♡LOVE♡

265 52 26
                                        


"Tunggu jap Sana. Aku nak bukak pintu."

Mingyu berkata sebelum melangkah pergi ke pintu biliknya. Dia memegang tombol dan memusing kemudian membuka pintu tersebut. Di depannya, dia melihat seorang perempuan sedang menangis, yang lagi teruk... itu adalah adiknya sendiri. Lantas Mingyu memeluk Hyesun. Hyesun mengeratkan lagi pelukan itu dan terus menangis, membasahkan baju yang dipakai oleh Mingyu.

Dia membawa Hyesun masuk ke dalam bilik... dan duduk di hujung katilnya. Sana yang masih berada di dalam bilik itu hanya mampu melihat Hyesun sebegitu.

"Apa yang berlaku Hyesun? Minho cakap apa dekat awak?" Sana bertanya dengan muka risau.

"T-tak.... ianya semua salah saya... saya nampak menyedihkan sangat."

"Hyesun jangan cakap macam tu! Apakata awak tenangkan diri dulu... lepas tu cerita dekat kami?"

Hyesun mengangguk kecil dan mengambil nafas dalam. Selepas seketika, dia mula untuk bertenang tetapi masih memeluk abangnya dengan erat. Mingyu hanya menunggu dengan penuh sabar untuk membantu adiknya itu. Setelah tangisannya berhenti, dia melepaskan pelukan tersebut dan bermain-main dengan jarinya.

🌟

Minho merenung seketika, menconteng perkataan-perkataan tanpa maksud pada kertas itu. Dia menyesal dengan perbuatannya tadi. Dia adalah sebab kenapa Hyesun menangis. Dia rasa teruk sangat.

Sebenarnya Minho sangat suka berada dengan Hyesun. Tetapi dia taknak tergesa-gesa. Dia masih baru untuk perkara sebegini jadi dia taknak merosakkannya. Tapi nampaknya dia tersilap langkah dan telah merosakkanya sebelum ia dapat bermula lagi. Lantas dia bangun dari bangku itu untuk menyelesaikan hal ini.

🌟

"Saya... saya ingatkan Minho akan mencium saya. Tapi tak... apa yang saya harapkan itu tak berlaku. Jadi sekarang keadaannya sangat janggal antara kami berdua... mesti dia fikirkan saya ini menyedihkan dan tak matang..." Hyesun mula menerangkan. Mata dan hidungnya masih berair dan merah.

"Tak... kami tak rasa dia akan fikir macam tu. Kalau ye, biar kami belasah dia." Sana berkata sambil menyilangkan tangan.

"Tapi sekarang... dia mengabaikan saya. Dia juga yang meminta maaf. Mesti dia bencikan saya..."

"Tak Hyesun, kau baik... takde siapa akan bencikan kau..."

"... aku tak matang dan menjengkelkan..."

"Jangan cakap macam tu--"

Tok Tok Tok!

Bunyi pintu bilik mereka diketuk telah memberhentikan percakapan Mingyu. Dia memberi senyuman terakhir kepada Hyesun sebelum pergi untuk membuka pintu. Seperti yang dia jangkakan, berdirinya seketul Minho yang tercungap-cungap seperti penyu sesak nafas. Sebanyak mana Mingyu amat membencikan Minho sekarang, dia tahu satu-satunya cara untuk menyelesaikan perkara ini adalah untuk membiarkan mereka berdua berbincang. Jadi dia memberi laluan untuk Minho masuk dan memesan kepadanya.

"Apa-apa pon yang terjadi, aku taknak kau biarkan dia menangis saja lepas ni. Aku percayakan kau."

"Terima kasih. Aku nak selesaikan, aku pinjam dia sekejap kalau kau tak kesah."

Mereka berdua masuk ke dalam bilik dan melihat Hyesun yang sedang baring sambil memeluk erat bantal pada tangannya. Sana memberi jelingan maut kepada Minho dan membuka mulut tanpa suara sambil menujuk ke arah Hyesun...

"Kau minta maaf cepat sebelum aku belasah habis-habis"

Minho mengeluh dan berjalan mendekati perempuan di atas katil itu. Dia memegang pipi Hyesun dengan lembut menggunakan tangannya, sentuhannya itu menyebabkan Hyesun membuka mata.

|| HEALING || Lee KnowCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang