Tok Tok Tok!
Kedengaran bunyi pintu bilik Minho diketuk. Cepat-cepat Minho bangun untuk membukanya. Terlihatlah seorang Mingyu yang kelihatan seperti baru sahaja lari maraton.
"Hy-Hyesun ada dengan kau ke?" Mingyu bertanya, nafasnya termegah-megah.
"Hmm."
Hyesun ketika itu mengesat air mata dari pipinya kemudian bangun untuk bergerak ke arah pintu. Matanya masih merah tetapi dia tak kesah. Sekarang dia hanya mahu berada di dalam biliknya.
"Hyesun... kau nak balik bilik? Aku teman kau. Takde kerja dah hari ni." Mingyu cuba memujuknya. Dia tak mahu menanyakan apa-apa soalan setelah terserempak dengan Hyunjin dan Nayoung di lobby tadi, tahu bahawa adiknya mesti terkejut berjumpa dengan mereka.
"Hmm." Hyesun mengangguk kecil dan bergerak masuk ke bilik yang bertentangan.
Minho hanya mampu memberinya senyuman terakhir yang kelihatan sedih. Diri Hyesun mengingatkannya tentang diri dia sendiri, ketika dia rasa mahu mengalah dalam kehidupan, ketika dia tak dapat memilih apa yang dia nak. Ketika dia terpaksa menerima takdir seadanya.
"Nah. Aku minta kunci lebih bilik korang dari Sana haritu." kata Minho lalu menghulurkan kunci yang dikatakan.
"Ermm.. boleh tak aku nak nombor dia?" dia menyambung sedikit sambil menggaru belakang lehernya. Agak malu dengan permintaan itu.
"Oh? Kenapa ye~~" Mingyu tersenyum sinis sambil menggerak-gerakkan kening seolah-olah mengejek Minho.
"Aku just... nak pastikan dia okay." dia membalas, cuba untuk mengawal aura coolnya itu.
"Ha ye la. Bak sini fon." Mingyu mengambil fon Iphone 11 itu lalu menetaip nombor adiknya sebelum memulangkan semula kepada Minho.
"Siap. Dah.Okey bai~~" Mingyu melambai dan terus masuk ke dalam bilik.
Ketika itu, Minho tersenyum melihat nombor yang baru sahaja disavekan pada fonnya.
🌟
Hari sudah malam, kedua-dua adik beradik itu masih berada di dalam bilik. Mingyu cuba untuk memujuk Hyesun keluar makan bersama Minho dan Sana, tetapi adiknya hanya mendiamkan diri. Seperti tidak mahu melakukan apa-apa. Mingyu taknak memaksa jadi dia biarkan dulu.
Sekarang mereka hanya melakukan hal masing-masing. Mingyu sedang menyambung researchnya pada laptop manakala Hyesun pula, terbaring di atas katil singlenya sambil merenung pada skrin fon. Wajahnya tidak mempunyai apa-apa perasaan.
Dia membuka Instagram, menscroll di bahagian news feed. Cuba untuk menghilangkan rasa sedihnya. Namun ketika melihat story rakan-rakannya, dahinya dikerut. Pada skrin terpapar gambar Hyunjin dan Nayoung di pantai. Hyunjin mencium pipi Nayoung. Gambar itu membuatkannya lagi sedih. Hyunjin selalu melakukan itu padanya. Mencium lembut pipinya sambil memuji.
"Dia kata nak stay dengan aku sampai bila-bila... tapi dia dah mungkir perkara pertama yang dia janji." Hyesun berkata seorang diri, matanya mula berair.
Ting!
(part lepas ni korang pandai" la baca macam pantun. saya pon tak pasti kenapa saya letak pantun ^.^)
Unknown
Tangkap gambar, guna Oppo,
Hai Hyesun! Ini Minho.
seen 12:15
ANDA SEDANG MEMBACA
|| HEALING || Lee Know
Fanfiction[completed] "... saya sayang awak sebagai diri awak dan saya juga nak awak sayang diri awak sebagai diri awak sendiri..." - Kim Hyesun "Awak pernah terpikir tak seberapa besar kesan yang awak berikan pada saya? Awak, Kim Hyesun, membawa makna kehidu...
