Minho memerhatikan lelaki dan perempuan yang berdiri di hadapan bilik resortnya dari sudut laluan.
Heh,laki perempuan satu bilik. Ingat elok sangat la? Depan bilik aku pulak tu.
Dia menampar lembut pipinya, cuba untuk menghilangkan fikiran itu lalu berjalan ke arah bilik bernombor 326. Belum sempat dia keluarkan kunci bilik...
"Hallu~ kau Minho kan? Sepupu Sana?" Mingyu menegur sambil tersenyum sementara Hyesun hanya memandang ke arahnya.
Minho membalas dengan senyuman kecil yang palsu. Malas untuk layan orang buat masa ni.
"Nama aku Mingyu.Kawan lama Sana. Ni adik aku, Hyesun." sambung Mingyu sambil menolak sedikit lengan adiknya perempuannya.
"H-Hai..."
Oh...adik.
"Hai."
like awkward silence~~
caw~ caw~ caw~
"Kalau takde apa apa dah, aku masuk dulu." Minho membalas pendek lalu masuk ke dalam biliknya.Terlalu penat.
Hyesun hanya mengangkat kening, merenung kelibat lelaki itu dalam keadaan bingung. Biadab. Rasa ingin tahu tiba-tiba muncul tapi dia cepat-cepat membuang perasaan itu. Dia datang sini nak move on. Walaupun lelaki di hadapannya tadi menarik sedikit perhatiannya, Minho tetap memberi tanggapan pertama yang buruk kepada adik beradik tersebut. Tak lupa juga senyuman palsu tadi.
"Hmm...takpe la.Jom masuk dulu. Nanti dah siap kemas kita pergi makan late-lunch kat bawah."
Hyesun mengangguk sambil tersenyum, setuju dengan cadangan abangnya.
🌟
Sementara itu Minho duduk atas katil single biliknya sambil melihat diri dalam cermin.Minho yang lama dah hilang. Yang tinggal hanya Minho yang kelihatan sedih, lemah dan sensitif.
Sejak kecil, dirinya selalu dibandingkan dengan orang lain. Ibu bapanya sentiasa layan dia dengan baik, cuma mereka kurang memberi perhargaan untuk apa yang dia buat.Minho memang hebat menari. Menari adalah minatnya tapi impian itu hancur semenjak terdengar ibu bapanya mengatakan bahawa ia langsung tak berbaloi dalam kehidupannya. Sejak itu, dia berhenti menari dan mengambil minat untuk menulis. Yeah, ibu bapa dia sokong dia jadi penulis tapi jauh dalam sudut hati, Minho tahu... mereka menipu.
"Dah dah la tu Minho" dia bercakap seorang diri.
Lelaki itu mengambil keputusan untuk menyegarkan diri,relaxkan badan.Dirinya perlahan-lahan masuk dalam dunia mimpi,membiarkan fantasi menguasai realiti sedih itu.
Kalaula mimpi boleh jadi kenyataan.
🌟
-Pagi berikutnya-
"Mingyu! Hyesun! Sini sini!" Sana memanggil dua beradik yang baru sahaja masuk ke dalam restoran resort itu.
Hyesun dan Mingyu tersenyum melihat perangai Sana. Sangat comel. Sesuai dengan Mingyu. Walaupun Hyesun baru sahaja berjumpa dengan Sana tapi perempuan itu selalu menegurnya sejak mereka sampai. Seolah olah dia tahu Hyesun amat memerlukan teman buat masa sekarang.
Senyuman mereka jatuh sedikit apabila melihat sosok tubuh seorang lelaki yang duduk bersama Sana. Minho...
Perlahan-lahan mereka menyambung pergerakan ke meja tersebut.
"Aku ingatkan kau ajak kita makan berdua je. Kau tak cakap pon kau ajak dorang." Minho menjeling ke arah sepupunya itu.
"Mingyu ni kawan aku.Aku rasa ok je kalau kita luang masa sama sama.Kau kena bersosial sikit untuk healing ni." kata Sana dengan penuh bangga.
Mingyu dan Hyesun duduk bertentangan dua orang itu.
"Thank you sebab ajak kami makan sekali Sana, Hyesun pon dah tak sabar tadi nak jumpa kau."
Waktu sarapan itu dipenuhi dengan gelak tawa Mingyu dan Sana.Mereka mengenang semula kenangan lama. Hyesun dan Minho pula? Hanya mendiamkan diri. Ada masa Hyesun tergelak perlahan melihat pasangan itu. Minho langsung tak berminat untuk ambil tahu.
Selesai sarapan, Sana cuba untuk memecahkan awkward silence antara Minho dan Hyesun.
"Mingyu nak pergi sambung buat research dekat Pusat Konservasi Penyu tu.Aku cadang nak ikut sekali."
"Pastuh?" Minho membalas ringkas.
"Ish...kau nak ikut tak?"
"Aku tak berminat."
Sana mengalihkan pandangan ke arah Mingyu. Mingyu hanya membalas dengan senyuman yang mengatakan 'aku kata dah'.
Tak boleh jadi ni...
"Aku busy. Aku nak kena sambung buat novel... boleh pulak kau-"
"Okay fine. Tapi kalau kau tinggal sini kau kena jaga Hyesun." pantas Sana memotong sambil tersenyum sinis.
Hyesun tersedak Milo Dinasour yang dia order tadi. Terbatuk-batuk sambil menutup mulut. Mingyu juga hanya tersenyum sinis. Memang dia dah janji nak bawa Hyesun sekali tapi...
"Sorry Hyesun tapi aku lupa. Kau kena ada pas untuk masuk tempat tu and aku tak buat lagi untuk kau. Sana dah ada pas tu." kata Mingyu sambil memaparkan muka serba salah.
"Oh...takpe, tapi tak perlu-"
"Kenapa aku kena jaga dia? Dia dah besar." Minho menyoal sepupunya. Jelas dengan riak wajah yang kurang selesa.
"Kau kenal pulau ni.Kau dah biasa. Mingyu pon taknak tinggal Hyesun sorang-sorang.Kalau ada apa apa terjadi macam mana? Awak okey je kan Hyesun?" tanya Sana sambil menyengetkan kepala.
"Saya okey, tapi-"
"Anyway, nanti kot kot la Hyesun boleh tolong kau buat novel tu. Dia bijak."
"Whatever." Minho melihat ke arah Hyesun.Mukanya masih tidak mahu senyum dan sedikit berkerut.
Hebat betul plan kami. Lantas Sana bangun dan menarik Mingyu keluar dari restoran tersebut. Meninggalkan mereka berdua dalam suasana janggal. Hyesun masih lagi dalam kebingungan.
"Bye!" Mingyu melambai ke arah Hyesun. Seronok melihat muka adiknya macam tu. Well... sebenarnya...
Mingyu ngan Sana ni... ade" je. Tuh tgk tu. Bintang kat bawah tuh cantik! Apakata awk tekan? Hehehe. Jgn lupa vote+comment. Tq~
♡♡♡
ANDA SEDANG MEMBACA
|| HEALING || Lee Know
Fanfiction[completed] "... saya sayang awak sebagai diri awak dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri..." - Kim Hyesun "Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidu...
