"Sedap pizza Minho belanja tadi?" Mingyu bertanya dengan muka sarkastiknya sambil tersenyum sinis.
Kini dua beradik itu sudah pulang semula ke bilik mereka.
"Sedap.Sebenarnya aku ada simpan sikit untuk kau, tapi sebab kau balik lambat sangat aku dah habiskan la." balas Hyesun sambil mengeringkan rambutnya, baru lepas mandi.
"Tak baik biar aku tertunggu macam tuh Mingyu.Minho mesti tak selesa. Dah 2 hari aku tumpang bilik dia." dia bersambung sedikit, mengharapkan penjelasan daripada abang kesayangannya.
"Heleh, percaya cakap aku. Dia tak kesah pon." Mingyu berkata, perlahan-lahan risau adiknya terdengar.
🌟
Minho tersenyum seorang diri. Bukan selalu dia rasa terhibur macam tuh. Dia dapat mengambil pengalaman yang dirasainya sebagai salah satu idea dalam karya novel itu. Dia bergerak ke hujung katil, mencapai buku nota di meja sebelah, mengambil keputusan untuk mencatat idea.
Tak lama selepas itu, kertas yang selama ini kosong dipenuhi dengan contengan berbagai-bagai idea. Minho menutup bukunya, berasa puas. Lalu dia perlahan-lahan merehatkan diri atas katil, menutup mata. Buat pertama kali dia dapat tidur dengan tenang.
🌟
Ting!
Tiba-tiba sahaja Mingyu mendapat mesej pada pukul 3 pagi.
Ketua Penyu 🐢
Mingyu?
Ada kecemasan di bilik utama.
Penyu sakit.
Kamu diarahkan untuk datang secepat mungkin.
seen 3:02
Mingyu mengeluh setelah membaca mesej itu. Dia tak mahu meninggalkan Hyesun sebab semalam seharian dia tidak bersamanya. Dia juga rasa bersalah lagi-lagi sebab adiknya sedang tidur. Kemudian satu idea bernas timbul dalam otaknya.
Cepat-cepat dia menyarungkan pakaian yang lebih selesa dan bergerak ke bilik depan. Tidak lupa untuk memberitahu adiknya tentang kecemasan itu.
Tok Tok Tok!
"Kau tidur ke?" Mingyu bertanya.
"Tak la, tengah jemur baju." Minho membalas dengan muka kereknya.
"Nanti tolong jengukkan Hyesun esok pagi boleh? Untuk sarapan. Aku kena pergi balik sebab ada kecemasan. Kau kejut je dia, aku tak kunci pintu untuk kau." Mingyu cuba untuk menjelaskan, harap untuk mendapat manfaat daripada rancangannya ini.
"Ape-ape je la." balasnya ringkas lalu menutup pintu di depan batang hidung Mingyu. Sejujurnya, dia malas. Even dirinya sendiri berasa malas untuk makan pada hari esok. Sejurus selepas itu dia merasa dirinya tidak boleh tidur. Minho pergi menguruskan diri dan sambung untuk memikirkan idea untuk dicatat.
Setelah menulis beberapa nota, dia melihat ke arah jam.
6:30 pagi. Patut ke aku pergi kejut dia?
Tanpa berfikir lama, dia melangkah keluar dari biliknya dan terus membuka pintu bilik bertentangan.
Dia mengambil nafas dalam sambil melihat Hyesun tidur nyenyak di atas katil. Dia memikirkan bagaimana perempuan itu boleh tidur nyenyak sebegitu, cemburu dengan kebolehannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
|| HEALING || Lee Know
Fanfiction[completed] "... saya sayang awak sebagai diri awak dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri..." - Kim Hyesun "Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidu...
