♡N♡

256 64 6
                                    


"Hyesun...hoi Hyesun." badannya digoncang lembut oleh Mingyu. Namun Hyesun masih lagi tidur, mulut ternganga sambil baring atas sofa di bilik Minho.

Ye, bilik Minho.Ceritanya... selepas mereka pulang semula ke resort, Hyesun baru teringat kunci bilik mereka dipegang oleh abangnya.


-flashback-

"Aduiii.Mingyu ni pon satu. Kenapa dorang tak balik-balik lagi ni. Takkan dorang pergi clubbing pulak." Hyesun merungut sambil mengetuk-ngetuk biliknya, tanda frust.

Minho hanya memerhati perempuan itu dalam diam. Sejujurnya,mereka berdua terasa penat sebab hari pon dah petang.

"Hyesun...awak boleh tumpang bilik saya dulu sementara tunggu abang awak." kata Minho.

"Kenapa-"

"Awak nampak penat sangat. Stay je dulu dalam bilik saya. Jangan risau, saya nak pergi bersiar-siar. Saya takkan kacau awak." panjang Minho menyambung sambil menghulurkan kunci biliknya kepada Hyesun. Wajahnya tidak mempunyai apa-apa perasaan.

Hyesun ditinggalkan seorang diri lagi dalam keadaan tercengang. Namun cepat-cepat dia membuka pintu bilik Minho dan mengunci semula. Takut kena culik dengan lelaki tua.

Takkan aku nak baring atas katil dia pulak kan?

Dengan itu dia hanya melabuhkan diri atas sofa di tepi tingkap, perlahan-lahan matanya ditutup.


-end of flashback-

Cepat-cepat dia bangun dari sofa.

"Ha? Ha? Aku kat mana. Siapa culik aku?"

"Ish kau ni," Mingyu menjentik dahinya. "Kau tertidur dekat bilik Minho la. Kau tahu tak aku jumpa dia tidur atas kerusi kayu dekat lobi? Dia kata dia yang bagi kau tumpang bilik dia. Ingat tak?"

Jangan salah faham. Bukannya Minho ada perasaan ke apa pada Hyesun. Cuma, dia risau nak biar Hyesun tinggal dekat luar. Lagi-lagi waktu malam. Ramai sangat orang yang merbahayakan dekat situ.

"Oh...ma-mana dia sekarang?"

"Saya dekat sini."

Terkejut Hyesun dibuatnya melihat Minho yang berada di katil, kepala disandarkan pada header sambil mata ditutup.

Mingyu hanya melihat mereka berdua sambil tersenyum. Betul jugak cakap Sana.Macam dia boleh melihat masa depan dan meramal apa yang akan dilakukan oleh Minho.

"Jom balik bilik. Kesian Minho nak berehat. Dah pukul 11 dah ni."

Hyesun hanya mengangguk. "Terima kasih Minho, sebab bagi tumpang."

"Hmm." Minho membalas. Masih malas nak melayan orang sebab terlalu penat.

Mingyu dan Hyesun keluar dari biliknya.Puas jugak hati Mingyu ni.

"Aku tengok, lena betul kau tidur tadi. Semenjak break haritu...kau macam susah nak tidur. Apa yang jadi?"

Betul cakap Mingyu.Sejak Hyunjin tinggalkan Hyesun, dia merasa susah untuk tidur malam. Setiap hari dia akan menangis. Tidur selama 10 minit lepas tu sambung menangis. Jadi bila nampak adiknya dapat tidur lena di bilik Minho itu, dia berasa gembira.
Ntah apa yang dilakukan oleh adiknya sepanjang hari itu tapi dia dapat merasakan Minho adalah punca kepada segalanya.

"Kenapa dia tak datang kejut je aku? Kesian pulak dia tidur dekat lobi."

"Tula, aku ngan Sana tengok macam nak patah dah leher dia." kata Mingyu sambil tergelak.

"Kau la balik lambat sangat.Ishhh." Hyesun memukul lengan abangnya dengan kuat.

Dua beradik itu sambung bergaduh sampai tertidur atas katil masing-masing

🌟

"Come on Minho kau boleh buat nii!"

Peluh mengalir dari dahinya,tangan kanan menarik rambut dengan lembut sambil otaknya berkerja keras memikirkan idea.Sangat susah.

Aku menyesal dengan pilihan hidup aku.

Sekarang Minho sedang menulis nota untuk plot novelnya, tetapi pen yang dipegang itu masih berada di tempat yang sama selama hampir 2 jam. Habis dakwat hitam menekan kertas itu. Minho stress. Dia cuba untuk berehat.

Dia melihat jam pada tangan kanannya, menunjukkan masa 6:30 pagi. Sambil mengeluh, lantas dia menutup buku notanya lalu berjalan ke bagasi untuk mengambil t-shirt hitam dan seluar trek untuk dipakai. Minho mengambil kunci bilik dari meja dan terus keluar, menguncikan bilik.Dia membiarkan kakinya membawanya ke tempat yang mereka inginkan dan akhirnya dia berada berhampiran pantai.

Angin bertiup lembut, membawa pasir ke tempat dimana ia akan berehat seketika sebelum ditiup sekali lagi. Tak lama kemudian, Minho merasakan dirinya menikmati suasana itu, suasana yang sepi tetapi selesa baginya. Betul cakap rakan-rakannya. Percutian ini membuatkan dia rasa bebas dari masalah hidupnya. Satu fantasi yang membolehkan dia melarikan diri dari realiti.

🌟

Alarm pada fonnya berbunyi, terus dia swipe untuk menghentikkannya.
Cepat-cepat dia bangun, menyarungkan hoodie hitam lalu mengikat rambut hitam yang panjang.

"Hyesun, kau nak pergi mana?" Mingyu bertanya dengan suara mengantuk.

"Pergi jalan... aku nak nikmati pagi ni jap." ringkas saja dia balas lalu keluar meninggalkan abangnya di dalam bilik.

Hyesun berjalan di keliling pantai berdekatan resort itu, menikmati bayu pagi yang meniup.Sebenarnya, dia bangun awal untuk melihat pemandangan matahari terbit. Itu lah yang inginkan sejak sampai ke pulau itu. Jam fonnya menunjukkan pukul 6:45 pagi.

Jarang sekali dia mendapat tidur yang cukup. Tetapi kali ini, dia merasakan dirinya terlebih cukup tidur. Sampai sahaja di pantai tersebut, Hyesun berdiri sambil tersenyum melihat pemandangan yang dia inginkan. Sungguh cantik. Dia berharap kehidupan realitinya seindah pemandangan itu.













Satu dunia baru baginya, dan jauh di hujung pantai itu, berdiri seorang lelaki yang mengongsikan pemandangan matahari terbit yang sama dengannya.







Uyooo hai! Nak cakap thank you siapa yang baca ni! Nanti boleh bagi pendapat!

♡♡♡

|| HEALING || Lee KnowWhere stories live. Discover now