan penampilannya pagi itu, dia melangkah turun ke bawah bersedia untuk keluar bersama dengan lelaki dingin itu.

"Okay done. Jom" ujar Widya saat kaki mula menapak ke ruang tamu. Dia lihat Emir sedang duduk di ruang tamu, berbual dengan Nadia. Widya lantas menghampiri Nadia dan bersalaman dengannya. Memang itu lah perkara wajib dilakukan oleh mereka berdua tiap kali hendak berpisah. Walaupun hanya berpisah seketika sahaja.

KAU MILIK AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang