₁₉

25 2 0
                                    

Matanya terjaga apabila tekaknya berasa haus. Selimut dibuka, dia memandang jas yang lena di sebelahnya. Diana membuka telefonnya memeriksa jam. Pukul 3 pagi.

Dia bergegas turun ke dapur untuk mengambil air. Cuma lampu di dapur dinyalakan. Suasana ruang tamu serta tempat lain gelap.

Diana membuka peti ais mencari makanan untuk dimakan. Perutnya berasa lapar. Dia belum makan malam.

Sedang dia menunduk mencari makanan, dia mendengar langkah seseorang. Dia masih fokus mengeledah peti ais.

"diana?"

Hampir terhantuk kepala diana apabila mendengar seseorang menyebut namanya. Rupanya hana. Diana berasa gugup apabila berdiri dengan hana bersendirian.

"ngapain? cari makanan ya? kamu lapar?" tanya hana. Diana hanya mengangguk.

"makan maggi nggak?" soal hana membuka rak yang berisi makanan. Diana mengangguk lagi.

"aku masak sebentar" ujar hana. Dia membuat maggi untuk diana selama 5 minit. Setelah siap dia meletakkan mangkuk maggi di hadapan diana.

"thanks hana!" ucap diana gembira. Dia makan dengan selera. Hana hanya duduk memerhati.

"you tak masuk tidur ke?" tanya diana. Segan pula melihat hana menemani nya.

"nggak papa, aku bisa teman"

"makasih ya, sebab tolong i time lapar macam ni" ucap diana. Dia ingatkan hana seorang yang pelik, rupanya hana baik. Mereka berempat yang salah sangka.

"kamu mau berkawan dengan saya?" tanya hana dengan wajah menunduk.

"mau lah, kenapa? i nampak jahat sangat ke?" soal diana kembali.

"eh nggak! cuma kamu sama teman-teman kamu kan cantik dan bergaya. Takkan nak berkawan dengan orang seperti saya" kata hana merendah diri. Diana berasa kasihan.

"hana, kita cari kawan tengok hati, bukan tengok rupa" jelas diana. Hana mengangguk. Mereka berbual sambil bergelak tawa.

***

Anna menarik tangan aeya menuju ke bilik sebelah. Mereka menggunakan pintu balcony yang dapat menghubungkan bilik mereka.

"aku ngantuk la tak dapat lain kali ke nak cerita?" tanya aeya denga mata tertutup.

"tak boleh!" jawab anna. Jas membuka pintu balcony untuk menyuruh aeya dan anna masuk.

"okay gud, now kita dah berkumpulkan" kata jas. Aeya dan anna duduk di atas katil.

"bangunkan diana" arah anna. Jas menggoncang badan diana. Diana menggeliat.

"janganlah kacau, aku nak tidur" kata diana menguap. Dia mengambil bantal untuk menutup muka.

"bangunlah! kiteorang ada benda nak bagitau ni" desak anna. Akhirnya diana bangun dengan mata yang tertutup.

"ha cepatlah apa dia?" soal aeya sambil menggosokkan mata.

Jas dan anna mula menceritakan perkara yang berlaku malam tadi. Diana dan aeya mendengar dengan tekun.

"what? hana ada plan nak bunuh kita?" tanya aeya tidak percaya.

"bukan bunuh, but lebih kurang macam tu lah" kata anna membetulkan aeya.

"yeke? korang sure ke ni? tak salah dengar?" soal diana bertalu-talu. Susah nak percaya kerana baru malam tadi dia duduk berbual dengan hana. Siap ketawa lagi.

"iye diana, takkanlah nak salah dengar pulak" balas jas meyakinkan. Diana terdiam berfikir.

"pastu kita nak buat apa sekarang?" soal aeya. Keselamatan mereka lebih penting.

"tapi kan, apa motif dia nak bunuh kita pulak?" tanya diana lagi.

"maybe dia nak bunuh kita sebab before ni kita marah dia or kita layan dia terok ke" jawab anna.

"tapi takkanlah sampai nak bunuh kan?" balas aeya.

"orang kalau dah benci dia akan buat apa-apa je tau" sambung jas. Mereka terdiam.

"takkanlah kita nak lari kan?" soal diana tidak logik. Kalau mereka lari, mana lagi mereka nak pergi?

"kita report dekat insp ranea" cadang anna sudah memegang telefon untuk mendail nombor insp ranea.

"tapi kita kena cari bukti dulu" kata aeya. Anna tidak jadi mendail.

"iye jugak kan" sokong jas mengetuk dahinya.

"dahlah bincang korang aku nak tidur" ujar diana lalu menarik selimut menyambung tidur.

***

"kenapa pulak nak suruh dia datang villa?" jerit jas ketika berbual di dalam telefon bersama datin ivy. Terkejut beruk setelah mengetahui tiffany akan datang berjumpanya.

"mum suruh dia jumpa jas pun sebab nak check jas dekat situ since holiday jas extend" balas datin ivy. Jas mengeluh.

"bila dia datang?"

"today"

"what?!" jerit jas. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi memandangkan orang datang. Pasti tiffany yang datang.

Dia melangkah ke pintu dengan malas. Sebaik pintu dibuka, ternampak wajah tiffany dengan seorang lelaki.

"hi jas! how are you?" sapa tiffany dengan muka ntah ikhlas ke tidak.

"okay je" balas jas acah.

"mum yang suruh check you, kebetulan holiday sama dekat Bali" kata tiffany. Jas memandang lelaki yang berdiri di belakang tiffany.

"oh yea this is my boyfriend, alex. Future engineer" kata tiffany bangga. Alex tersenyum memandang jas.

"oh okay" balas jas bersahaja.

"taknak jemput masuk ke?"

Jas membawa tiffany dan alex masuk. Dia membuat air lalu duduk berhadapan tiffany. Perbualan diteruskan walaupun agak janggal. Tiffany asyik menceritakan pasal alex, naik jemu jas mendengar.

Jas menutup pintu setelah menghantar pemergian tiffany dan alex. Dia duduk di ruang tamu sambil membelek telefon.

'kesian kan kakak dah boleh enjoy, kau pulak kena layan macam anak pungut' - unknown

Mendidih darah jas apabila membaca text yang baru diterimanya. Jaga lah kalau dia tahu siapa yang menghantar text tersebut.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now