♡YOU♡

248 53 8
                                        


"Keluar dating?" Hyunjin bertanya kepada mereka sambil mengangkat kening.

"Y-ye..." Hyesun membalas, matanya memandang ke bawah.

"Okay... jom Nayoung." Dengan itu Hyunjin menarik tangan Nayoung, meninggalkan Hyesun dan Minho di lobby.

Minho dan Hyesun hanya meneruskan perjalanan ke bilik dalam keadaan senyap. Lelaki itu memandang Hyesun sepintas lalu untuk memastikan keadaannya lalu membuka pintu untuk memberi dia laluan untuk masuk.

"Hyesun, awak okay?" Minho menyuarakan diri kerana risau.

"Huh? Saya okey je. Kenapa pulak?"

"Tadi..mereka--"

"Saya okey Minho. Benda itu dah lepas. Saya ada awak sekarang."

Minho tersenyum lalu memeluk perempuan itu sekali lagi. Bibirnya mencium lembut dahi Hyesun, membuatkannya tersenyum atas perbuatan itu.

"Terima kasih Hyesun."

"Sebab apa?"

"Sebab ada dengan saya. Awak tahu... tidak pernah ada orang yang sentiasa ada bersama saya... yang akan menerima diri saya seadanya dan tidak mengharapkan apa-apa yang lebih dari saya. Awaklah orang pertama Hyesun."

"Minho, awak cukup hebat hanya dengan diri awak sendiri. Awak patut tahu itu. Jangan biarkan orang lain membentukkan diri awak. Jangan biar mereka ubah diri awak."

"Hyesun-"

"Saya sayang awak sebagai diri awak sendiri dan saya mahu awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri.

"Wow... saya tak sangka awak akan cakap sesuatu yang berinspirasi macam tu." Minho berkata sambil melepaskan pelukan itu.

"Hehe...saya banyak luangkan masa dengan Makcik Aida." Hyesun tersenyum bangga.

"Saya patut mula menulis semula. Kata-kata awak ssngat memberi semangat. Terima kasih Hyesun."

Mereka berdua duduk di sofa bersebelahan dengan tingkap bilik Minho. Minho mengeluarkan buku nota dan pennya, sambung memulakan kerja. Hari itu berlalu dengan pantas. Hyesun menyandarkan kepala pada bahu Minho sementara lelaki itu menggerakkan tangan di atas kertas untuk menyiapkannya.

🌟

Hari ini hari terakhir mereka di sini dan ia tak seperti hari-hari biasa, Hyesun tidak turun makan sarapan pagi bersama Mingyu dan Sana, begitu juga dengan Minho. Sebaliknya Hyesun sedang berada di dapur Kedai Makan Makcik Aida di awal pagi. Dia mengambil keputusan untuk membuat sarapan pagi untuk dirinya, dan sudah tentu untuk Minho.

"Somi... apa patut saya lakukan dahulu?"

"Potong bawang." Somi membalas dengan senyuman.

"Okay~"

Mereka berdua sedang memasak nasi goreng pataya, oleh sebab itu sahaja resepi yang paling mudah untuk Hyesun ikuti. Dia mengambil pisau dan mula memotong. Terlalu fokus atas kerjanya, dia tak perasan kelibat seorang wanita di belakangnya.

"POTONG KECIL SIKIT HYESUN!

"Astaga... Makcik terkejut saya. Nasib baik tak terpotong jari."

"Hehe sorry Hyesun. Apa yang kamu berdua masak ni?"

"Nasi goreng pataya.Hyesun nak buat surprise untuk boyfriendnya." Somi membalas sambil tersenyum sinis memandang Hyesun.

|| HEALING || Lee KnowTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang