♡H♡

675 75 21
                                        

"Tarikh akhir kau nak dekat dah,Minho. Baik kau siapkan cepat kerja kau sekarang."

Lelaki berambut coklat gelap itu merungut di atas katil, bergerak gerak macam ulat bulu kena sawan sambil merenggangkan badan. Matanya terkelip kelip cuba untuk membiasakan diri dengan cahaya yang bersinar melalui langsir rumahnya itu. Dia melihat ke arah sosok badan di sebelah katilnya, bibir menjebik ke bawah sambil merengek.

"Eh kau ni,takde guna pon merengek macam tu...kfine comellaaa eh apa aku cakap nih? Ish.. kau yang pilih nak jadi penulis so kau kenalah hadapi." kata Namjoon dengan muka penuh bangga. ( tak tahu la kenapa tibe Rapmon tapi tkpe la )

"Ok,tapi skarang nih kau takyah la bagi ceramah pasal kerja aku."

Minho bangun dari katilnya sambil menguap dan terus menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri. Selepas melakukan rutin paginya, dia memakai pakaian yang selesa dan terus turun ke tingkat bawah.

"Kau nak pergi dah ke?"

"Ha ah.Aku ada buat sandwich tuna tadi tapi dah tinggal suku la untuk kau hehe.Kalau kau lapar lagi pergi la lepak kedai Mamak Itzy sambil siapkan novel kau tu."

Cis...sama je macam hari hari biase.

Namjoon kejut dia bangun tido, pergi kerja and tinggal Minho sorang sorang.

Lepas habiskan lebihan sandwich rakan serumahnya yang tak berapa sedap tu, Minho mengambil laptop lalu disumbatkan ke dalam beg sandang hitam miliknya.

Perjalanan pergi mamak tu tak lama pon sebab dekat je dengan rumah dorang. Sampai je, dia terus masuk dan meluru ke arah meja kosong berhampiran sudut kedai tersebut lalu mengeluarkan laptop serta kertas kertas kerja novelnya.Minho merenung kertas kerja itu. Sebenarnya, dia pon tak berapa minat tulis pasal kisah cinta, lagi lagi sebab dia sendiri pon tak pernah jatuh cinta.

Lelaki tersebut mengeluh sambil menyerabutkan rambut menggunakan tangannya.

"Minho? Macam biasa?"

Minho hanya mengangguk sedikit.

"Ok! Nanti saya hantar."

Dia memberi senyuman manis kepada waiter tersebut lalu mencapai pensel AngryBird dan mula menulis beberapa idea untuk novelnya. Jujur cakap, Minho langsung tak suka dengan penulisan dia untuk novel tersebut.First, sebab pasal cinta.Dia langsung tak dapat nak kaitkan diri dengan hasil kerja tu.Second, jalan cerita dia klishe. Budak perempuan pergi sekolah baru, jumpa laki kaya, BOOM! jatuh cinta.Sangat klishe.Dia selalu usaha untuk menghasilkan karya yang lebih unik.

"Nahh order awak. Teh Tarik."

"Thank you Ryujin"

"Saya rasa awak patut berehat. Memang la tarikh akhir awak dah dekat, tapi cubala untuk tenangkan fikiran awak. Nampak sangat awak stress. Tanak try pergi bercuti?"

"Hmm...saya akan fikirkan dulu." balas Minho sambil tersenyum.Dia kenal sangat dengan si Ryujin ni.Maklumlah dah jadi makwe kawan baik dia aka Han Jisung... :')
Ryujin selalu bagi nasihat untuk support dia. Sokongan moral... sangat membantu.

"Berapa ringgit ni?"

"Takpe,saya belanja."

"Thankyou sangat sangat"

"Well, see you later Minho." kata Ryujin sambil berlalu pergi.

Minho menghabiskan minumannya dengan dua kali deguk. Heheheheh lek lek.Air tu dah suam.

Dia menyimpan barang-barang di dalam beg sebelum menuju ke kedai buku feveretnya; SunShine BookStore (heh). Dia nak tahu apa pendapat orang pasal buku-buku dia, so... cara paling senang... jadi stalker dekat kedai buku laa... easy.

🌟

Sampai je, Minho terus bergerak ke bahagian novel. Dia berdiri situ dalam diam sambil melihat hasil karya senior-seniornya.Matanya teralih ke arah dua orang pelajar perempuan sekolah menengah yang baru sahaja masuk.Kedua-duanya berjalan dekat dengan bahagian itu sambil melihat rak yang penuh dengan novel.

"Eh,tengok ni! Ni buku baru Lee Know kan?"

"Ha ah... aku dengar semua classmate aku cakap buku tu bosan."

"Yedok? Aku baru je nak baca. Nampak macam best."

"Hmm,ikut kau la.Aku rasa tak berbaloi pon kalau kau beli."

Minho menggigit bibir bawahnya, mata melihat ke arah lantai.Eyyy sikit lagi air mata nak jatuh.Tahan...tahan.. Selepas mereka pergi,dia merenung bukunya yang berada di atas rak itu. Dengar orang cakap pasal hasil kerja dia, depan mata pulak tu. Gila tak sedih. Siang malam dia usaha nak siapkan,struggle... tapi apa yang dia dapat sebagai balasan? Duit. Tapi duit takkan buat dia bahagia.Dia just nak orang hargai hasil kerja dia...bagitahu dia yang dia dah buat yang terbaik.

"Mungkin sia sia je kot..."

Minho berjalan pergi meninggalkan kedai buku tersebut. Tangan memegang erat pada tali begnya,cuba untuk tenangkan fikiran.Mungkin betul cakap Ryujin.Dia patut pergi bercuti dan mungkin... dengan cara itu, dia dapat kumpul idea.








Koknya ini buku pertama gue! Agak membosankan tapi takpe.Aku nak sambung tulis jugak muahahahah.

♡♡♡

|| HEALING || Lee KnowTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang