₂₇

25 2 0
                                    

Anna menekan hendal big bike nya dengan kuat. Big bike nya laju menyusuri jalan raya. malam itu Dia ingin melepaskan tekanan. Teringat kembali pertengkaran mama dan papa nya di banglo sebentar tadi.

"you ni tak habis sibuk dengan persatuan you tu!" marah Encik Mateen mengekori langkah isterinya yang selamba meninggalkannya di dapur.

"dah weekend you selalu main golf dengan geng you tu boleh pulak?" balas puan ixora berbentuk sindiran. Dia berjalan mengambil kunci keretanya.

"tapi you selalu keluar malam! you pernah ambil tahu pasal anna and aaron? you are the mother!" balas encik mateen. Pening melayan karenah isterinya. Puan ixora tersenyum sinis.

"then who are you? you pun ayah diorang tau! takkan you nak i duduk dalam rumah ni je?!" marah puan ixora kembali.

"kalau you masih bersikap macam ni, i think we should berpisah" kata encik mateen merasakan itu yang terbaik. Anna yang mengintip pergaduhan mama dan papa nya ternganga mendengar cadangan encik mateen.

"bagus jugak, tak payahla i penat bergaduh dengan you hari-hari" balas puan ixora tidak kisah. Dia keluar dari banglo sambil menghempas pintu dengan kuat.

Rentetan peristiwa tadi terhenti. Dia menghentikan big bike nya secara mengejut. Fikirannya terganggu.

BUM!

Sebuah kereta yang tidak sempat mengawal brek dibelakang melanggar big bike anna. Nasib baik tidak terkena anna.

Pemandu yang memandu kereta itu segera keluar menghampiri anna yang menunduk-nunduk memandang big bike nya.

"sorry, saya tak nampak tadi" kata lelaki itu. Anna mengangkat kepala. Rupanya sir troye.

"anna?!" kata sir troye terkejut.

"bahaya betul bawak big bike, dah kenapa brek mengejut? nasib baik sir yang langgar" marah sir troye. Anna menundukkan kepala.

"sorry lah sir, saya tak sengaja" ucap anna.

"kamu okay tak ni?" tanya sir troye. Anna mengangguk.

"saya okay je, lagi pun sir langgar sikit je tadi. Sempat mengelak" kata anna. Dia sempat mengelak sebentar tadi.

"buat apa malam-malam macam ni? tak balik ke?" soalan sir troye tidak dijawab anna.

"dah jom sir hantar balik" kata sir troye. Anna bersetuju lalu menunggang big bike nya pulang ke banglo. Sir troye mengekori dari belakang.

***

"jadi apa masalah nya sir troye datang malam-malam macam ni?" tanya encik mateen hairan melihat anna pulang bersama sir troye. Dia segera menelefon puan ixora untuk pulang.

"dia ada buat hal ke sir?" soal puan ixora yang duduk di sebelah suaminya. Anna pula duduk di sofa sebelah.

"eh bukan, saya tadi jumpa dia dekat jalan raya. Dia brek mengejut lepastu saya terlanggar" terang sir troye. Encik mateen dan puan ixora memandang anna dengan tajam. Anna menunduk.

"minta maaflah sir, anna ni kadang-kadang careless bawak big bike" ucap encik mateen malu dengan perbuatan anaknya.

"takpe, biasalah teens kan" balas sir troye.

"minta maaf lagi sekali sir" ucap puan ixora. Sir troye hanya mengangguk.

"jangan biarkan dia keluar malam, bahaya" ujar sir troye. Encik mateen dan puan ixora memberikan senyuman palsu. Mereka berborak sehingga sir troye pulang.

"anna buat apa keluar malam-malam?" soal encik mateen setelah menutup pintu menghantar pemergian sir troye. Wajah anna yang masih menunduk itu dipandang.

"saja" jawab anna pendek.

"tau tak anna tu perempuan? tak baik bawak bike laju-laju. Mama dah pesan dulu jangan bawak bike" marah puan ixora. Dari dulu dia melarang anna menunggang big bike.

"kan sekarang dah susahkan orang lain. Malu tau mama and papa orang anggap tak pandai ajar anna" marah encik mateen pula. Dia dan puan ixora merahsiakan pergaduhan mereka dihadapan anak-anak. Mereka berdua cuma berpura-pura di hadapan anna dan aaron.

Anna hanya mendiamkan diri. Dia menahan sabar. Dia keluar tadi pun sebab stress dengan pergaduhan mama dan papa nya. Sekarang siapa yang salah?

"mama akan hold kunci bike anna, biar anna belajar sikit" kata puan ixora memainkan kuasanya sebagai seorang ibu.

"no! kenapa mama nak buat macam tu pulak?" jawab anna laju. Dia rela dimarahi namun dia tidak mahu big bike nya diambil.

"untuk kebaikan anna juga, biar anna jadi seorang yang berdisiplin" sambung encik mateen. Anna berdiri memandang mama dan papanya.

"selama ni, anna sabar je tau dengar papa and mama gaduh. Papa and mama gaduh macam tak ambil tahu pasal anna and aaron. Semua sibuk dengan kerja, but anak terabai. Anna jadi macamni sebab papa and mama tau. Ingat anna dapat bersabar ke?" kata anna meluahkan rasa hatinya. Matanya sudah berair. Encik mateen dan puan ixora terdiam.

"okay fine, kalau papa and mama nak hold bike anna, go on. Papa and mama nak bercerai pun I dont care" sambung anna tidak kisah. Dia melemparkan kunci bike nya sebelum masuk ke dalam bilik menghempas pintu dengan kuat. Encik mateen dan puan ixora terkedu mendengar kata-kata anna.

Anna terduduk di atas katil sambil menangis. Dia tidak cukup kuat melalui masalah keluarganya.

Ting!

Dia membaca chat dari seseorang yang tidak dikenali.

'what a poor anna, nak attention dari family tapi kena marah. Agak-agaknya kena ketawa oleh jas, diana and aeya tak after tahu family kau macam ni?' - unknown

Anna berasa geram lalu membaling telefonnya ke dinding. Habis pecah berderai telefon itu.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now