Hari dah berlalu, sekarang Hyesun dan abangnya sudah pulang ke rumah mereka di Terengganu. Minho dengan Hyesun? Mereka masih lagi berhubung, tapi sejak kebelakangan ni, Minho agak sibuk dengan kerja. Dia kata tarikh pengeluaran bukunya dah nak dekat, dan Hyesun memang tak sabar untuk itu. Minho sudah berjanji bahawa Hyesun adalah orang yang pertama akan baca buku itu.
Jadi sekarang, Hyesun sedang bermalas-malasan dia atas katil. Sejujurnya dia rindu nak luangkan masa bersama Minho, tapi dia kena bersabar. Hanya beberapa hari lagi dia akan berjumpa dengan lelaki itu. Dia bercadang untuk buat surprise semasa hari pengeluaran novelnya, jadi dia meminta tolong Mingyu untuk ajar dia buat kek.
Nayoung dan Hyunjin? Well, jangan risau. Selepas percutian itu, mereka bertiga berjumpa untuk menyelesaikan semua kesalahfahaman dan ntah macam mana, Hyesun sangat okay. Dia sudah mempelajari banyak perkara, salah satunya adalah untuk memaafkan orang dan mengambil memori pahit sebagai satu pengalaman untuk teruskan kehidupan.
Seminggu bersama Minho menyedarkan dia bahawa dia boleh perbaiki diri menjadi lebih baik dengan mengambil pengalaman baharu. Dia perlu tulis pengalaman itu dan move on. Sebenarnya, semudah itu sahaja kehidupan. Kita alami dan kita kongsi kepada orang. Itulah yang dilakukan oleh Makcik Aida. Dia ceritakan pengalaman hidupnya kepada Hyesun. Dengan bantuan dia, Hyesun dapat melihat banyak perkara dari sudut yang berbeza.
🌟
"Dah beli dah semua?"
"Hmm. Esok tolong aku tau."
"Ye ye.Apa-apa saja untuk boyfriend kau tu." Mingyu membalas sambil mengusutkan rambut adiknya.
Selepas seharian berpenat lelah mencari barang di Pasaraya Tunas Manja, Hyesun mengambil keputusan untuk video call bersama Minho. Dia sangat rindukan lelaki itu. Dia rindu cara Minho memeluknya, cara dia memegang tangannya dengan lembut. Pipi Hyesun menjadi merah seperti tomato apabila memikirkan perkara itu. Minho melayannya dengan sangat baik, sangat lembut seolah-olah Hyesun itu adalah gelas dan Hyesun sangat sukakan layanan yang diberinya.
Beberapa seketika, skrin fon itu menunjukkan wajah Minho yang sedang berada di meja bilik tidurnya.
"Hyesun~~"
"Minho... saya rindu awak. Apa patut saya buat?"
"Rindu saya? Patutla banyak kali saya tersedak air hari ni. Kalau rindu, bayangkan je saya ada dekat situ dengan awak."
"Tapi tak sama..." Hyesun menjebikkan bibirnya, tanda sedih.
"Manja ye? Nanti kita berjumpa okay? Dan jangan merajuk macam tuh!"
"Kenapa?"
"Comel. Buat saya rasa nak peluk awak sekarang tapi awak takde dekat sini. Saya nak peluk siapa? Kucing saya balik kampung minggu ni."
"Eww saya taknak peluk awak."
"Tapi awak sayang saya kan?" Minho mengejeknya sambil menggerak-gerakkan kening dan mengenyitkan matanya. Hyesun hanya membuat muka geli melihat aksi itu.
Tapi jauh dalam hati, dia setuju dengan apa yang Minho katakan. Hyesun sangat sayangkannya. Terlalu sayang sehingga dia tak sanggup nak lepaskan lelaki itu. Mereka berdua gelak sepanjang malam mendengar lawak masing-masing. Tak kisah dah kalau terlalu bising. Itulah kehidupan mereka dan mereka menikmatinya bersama-sama.
ANDA SEDANG MEMBACA
|| HEALING || Lee Know
Fanfiction[completed] "... saya sayang awak sebagai diri awak dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri..." - Kim Hyesun "Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidu...
