35 4 0
                                    

Adam, dylan, nik dan con duduk berkumpul di ruang tamu. Mereka duduk menonton movie indonesia yang bertajuk 'Dilan 1990'. Layan je lah.

"tak sangka dilan tu sweet orangnya" kata dylan sedikit terharu. Siap mengesat kelopak mata. Macamlah menangis.

"over gila kau ni, baru tengok movie dah sendu" kutuk con.

"biarlah dia, tekanan perasaan kot" sambung adam pula menyakat.

"dia tengah imagine la tu" kata nik tersengih. Dylan segera menonjol kepala adam, nik dan con.

"sakitlah!" rintih mereka bertiga.

"padan muka, aku lapar ni. Jom cari makanan" ajak dylan yang dari tadi belum makan.

"jom ah, kita ajak diorang nak?" kata nik memandang villa sebelah. Mereka membuka pintu dengan luas agar dapat menghirup udara segar.

Tiba-tiba, Raihan datang membawa beberapa kotak pizza. Dia meletakkan kotak-kotak tersebut di atas meja ruang tamu.

"maaf ya, aku tidak sempat masak tadi. Bisa kan makan pizza aja?" kata raihan ke arah adam, dylan, nik dan con.

"wey bro! kau lah penyelamat kiteorang yang tengah kelaparan ni" ucap con menepuk bahu raihan.

"nasib baik kau datang, kalau tak kebuluran kiteorang" kata nik pula. Kotak piza dibuka, lalu dikongsi bersama.

"nggak papa, memang tanggungjawab aku" kata raihan.

"nah makanlah sekali" pelawa adam memberi piza kepada raihan. Raihan segan menerima pelawaan itu.

"ambik je, makan sama-sama" kata dylan pula meyakinkan raihan. Umur pun tak jauh, apa salahnya berkawan.

"makasih" kata raihan menerima pelawaan. Dia menyertai adam, dylan, con dan nik menonton movie.

***

Keesokan hari, pak wayan sudah tiba di perkarangan villa untuk membawa mrs jane, jas, diana, aeya, anna, adam, dylan, nik dan con berjalan sekitar Bali.

"seperti yang kalian tau, Bali merupakan tempat yang cocok buat bercuti kerana pemandangannya yang indah. Kita juga bisa mengetahui budaya, makanan dan keharmonian di Bali" ujar pak wayan yang sedang memandu. Mereka sudah melawat beberapa tempat. Yang lain hanya diam memasang telinga dengan fokus.

"lepas ini kita mau ke mana?" soal mrs jane sambil merenung peta di tangannya. Pak wayan memberikan mereka peta setiap seorang.

"kita akan ke pantai Seminyak untuk melihat sunset, indah bangat. Kalian harus ngambilin fotonya" kata pak wayan.

"okay! set!" kata jas memandang diana, aeya dan anna dengan teruja.

"iya makasih pak" ucap mrs jane.

"pak, makanan enak dimana ya?" soal adam. Dylan, nik dan con memaksanya untuk bertanya. Dikerlingnya mereka bertiga yang tergelak memandangnya.

"selepas nonton sunset, bapak akan bawa kalian makan di Sarong Restaurant" kata pak wayan lagi. Adam, dylan, nik dan con hanya mengangguk.

Mereka tiba di Pantai Seminyak itu. Tinggal beberapa minit matahari akan terbenam. Ramai pengunjung teruja untuk menyaksikan matahari terbenam. Adam, dylan, nik, con, jas, diana, aeya dan anna tidak terkecuali.

"omg excited gila" ujar diana sudah bersedia dengan telefon untuk mengambil gambar. Golden hour gitu.

"dari you tunggu ambik gambar sunset, lebih baik you ambik gambar i" kata dylan lalu posing. Mereka berlapan duduk di atas pasir.

"haah betul tu, muka i lagi hensem" sambung con menyakat anna.

"mengada lah you ni" balas anna di sebelah con yang sedang membetulkan rambutnya.

Detik yang dinanti sudah tiba, matahari mula terbenam sedikit demi sedikit. Pemandangan yang begitu mengindahkan. Jas, diana, aeya dan anna mula mengambil gambar.

"cantiknya! i like this!" ujar aeya. Dia siap berselfie untuk post ig.

"i pun nak join" kata nik menyertai selfie aeya. Aeya merungut apabila nik memburukkan gambarnya.

"jom ambik gambar sama-sama" ajak jas sudah bersedia dengan camera polaroid. Dia, diana, aeya dan anna segera duduk di atas pasir. Apalagi si lelaki lah yang kena ambil gambar. Mereka posing 4 style untuk 4 keping polaroid.

"wah, cantik bethol!" ujar jas, diana, aeya dan anna setelah mendapat sekeping polaroid seorang. Disimpan untuk kenangan.

"guys, jom! Pak wayan and mrs jane dah panggil tu" kata adam selepas mrs jane yang duduk di sebuah pondok memberi isyarat.

Mereka berlapan bergerak menuju ke dalam kereta. Semua sudah puas mengambil gambar. Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata memerhati mereka.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now