♡A♡

328 61 21
                                        

'Minho... saya minta maaf untuk cakap ni, tapi kami tak dapat menerima kisah ini...ia sangat....membosankan? Yea...'

Minho mengeluh buat kali yang ke berapa ntah hari ni. Matanya merenung ke arah siling biliknya. Kertas kerja berterabur di merata-rata tempat.Buku dia baru je kena reject. Semua usaha... semua dilemparkan macam sampah. Minho bergolek di atas katil, melihat ke arah rak buku yang berada di sebelah tingkap. Semua hasil kerja lamanya ada dekat situ. Dulu, dia sangat bangga dengan kerjanya tapi sekarang.... dia langsung tak rasa apa-apa.

"Plot awak tak jelas... tiada penerangan yang logik pon untuk beberapa peristiwa. Minho, saya suka hasil kerja awak yang lama.Kalau awak ada masalah, bagitahu saya. Saya cuba bantu."

Minho memejam mata, kata-kata dari penerbit itu terus bermain di fikiran. Seolah-olah mengejeknya sebab mengecewakan.Lee Minho ada masalah, hidup dia tu yang bermasalah.Dia mengecewakan semua orang. Mengeluh sekali lagi, dia bangun dan mengalihkan matanya ke arah timbunan kertas atas lantai.

Baik aku bakar je.

Dia menggeleng kepala memikirkannya.No.Dia tak boleh give up.Dia mesti cuba untuk buat semula kerjanya.Dia perlukan ketenangan untuk sambung menulis.

"Minho?"

Senyap.Minho mendiamkan diri sambil melihat ke arah pintu bilik. Mesti Namjoon.Lepas buku dia kena reject, dia kurung diri dalam bilik. Menangis macam budak perempuan baru putus cinta. Teresak-esak sambil menekup muka guna bantal.

"Minho...kau kena keluar jugak.Kau kena makan."

"...Yeah...Nanti aku keluar. Jangan risau."

"Ye eh?Aku buat maggi kari tambah cheese untuk kau.Kau patut makan sikit."

Betul cakap Namjoon.Memang dia tak boleh nak hadap sape sape.Dia malu. Tapi apa boleh buat? Perut dia dah lapar sangat.

Minho berjalan pergi ke dapur menghentikan jejak langkahnya untuk berhenti mengelamun sebelum duduk di hadapan Namjoon. Walaupun maggi kari tu sedap, ia tetap terasa pahit. Sama macam apa yang dia rasa selepas usaha dia tak dihargai.

"Aku tahu kau sedih... apakata kau pergi berehat kat resort Sana tu? Tenangkan fikiran.Mungkin itu dapat tolong kau?"

"...aku pon terpikir jugak...Sana ada call aku haritu,cakap yang aku patut berehat.Mungkin aku akan pergi untuk 2 hari."

"Pergi la satu minggu."

"Kenapa?"

"..."

"..."

"Kau memang tanak aku duduk rumah eh? Halau aku?"

"Hehehe bukan... kau patut ambil masa lama sikit haaa untuk healing tu."

Minho hanya mengiyakan sahaja idea itu.

🌟

"Hyesun!!!"

"Ye ye aku datang!"

Mingyu mengangkut beg adiknya ke dalam bonet teksi.Hyesun datang dengan senyuman manis terpampang pada mukanya. Cantik.

Perjalanan pergi airport dipenuhi dengan gelak ketawa adik beradik tersebut. Mingyu sentiasa cuba yang terbaik untuk menceriakan adiknya. Selepas beberapa minit, teksi itu berhenti di hadapan airport yang besar. (pergi pulau tioman naik kapal terbang....(?) ahhh mampus)

Hyesun menunggu abangnya mengeluarkan bagasi dari bontot teksi lalu masuk bersama-sama ke dalam airport. Perghhh tak ramai pon orang :] Mereka berdua mencari tempat duduk untuk menunggu kapal terbang yang akan dinaiki nanti. Dah jumpa tempat duduk kosong Hyesun cepat-cepat berlari ke arah kerusi tersebut. Ada seorang lelaki duduk berhampiran situ, mata tertumpu pada buku yang dipegang.

"Hyesun, aku pergi beli kopi untuk kita,nak? Kau tunggu jap boleh?"

"Okey..."

Sekarang dia ditinggalkan seorang diri.Dia melihat sekitar airport sebelum matanya teralih ke arah lelaki yang tak dikenali itu. Diam-diam dia usha, mengkaji mukanya. Boleh tahan handsome, tapi kerut pada mukanya membuatkan dia kelihatan tidak menarik pada Hyesun. Hyesun mengabaikan perasaan itu lalu bermain game SuperStar BTS pada fonnya.

🌟

"Sampai pon.Apa masalah dia dia buat resort dekat hujung pulau nih."

Minho merenggangkan badannya. Dia tertido sepanjang perjalanan dalam kapal terbang dan teksi.Sekarang dia berada depan resort sepupunya. Design yang tak pernah berubah sejak kali terakhir dia datang....buat dia rasa tenang. Minho mengambil nafas dalam dan melangkah masuk, bergerak ke kaunter untuk check in dalam biliknya.Dia mengecilkan matanya melihat seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang bercakap bersama sepupunya.

"Sorry Mingyu... Aku tak dapat tempahkan satu lagi bilik untuk Hyesun.Hehe ceritanya... cousin aku ada datang and aku takde bilik dah nak bagi kat dia." kata Sana sambil melihat ke bawah.

Mingyu mengeluh sambil melihat ke arah Hyesun.Hyesun tak berapa paham...

"Eh.... Aku okey je duduk satu bilik dengan kau...kenapa ni....?" Hyesun teragak-agak.

"Aku nak kau ada bilik sendiri... seorang diri.Ni kan masa healing kau. Aku taknak kacau."

Hyesun hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.Dia okey je duduk dengan abang dia.Rasa lagi selamat.Mingyu tersenyum.

"Ni kunci bilik korang...325. Nanti kalau ada- Eh Minho!" Sana melambai lambai ke arah Minho.

Minho berjalan ke arah mereka bersama tangan di dalam poket hoodienya.

"Nak kunci? Nah... 326.You're welcome ye."kata Sana sambil menghulur kunci kepadanya.

"Kalau ada apa-apa korang boleh panggil room service.Minho, kau ada nombor akukan? Ha kau call aku. Jangan nak ganggu pekerja-pekerja aku."

"Taknak aku call kau." Minho membalas ringkas.

Mingyu dan Hyesun menunduk kecil sambil tergelak perlahan melihat cara mereka berinteraksi lalu pergi  meniggalkan mereka berdua.Sempat Hyesun memandang Minho sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

Lelaki ni...






Bosan kan? I know, you know, we all know, Lee Know! ok tibe. Thank you sgt" sape yg sudi membaca dah menvote dan mengomen....(?) Aku sayang korg.

♡♡♡



|| HEALING || Lee KnowCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang