♡G♡

276 60 33
                                        

Seperti hari semalam, mereka berempat menikmati sarapan pagi bersama-sama. Perkara yang membuat Mingyu dan Sana berasa hairan adalah... perubahan perangai yang ditunjukkan oleh Minho dan Hyesun. Tidak. Minho masih lagi bencikan kehadiran mereka berdua. Namun, jelas dilihat dia cuba untuk menghormati adik beradik itu.

Hyesun pula merasakan dirinya semakin selesa dengan Minho. Ntah kenapa, tapi itulah yang dirasakan. Dia mendapat banyak maklumat tentang diri Minho sejak mereka berbual di kafe buku itu.

Bagaimana dia dapat tahu Minho mempunyai obses yang mendalam terhadap kucing, Hyesun memikirkan perkara itu sangat menarik. Tidak disangka pula manusia berhati batu sepertinya akan menjadi lembut pabila berbicara tentang haiwan berbulu lembut itu.

"Hari ni korang nak lepak mana pula?" Mingyu mememulakan perbualan sambil menghirup air teh limau yang diorder.

Hyesun hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu lalu mengalihkan pandangannya kepada Minho.

"Awak nak ikut lagi ke pergi kafe tu? Saya nak sambung menulis."

"Saya okey je." dia membalas sambil memasukkan potongan french toast terakhir ke dalam mulut.

"Ok! Great! Jom Sana.Kita sambung tengok penyu terbang" lantas dia bangun sambil menarik tangan perempuan itu, bergerak keluar dari restoran. Tak sempat Sana menghabiskan roti canainya.Terasa seperti dejavu pula, peristiwa itu bagai sudah pernah berlaku.

🌟

Seperti biasa, ketika Minho sibuk membuat kerjanya, pasti Hyesun akan dileper sahaja. Tetapi Hyesun tidak merungut, bukannya dia ambil kisah pon.

"Pagi tadi saya pergi tengok matahari terbit dekat pantai," dia cuba memulakan perbualan.

Krik krik.

"Best jugak sebernanya luangkan masa dekat situ, awak patut pergi esok.Rasa tenang." menyambungnya lagi sambil tersenyum.

Minho mengangkat kepala dari kertas untuk memandang Hyesun dengan muka yang bosan.

"Awak senyap boleh tak?" katanya lalu meneruskan apa yang dilakukan.

Hyesun menjatuhkan senyuman itu dan mengeluh. Dia bangun dari tempat duduk untuk mencari buku yang menarik. Agaknya Minho masih malas untuk melayan dan berbual pada hari ini. Takde mood lagi.

Selepas memilih beberapa komik lawak kampus, dia berjalan ke arah seketul sofa yang berada betul-betul di hadapan kipas angin kafe itu.

"Nampaknya aku kena duduk sini sorang-sorang.... menyedihkan betul. Tapi at least dekat sini ada kipas, sejuk. Bukan macam dekat situ tu." dia bercakap seorang diri sambil melabuhkan bontot atas sofa lembut itu. Dia membaca buku-bukunya dengan tenang, tanpa disedari, perlahan-lahan dia telah masuk ke dunia mimpi.


🌟

Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari.Minho menutup buku notanya yang diisi oleh beberapa idea baru. Cepat-cepat dia melihat di sekitar kafe, cuba mencari kelibat perempuan yang sepatut dijaganya.Matanya memandang ke arah sosok tubuh yang terlentang dia atas sofa itu.

Selepas menyimpan barang-barangnya, dia bergerak untuk mengejut perempuan yang nyenyak dibuai mimpi.

"Woi."

Tiada reaksi.

"Weh Hyesun."

Masih tiada reaksi.Jadi dia pon cuba untuk menggoncang badan perempuan itu dengan lembut, mengharapkannya untuk bangun dari tidur.

|| HEALING || Lee KnowTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang