41 5 0
                                    

Perjalanan ke Seminyak mengambil masa 20 minit dari Ngurah Rai Airport. Kereta yang dipandu pak wayan memasuki perkarangan kediaman villa yang mewah. Rata-rata villa yang terdapat di situ semuanya besar dan tenang. Sesuai untuk percutian melepaskan tekanan.

Mereka semua keluar dari kereta setelah mengambil luggage masing-masing. Perkarangan villa itu sangat cantik. Pak wayan memandang mereka sebelum bersuara.

"selamat datang ke Seminyak! Seminyak terkenal dengan rumah rehat ataupun villa yang mewah. Villa-villa yang mempunyai kelengkapan yang lengkap. Suasana yang nyaman dan juga tenang mewujudkan perasaan harmoni di sini. Seminyak juga terkenal dengan pantai yang cantik ditonton sewaktu sunset seperti Seminyak Beach. Terdapat juga Eat Street khas buat cariin makanan semasa waktu malam kayak gitu. Jika anak-anak mahu shopping, kalian bisa pergi ke Seminyak Square. Cuma beberapa minit kalau berjalan kaki" terang pak wayan sambil tersenyum. Menceritakan keindahan Seminyak, tanah air nya dengan rasa bangga.

"oh kayak gitu" jawab mrs jane mengangguk. Jas, diana, aeya dan anna memandang kawasan villa yang serba unik itu.

"villa ini khas untuk para perempuan dan villa sebelah ini khas untuk para lelaki" kata pak wayan berjalan menghampiri sebuah pagar kecil yang memisahkan dengan villa sebelah. Pak wayan membuka pagar itu. Teserlah lah sebuah lagi villa mewah. Siap ada swimming pool di luar.

"waw cantiknya" kata anna teruja. Tidak sabar mahu berenang.

"eh ni villa kiteorang. No no no!" kata con sengaja menyakat. Anna memasamkan muka.

"villa ni ada berapa bilik pak wayan?" soal adam memandang villa dua tingkat itu. Agak-agaknya sesat tak kalau masuk?

"villa kalian ada 2 bilik, setiap bilik ada 2 single bed" jelas pak wayan. Adam, dylan, nik dan con mengangguk.

"villa kiteorang pak wayan?" tanya jas pula.

"kalian ada 3 bilik, satu itu buat pengetua kamu" kata pak wayan memaksudkan mrs jane.

"kita ada maid tak pak wayan?" soal diana pula. Manalah tau ada kan.

"iya masing-masing ada maid cuma kalian maid perempuan dan kalian lelaki maid lelaki" sambung pak wayan.

"emang ada ya maid lelaki?" soal dylan mencuba berbahasa indonesia. Yang lain tergelak mendengar. Pak wayan hanya mengangguk.

"nanti kalau ada urusan, mahu telefon pak wayan di mana?" soal nik turut berbahasa indonesia. Aeya menepuk kepalanya. Ah sudah semua jadi indon.

"bapak udah letak nombor syarikat bapak di dalam, kalian cari sahaja"

"okay thanks pak wayan!" ucap aeya. Pak wayan membalas dengan senyuman.

"hari ini kalian semua berehat dahulu, besok baru kita keluar" sambung pak wayan lagi.

"kalau macamtu, kami masuk dulu ya pak" kata mrs jane. Jas, diana, aeya dan anna mengikut langkah mrs jane masuk ke dalam villa mereka.

"makasih pak, ketemu lagi ya" ujar adam. Dia, dylan, nik dan con menuju ke villa sebelah sebelum masuk.

***

"omg indoor swimming pool!" jerit anna gembira. Dia berjalan mendekati swimming pool lalu memercikkan air yang jernih.

Jas, diana dan aeya hanya tersengih memandang gelagat anna. Mereka menyusun luggage di depan tangga. Villa itu menekankan konsep Bali, flora dan fauna. Sejuk mata memandang.

"okay so, i akan ambil bilik bawah. You girls ambil bilik atas okey?" kata mrs jane.

"okayyy" kata jas. Mrs jane masuk ke dalam sebuah bilik yang terletak di sebelah ruang tamu.

"jom naik atas cop bilik!" ajak diana. Aeya menahannya.

"kita pileh la dulu sapa partner" kata aeya. Anna bersetuju.

"okay kita lumba naik atas and cepat-cepat masuk ke dalam bilik yang kita jumpa dulu" cadang jas. Ada-ada jer diorang ni.

"okey cepat i'm ready ni" kata anna tidak sabar. Mereka berempat bersedia di depan tangga. Macam nak berlari hari sukan pun ada.

"1, 2, 3!"

Mereka berempat segera berlari naik tangga menuju ke atas. Masing-masing berlumba mahu mendapatkan bilik. Setelah tiba di atas, jas dan diana masuk ke dalam bilik sebelah kanan manakala aeya dan anna masuk ke dalam bilik sebelah kiri.

"yay! problem kita dah settle sekarang!" kata diana di muka pintu bilik memandang aeya dan anna yang berdiri di pintu bilik sebelah. Memang pelik tapi benar.

"nasib baik rumah batu, kalau tak roboh sebab kita tadi" kata aeya. Mana taknya, semua berlari dengan laju siap berebut.

"okaylah nak rest dulu byeee" ujar jas beredar masuk ke dalam bilik.

"nanti kalau nak panggil kiteorang, call je tau" kata anna pula. Diana mengangguk lalu menutup pintu bilik. Aeya dan anna turut masuk ke dalam untuk berehat.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now