♡I♡

278 57 9
                                    

-Flashback-

"Maknanya... kau memang saje la letak bilik dia depan bilik kitaorang?" tanya Mingyu dengan muka 'biar betul kau ni'.

"Yea...banyak je bilik lain. Tapi aku nak dia selalu terserempak dengan Hyesun.Lagipon kau yang minta tolong aku cari orang untuk dia, kan kan?" kata Sana,bangga dengan  pencapaiannya.

Itu memang betul.Mingyu ambil berat pasal adik dia. Dia nak cari orang untuk tolong Hyesun move on. Pada mulanya, dia pon rasa kurang selesa dengan Minho. Pertama kali dia berjumpa lelaki itu, dia mengaku, Minho sangat kacak.Itu sahaja benda baik yang dia jumpa dalam diri Minho. Pada pendapat dia, Minho sangat biadab. Dia takut nak bagi  orang macam tu bercinta dengan adik dia.

"Aku percayakan kau. So, apa plan kau?"

"Kau ikut je flow aku esok...jangan risau.Kalau plan first tu tak jalan, takpe. Aku ada plan B." balas Sana dengan senyuman yang agak menyeramkan.

-End of Flashback-

🌟

"HAHAHAHAHAHAHA" mereka berdua ketawa sambil masuk ke dalam teksi yang sedang menunggu.

"Tak sangka jadi pulak plan B aku. Nampak tak reaksi dorang?" kata Sana sambil gelak memegang perut.

"Haish...macam mana la kau sanggup paksa dia duduk dengan Minho tu. Kau tahu kan Hyesun mesti tak selesa dengan dia."

"Chill la Mingyu,sepupu aku tu. Percaya cakap aku, Minho sumpah sesuai dengan Hyesun."

"Yela..tapi-"

"Aippp..." Sana mengangkat tangannya, "Aku taknak dengar. Aku kenal Minho macam mana. Mungkin kau rasa dia biadab, cuma... dia ambil masa sikit nak terima orang. Bagi dia peluang, boleh? Aku yakin Hyesun akan suka dia."

Mingyu membalas dengan senyuman yang meyakinkan.Berharap dengan kata-kata kawannya itu. Dia nak sangat tolong adik dia.

🌟

Rancangan mereka itu akhirnya menyebabkan Minho terpaksa menjaga Hyesun dan meluangkan masa dengannya. Sampai bila mereka berdua rancang ni? Of course la sampai Mingyu balik Terengganu semula. ;)

Ikhlas ke Minho nak jaga dia? Oh... tidak... jauh sama sekali.

🌟

"Saya cakap awal awal... walaupun saya kena jaga awak tapi saya sangat sibuk. So, jangan cuba nak bercakap dengan saya.Saya malas layan."

"Oh...okey.Tapi-"

"Kalau awak nak apa-apa, awak ada duit sendirikan? Jangan minta dekat saya." laju saja Minho memotongnya. Tak habis cakap lagi.

Cis, asyik aku nak cakap je kena potong. Pikir aku nak sangat ke guna duit dia.

-time skip-

Sekarang Hyesun diheret ke Kafe Buku Starlight, dekat je dengan resort tu. Seperti yang dikatakan, Minho langsung tak melayan si Hyesun ni. Tapi Hyesun ok je. Dia mengambil beberapa buku untuk dibaca sambil duduk di sebelah Minho. Minho hanya senyap mendiamkan diri, fokus pada buku nota dihadapannya, memikirkan idea.

Dia ni...sombong betul. Nak je aku tegur sikit perangai dia.

Tapi Hyesun takkan berani. Dia nampak je kuat tapi sebenarnya hatinya sangat lembut. Dia tak suka buat orang marah atau sedih, kalau tidak, sekali dengan diri dia sedih. Jadi, dia cuba pastikan semua orang gembira, walaupun dia terpaksa menipu untuk tunjukkan yang dia ok.

Dah lebih kurang 2 jam mereka melepak di situ.Langsung tak berbual apa apa.

Perut Hyesun dah rasa lapar. Dia takde mood nak makan banyak masa sarapan tadi sebab Minho pon nampak kurang selesa dengan kehadiran dia dan Mingyu.

"Minho?"

"Hmm." balas Minho tanpa memandangnya.

"Saya nak order makanan. Awak nak apa? Saya orderkan."

"Pilih je la apa-apa." Minho hanya buat tak endah, sambung menulis dalam buku notanya. Ntah apa yang dia conteng kat situ. Perbualan itu sangat janggal. Hyesun dapat rasa burung gagak lalu.

Dia bangun dari kerusi dan berjalan pergi ke kaunter, mengorder 2 set burger ayam untuk mereka.Selepas balik semula ke tempat duduknya, dia merenung buku-buku di hadapan matanya. Mendiamkan diri.

Dia nak sangat tahu apa yang Minho lakukan. Perlahan lahan, dia mendekatkan diri dengan lelaki itu seperti budak kecil, cuba mengintai apa yang dibuat olehnya.

"Nak apa?"

"Huh?"

"Kenapa awak datang dekat?"

"Uh...saya nak tengok awak buat apa..."

"Jangan kacau."

Hyesun hanya menjebik. Merenung lelaki yang masih mengabaikannya itu. Dia melihat tangan yang memegang pensel AngryBird itu bergerak pantas di atas kertas, mengintai perkataan-perkataan yang ditulis...sehinggalah dia ternampak perkataan 'cinta'.

"Awak tulis kisah cinta? Tak sangka pulak orang macam ni boleh tulis pasal cinta." kata Hyesun sambil tersenyum kecil.

"Senyap la budak-"

"Nak dengar kisah cinta saya? Err... lebih kurang la."

"Taknak."

"Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki kacak, nama dia- eh.. tak perlu la tahu nama. Apa apa pun, dia dah tinggalkan saya... untuk kawan baik saya sendiri. Sedih kan?" kata Hyesun sambil tergelak perlahan memikirkannya, mata masih tertumpu pada kertas tersebut.

"Kenapa bagitahu saya?"

Hyesun mendongak, melihat mata lelaki itu memandang tepat ke arahnya. Pandangan itu membuatkan Hyesun terdiam, takut.

"..."

"Kenapa awak cerita dekat saya? Itukan hal personal bagi awak." lembut sahaja riak wajah Minho pabila menyoal Hyesun.

"Ah...saje luahkan. Saya takde orang nak dengar. Saya taknak cerita dekat Nayoung, nanti dia risau. Lagipon saya tak move on lagi."

"Well, saya tak dapat nak bagi nasihat cinta untuk awak. Saya tak pernah- takpe la. Abaikan."

"Apa? Sambungla. Saya bosan." bibirnya dijebik sekali lagi

"Saya sibuk."

"Banyak lagi masa untuk buat tu.Eh tak, maksud saya... awak boleh sambung buat nanti. Saya nak berbual dengan awak."

Minho menjelingkan matanya ke arah Hyesun. Bising betul budak ni.Banyak sangat bercakap.Dia tak dapat bayangkan macam mana dia nak jaga perempuan ni sampai habis bercuti. Yang pasti, healing time ni macam menarik. ;)






Tak tahu la okei ke tk ni... ape-ape pon, Thankyou!

♡♡♡


|| HEALING || Lee KnowWhere stories live. Discover now