♡OURS♡

302 50 14
                                    

Selepas beberapa jam, dewan itu mulai kosong. Yang tinggal hanyalah beberapa staff dan beberapa orang yang masih melihat karya-karya Minho. Hyesun tersenyum. Akhirnya tibalah giliran dia pula. Dengan melangkah kecil, dia bergerak mendekati Minho. Minho senyum melihatnya lalu berdiri.

"Jadi... hadiah saya?"

"Jom pergi satu tempat dulu?"

"Okay."

Mereka berdua bergerak ke luar dewan, sambil itu Minho berterima kasih kepada staff. Selepas keluar, mereka pergi ke kebun bunga di belakang bangunan itu, menikmati kehadiran masing-masing. Minho duduk di salah satu bangku sambil memegang erat buku di tangannya.

"Itu hadiah untuk saya?"

"Umm..ha ah. Sebahagian daripadanya."

"Maksud awak?"

"Awak baca dulu?"

Hyesun hanya mengangguk dan mengambil tempat di sebelah Minho. Dia mengambil buku itu dari tangannya lalu menyelak beberapa muka surat, tidak menjumpai apa-apa yang terselit di tengah-tengah. Sedang dia menyelak, matanya tertumpu pada perkataan yang dihighlightkan menggunakan warna purple. Tangannya terberhenti apabila melihat perkataan itu.

'Healing'

Dia menyelak beberapa muka surat lagi dan ternampak satu lagi perkataan.

'Slow'

Dan lagi.

'Memory'

Dan lagi.

'Love'

Dia mengerutkan dahi, menyelak lagi buku itu sehingga terjumpa satu ayat yang dihighlight sepenuhnya.

"Saya sayang awak sebagai diri awak sendiri dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri."

Dia membulatkan mata, melihat ke arah Minho dengan wajah terkejut. Kenapa ayat-ayat ni....?

Hyesun membelek semula buku itu ke muka surat yang pertama. Kejap...

"Kenapa jalan cerita ni lain?"

"Maksud awak?"

"Bukan ke.. kita berbincang tentang seorang perempuan yang dipaksa berkahwin... tapi dia larikan diri..."

Minho tersenyum melihatnya.

"Saya tukar Hyesun...."

"Saya memilih untuk kongsikan cerita saya sendiri kepada mereka. Kisah cinta kita."

"Minho..." kini mata Hyesun sudah mula berair.

"Shh. Baca tu balik."

Hyesun melihat ke bawah. Air mata masih bertakung dan menunggu masa untuk dilepaskan. Perlahan-lahan dia membuka muka surat terakhir buku itu; yang biasa ditinggalkan untuk nota tetapi bukunya itu tidak kosong. Hyesun menggigit bibirnya, menahan air mata sambil membaca ayat-ayat yang ditulis.

'Hyesun,

Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Macam mana awak telah ubahkan hidup saya? Tahu? Kalau awak tak tahu,takpe. Biar saya ceritakan. Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidupan yang baru untuk saya. Awak membawa saya kebahagiaan. Awak seperti bunga yang mekar dan memberi warna dalam hidup saya. Awaklah sebab saya belajar menjadi orang yang lebih baik. Satu memori yang sangat penting bagi saya.Akhirnya saya tahu apa perasaan untuk dicintai. Dan pada masa itu, saya tahu... awak adalah cinta yang sempurna untuk saya. Untuk seseorang seperti saya. Terima kasih cahaya, kebahagiaan, cinta pertama dan terakhir saya, Kim Hyesun.'

-your Lee Know

Di akhir ayat itu, Hyesun sudah tidak dapat tahan lagi. Dia memeluk erat buku itu di dada sambil menangis. Minho hanya tersenyum, perlahan-lahan memeluk tubuh perempuan itu sambil menepuk belakangnya dengan lembut. Lagi teruk Hyesun menangis dan membalas pelukan itu.

"Saya sayang awak Minho."

"Saya cintakan awak Hyesun. Sentiasa dan selamanya."

Selepas seketika, mereka melepaskan pelukan itu, Hyesun masih lagi menangis teresak-esak. Minho yang melihat keadaannya itu memegang wajahnya dengan lembut menggunakan kedua-dua tangan. Ibu jarinya mengesat air mata yang mengalir di pipi.

"Buruknya awak nangis."

"Salah awak la! Boleh pulak buat saya nangis. Hari ni patutnya hari yang gembira."

"Saya minta maa-- Adoii!"

Hyesun memukul lengannya, memberhentikan percakapan Minho. Ketika itu Minho mendekati wajah Hyesun perlahan-lahan, mencium dahinya dengan lembut. Hyesun hanya tersenyum dan menutupkan mata. Menikmati momen ini.

Selepas beberapa saat, dia teringat kek yang berada di dalam beg kertas yang dibawanya.

"Oh Minho.Nah... saya buat ni."

"Apa ni?"

"Buka la."

Minho mengeluarkan kotak yang berada di dalam beg itu. Cepat-cepat dia membuka dan melihat kek di depan matanya. Kek itu biasa sahaja, dihiasi dengan bentuk-bentuk hati yang kecil dan beberapa ketul coklat. Tetapi apa yang ditulis atasnya itu yang membuatkan Minho tersenyum.







YOU'RE MY HEALING

' 325 ♡  326 '
















-THE END-

|| HEALING || Lee KnowWhere stories live. Discover now