₁₈

23 2 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Anna masih duduk di tepi kolam renang bersama macbook sambil merendamkan kakinya. Dia duduk berseorangan sejak tadi. Jas datang menyapa duduk di sebelah anna sambil merendamkan kakinya juga.

"kau buat apa" tanya jas sambil membawa segelas cawan coffee. Anna mengangkat kepala.

"takde buat apa, dengar lagu je. Bosanlah" jawab anna yang asyik mendengar lagu dari tadi.

"mana aeya and diana?" tanya jas. Dia dari dapur selepas membuat coffee.

"diana rasanya rest kot dekat atas, aeya tadi ada. Now tak tau pulak" jawab anna matanya melekat memandang macbook. Jas hanya mengangguk.

"wei, kau rasa kan berapa lama kita akan stay sini?"

"entahla, depends dengan pihak polis. Time holiday pun nak jalankan siasatan" rungut anna.

"tu lah, aku memang nak balik" jawab jas. Takut tiffany tahu keberadaannya.

Sedang mereka berbual, mata mereka berdua menangkap badan hana berdiri di gate yang menghubungkan villa sebelah. Seperti berbual dengan seseorang. Namun keadaan yang gelap sukar untuk mengenal pasti siapa orang itu.

"tu hana kan?" tanya anna. Jas mengangguk. Sejak peristiwa hilang barang hari itu, mereka jarang berjumpa dengan hana.

"dia cakap dengan siapa tu? malam macamni?" tanya jas pula. Anna mengangkat bahu tidak tahu.

"jom dengar" anna menarik tangan jas. Mereka berdua berjalan menghampiri gate itu. Kaki diperlahankan agar tidak didengari sesiapa.

Setelah mereka berdua bercangkung menyorok di salah sebuah pokok yang berhampiran dengan gate itu, mereka memasang telinga.

"biarin aja mereka, nanti pasti mereka akan terima balasan setimpal. Aku tau apa yang harus dibuat" kata hana dengan nada puas hati.

"kalau ada apa-apa jadi, terus kata ke aku" arah satu suara yang berdiri di kawasan villa sebelah. Cuma gate memisahkan mereka.

Jas dan anna terkedu mendengar perbualan hana. Jas menyiku anna yang dibelakangnya.

"kau dengar tak dia kata tadi?"

"dengar, dia maksudkan kita ke?" soal anna pula. Adakah hana ada rancangan yang jahat?

"aku rasa macam tu lah" jawab jas. Mereka menyambung memasang telinga.

"hana terus lapor ke aku ya, jangan biar mereka buli kamu" kata suara disebelah lagi. Hana mengangguk. Mereka berterusan berbual.

"aku rasa dia cakap pasal kita la" kata anna.

"entah-entah dia berbual dengan serial killer?" teka jas. Mata jas dan anna membulat.

"cepat! kita masuk rumah!" anna menarik jas dari situ. Pergerakan mereka yang laju membuatkan hana menoleh.

"siapa tu?" tanya hana memandang sekeliling. Dapat dirasakan kehadiran orang lain.

"careful hana, jika perlu apa-apa bilang ke aku" kata raihan menggosok kepala adiknya. Hana mengangguk.

***

Aeya yang baru selesai keluar dari bilik air segera berjalan keluar dari bilik apabila mendengar bunyi loceng villa ditekan. Siapa pulak yang datang malam-malam ni?

Dia berjalan menuruni tangga. Pintu dihampiri sebelum dibuka. Kelihatan ada seorang lelaki berhoodie hitam berdiri di hadapan pintu. Mukanya seperti seorang yang matang. Aeya berdehem sebelum bersuara.

"ye? nak apa malam-malam?" tanya aeya.

"maaf, aku raihan. Tinggal di sebelah, mau mastikan kalian yang tinggal di sini selamat aja" kata raihan sambil tersenyum manis.

"oh jiran sebelah, baru masuk ke?" tanya aeya. Setahunya adam, dylan, nik dan con baru keluar pagi tadi. Raihan mengangguk.

"iya, maaf ya gangguin malam-malam. Cuma mau pesan jangan lupa kunci pintu kerana kadang-kadang ada kes mencuri di sekitar sini" terang raihan lagi. Aeya mengetap bibir. Gerun mendengar apa yang dikata raihan.

"makasih ya sebab inform" ucap aeya. Dahlah mereka berempat cuma tinggal di villa itu.

"aku pamit dulu ya" kata raihan sebelum beredar. Aeya segera mengunci pintu utama. Habis semua tingkap diperiksa. Kemudian dia melihat jas dan anna yang terkocoh-kocoh berlari.

"woi, korang ni dah kenapa?"

Jas dan anna segera berhenti menghampiri aeya. Mereka berdua menarik nafas sebelum meneruskan kata-kata.

"kau buat apa sini?" tanya jas melihat aeya seorang diri di ruang tamu.

"tadi ada jiran datang, aku buka lah" jawab aeya.

"jiran? siapa? lelaki?" soal anna bertalu-talu. Dia dan jas berpandangan.

"haah, kenapa?" soal aeya hairan.

"kau tau tak? tadi aku dengan anna lepak dekat kolam lepastu, kiteorang macam nampak hana bercakap dengan someone dekat tepi pagar" jas bercerita.

"kiteorang pun dengar lah, dia ada sebut pasal kita and someone yang teman dia tu..." belum sempat anna menghabiskan cerita, hana muncul menegur mereka.

"belum tidur ya kalian?"

Jas, aeya dan anna terkejut mendengar sergahan hana. Jas dan anna mencuit satu sama lain, risau hana mendengar perbualan mereka tadi.

"belum, kejap lagi" jawab aeya apabila jas dan anna tidak menjawab.

"aku masuk kamar dulu ya, kalau ada apa-apa bilang ya" kata hana dengan senyuman di bibir sebelum masuk ke dalam bilik. Jas dan anna melepaskan nafas lega.

"korang ni dah kenapa dari tadi macam tak kena" kata aeya hairan dengan telatah jas dan anna.

"mm esoklah kita sambung" ujar jas. Anna bersetuju. Takut hana mendengar perbualan mereka.

Jas, aeya dan anna naik ke atas masuk ke dalam bilik untuk berehat dan tidur.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now