-flashback-
"HAHAHAHAHAHAHA jap jap Hyesun. Boleh awak terangkan lagi sekali?" Sana bertanya sambil ketawa, tiba-tiba sahaja dia rasa terhibur melihat keadaan Hyesun yang terkobar-kobar.
Mingyu pula hanya cuba yang terbaik untuk menahan gelaknya.
"Ughh...saya pon tak pasti. Saya ingatkan saya datang sini nak move on.Ta-tapi, Minho tu sangat baik dengan saya dan tak boleh dinafikan. Dia sangat handsome."
Hyesun berkata perlahan sambil menutup muka mengguna kedua tapak tangan, terasa malu. Mingyu hanya merenung adiknya kerana tidak percaya apa yang diperkatakan. Dalam ramai-ramai orang, dia terjatuh cinta dengan Minho? Walaupun baru beberapa hari bersamanya?
"Itu berita baik!" Sana menepuk tangan dengan gembira.
"Kau pasti ke Hyesun?"
"Of course! Dia pandai berkata-kata, itu mungkin sebab dia penulis novel dan pandai menyanyi dan bila dia senyum... Ahhhhh! Aku rasa aku dah gila."
"Sana, aku rasa dia dah sangap Minho."
"Aku nampak! Kan aku dah cakap? Mesti dia suka!" tanpa sedar, Sana terlepas cakap.
Hyesun hanya memandang mereka dengan kebingungan. Kan aku dah cakap?
"Apa? Korang rancang untuk bagi aku jatuh cinta dengan dia ke apa...?"
"Nampaknya ye... aku nak tolong kau Hyesun. Aku nak cari orang yang boleh tolong kau move on. And, sebab Sana pon suruh aku percayakan Minho. Sebab dia yakin Minho dapat tolong kau."
"Tapi...kenapa sampai kau perlu rancang semua ni?" kata Hyesun, perlahan. Matanya memandang ke bawah dan mula berair. Menyedihkan sangat ke aku ni? Sampai abang aku kena buat macam ni? Macam mana kalau akhirnya aku tetap akan patah hati?
Dia perlahan-lahan memusingkan badan, berlari meninggalkan mereka berdua, mengabaikan panggilan Sana dan abangnya. Mahu merajuk katanya. Dia lari dan terus lari sehingga dirinya dibawa ke pantai untuk menenangkan diri.
-end of flashback-
Namun begitu, menenangkan diri di pantai bukanlah pilihan yang terbaik baginya.
Kenapa Hyunjin kena ada dekat sini jugak?
Hyesun menggengam erat tangannya dalam poket. Memejam mata cuba untuk menahan air mata daripada mengalir. Apa yang lagi menyakitkan daripada melihat ex-boyfriend anda bersama kawan baik anda sendiri? Dia tahu seharusnya dia berasa gembira untuk mereka berdua, tapi dunia realitinya hanya mahu dia rasa sengsara.
Pasangan itu berjalan semakin hampir dengan Hyesun, tidak menyedari keberadaannya di situ. Sehinggalah Hyunjin dan Nayoung mengalihkan pandangan mereka ke hadapan.
"Oh....Hyesun."
"Hyesun, kenapa awak ada dekat sini? Sorang-sorang? Penat saya cari awak."
Hyesun memandang ke sebelah kirinya, melihat lelaki yang dia paling mahu mengelak buat masa sekarang.
Hyesun keliru dengan apa yang dirasainya. Macam mana dia nak menangani benda ini? Dia masih mempunyai perasaan bila nampak Hyunjin tapi pada masa yang sama, dia mula sukakan Minho.
ANDA SEDANG MEMBACA
|| HEALING || Lee Know
Fanfiction[completed] "... saya sayang awak sebagai diri awak dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri..." - Kim Hyesun "Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidu...
