"Saya pergi dulu. Jangan buka pintu untuk orang pelik-pelik tau." Minho memesan di pintu bilik Hyesun, bersiap sedia untuk keluar.
"Okay. Hati-hati Minho."
"Hmm.Kalau ada apa-apa, call saya."
Hyesun merenung kelibat lelaki itu keluar dari biliknya sehingga dia sudah tiada. Setelah itu, dia hanya baring di atas katil. Tak tahu nak buat apa.
Ntah kenapa, tiba-tiba dia rasa ingin menangis. Matanya mula berair dan mukanya semakin merah. Dia nak sangat luahkan perasaan dekat orang. Tapi sekarang, dia tak ada siapa-siapa. Air mata mula mengalir jatuh ke pipinya. Dia bangun untuk duduk di hujung katil dan menangis sekuat hati. Bukannya ada orang pon untuk lihat dia begitu.
Tetapi, dia agak bersyukur dengan Sana dan Mingyu. Walaupun dia masih terasa bahawa mereka terpaksa buat sebegini, tapi dia suka. Dia suka bersama Minho.
Selepas beberapa minit menangis, dia mengelap air mata dan mengambil keputusan untuk pergi berjalan.Dia membasuh mukanya beberapa kali sebelum memakai baju yang lebih selesa.
"Aku nak pergi situ la..."
🌟
"Saya datang lagi..."
Minho duduk mencangkung, meletakkan sejambak bunga berdekatan dengan kubur itu. Tangannya bergerak untuk membuang rumput-rumput dan dahan-dahan yang telah tumbuh.
"Saya berjumpa dengan seorang perempuan. Muda setahun dari saya. Dia mengingatkan saya kepada diri saya sendiri. Patah hati, lemah, terasa seperti tiada harapan. Tapi saya tahu jauh dalam hatinya itu, dia sangat kuat."
Minho tergelak perlahan sambil mengusutkan rambutnya menggunakan tangan.
"Kenapa saya cerita tentang dia? Adakah saya sudah terjatuh cinta?"
Tiupan angin lembut lalu, menyerabutkan lagi rambut coklatnya itu. Dia hanya menikmati suasana yang dirasai. Takkan dia dah jatuh cinta dengan Hyesun...kan? Mungkin? Tapi dia tak tahu. Semua ini adalah benda baru baginya. Macam... bayi yang baru belajar untuk berjalan. Bayi akan belajar secara perlahan. Tapi Minho masih berasa ragu-ragu dengan perasaannya.
"Saya dah mula cakap merepek. Saya patut balik semula. Seronok berjumpa dengan kamu berdua di sini."
Dalam perjalanan keluar dari situ, dia ternampak seseorang yang sudah lama bertemu.
"Hey!"
🌟
"Mari masuk Hyesun! Kamu sangat bertuah. Somi sedang memasak di belakang. Anak lelaki Makcik pon ada datang."
Hyesun tiba-tiba terasa segan. Dia datang sini untuk menenangkan fikirannya... tapi dia terasa seperti telah mengacau sebuah family reunion.
"Tak perlu malu. Mari, berjumpa dengan adik saya. Mark Lee!" Somi menjerit memanggil adik lelakinya.
Dia menarik lengan Hyesun untuk membawanya ke dalam. Hyesun melihat ke arah lelaki berambut perang di hadapannya. Mark Lee itu sangat kacak. Seluruh keluarganya dipenuhi dengan visual yang tiada tandingan. Even Makcik Aida yang sudah tua itu pon masih kelihatan cantik. Sekarang lagi Hyesun terasa insecure.
"Hai! Saya Mark. Awak... berasal dari sini atau datang untuk bercuti?"
"Bercuti. Sa-saya Hyesun."
ANDA SEDANG MEMBACA
|| HEALING || Lee Know
Fanfiction[completed] "... saya sayang awak sebagai diri awak dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri..." - Kim Hyesun "Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidu...
