"Hyesun...semalam dekat kedai tu, awak cakap awak akan tolong saya dengan satu syarat. Apa dia?""Oh...itu. Lupakan saje la. Tak penting pon."
"O-Okay..emm...awak masuk la dulu." Minho mempelawanya untuk masuk ke dalam bilik bernombor 325 itu.
Hyesun memberi senyuman terakhir sambil melambai tangannya ke arah Minho. Minho juga membalas dengan perkara yang sama.
Mereka berdua berasa sangat gembira hari ini. Di dalam biliknya, Hyesun teringat apa yang dikatakan oleh Makcik Aida ketika berada di kedainya tadi.
-flashback-
Makcik Aida melihat perempuan di depannya yang sedang merenung ke arah makanan yang dihidangkan, senyuman pahit berada di bibir. Dia tersenyum. Dia tahu sangat perkara itu. Dia sudah hidup hampir 50 tahun, dia dapat mentafsir apa yang orang fikirkan hanya dengan melihat riak wajahnya. Sekarang, dia tahu Hyesun berasa sedih. Jadi, mengikut naluri hatinya, dia menepuk perlahan bahu Hyesun.
"Jom keluar Hyesun?"
"Ah... okay."
Mereka berdua berjalan di laman belakang itu. Hyesun tersenyum melihat permandangan yang disukainya, terasa tenang. Mengikut jejak langkah Makcik itu... dia duduk di sebelahnya sambil menggoyang-goyangkan kaki.
"Makcik perasan kamu berasa sedih. Nak kongsi?"
"Oh....saya cuma.. rindukan keluarga saya. Saya terlalu sibuk sehingga tidak dapat melawat mereka."
"Apakata kamu call?"
"Oh.. mereka pon sibuk. Selalu sibuk... sejak saya kecil lagi."
"Hyesun... kalau kamu nak luahkan, kamu boleh luahkan perasaan kepada Makcik."
"Boleh ke? Saya taknak nampak buruk sekarang..."
"Kamu boleh menangis.Kamu pon manusia juga. Manusia selalu menyimpan perasaan. Apakata kamu lepaskan dulu?"
Hyesun tersenyum sambil mengangguk kecil. Dia memandang ke bawah. Matanya mula berair dan tak lama selepas itu, dia melepaskan semua emosi yang dipendam selama ini. Bunyi tangisan keluar dari mulut dan bahunya terincut-incut. Apa yang dikatakan Makcik Aida itu sangat betul.
Manusia selalu menyimpan perasaan. Memendam. Terlalu takut untuk melepaskannya. Takut akan akibat yang akan datang. Tapi kalau tak dilepaskan, mereka takkan tahu hasil yang akan mereka dapat jika tidak dicuba. Perasaan memang perlu diluahkan.
Tidak lama selepas itu, dia merasa badannya dipeluk lembut.
"Terima kasih Makcik..."
"Kamu luahkan dengan baik sekali Hyesun..."
Hyesun sangat bersyukur untuk berada di sini. Setiap hari, dia akan mempelajari satu benda baru dalam kehidupan.
-end of flashback-
🌟
Hari ini merupakan hari ke 5 percutian mereka, seperti biasa mereka makan bersama-sama di restoran bawah. Kecuali Hyesun... dia kata dia tidak mahu makan sarapan pada hari itu. Mingyu juga tidak mahu memaksanya.
YOU ARE READING
|| HEALING || Lee Know
Фанфик[completed] "... saya sayang awak sebagai diri awak dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri..." - Kim Hyesun "Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidu...