120 6 0
                                    

Pintu bilik karaoke ditolak. Aeya menyapa jas yang sedang duduk menunggu kedatangan mereka.

"Hi jas!" sapa aeya gembira. Jas bangun dari duduk lalu menghampiri aeya. Sejak cuti persekolahan tengah tahun yang bertempoh dua bulan itu, mereka tidak berjumpa. Masing-masing sibuk meluangkan masa dengan keluarga di rumah.

"aeya! Lama tak jumpa" sahut jas. Mereka berpelukan sekejap sebelum menyambung perbualan.

"haah, thats why tak sabar nak jumpa korang malam ni" kata aeya teruja. Dia mencari kelibat diana dan anna.

"diana and anna belum sampai lagi" balas jas mengerti apa yang dicari aeya.

"okay kita tunggu diorang dulu la" mereka bersetuju lalu duduk bergosip.

***

Diana keluar dari bilik secara senyap-senyap. Kakinya melangkah menuruni tangga. Matanya memandang sekeliling supaya tiada sesiapa mengetahui rancangannya untuk keluar dengan cepat.

Apabila hampir tiba di pintu utama, suara mama nya menerpa. Iaitu Puan Ariana.

"diana, where are you going" soal puan ariana hairan melihat anak gadisnya bergerak ke pintu seperti pencuri.

"mama, diana nak jumpa kawan-kawan. Diana rindu diorang" jawab diana jujur. Mereka berempat bersetuju untuk meluangkan masa bersama malam ini.

"what? malam-malam macamni? takdapat ke esok lusa?" soal puan ariana lagi. Dia risau keselamatan diana.

"mama, bolehla. I miss them" pujuk diana tahu mamanya seorang yang strict. Sebab itulah dia plan nak keluar cepat tadi.

"yelah, jangan balik lambat. Risau mama nanti" kata puan ariana lagi.

"okay" jawab diana lalu membuka pintu namun ditegah puan ariana.

"suruh pak man hantar, and kalau boleh suruh dia tunggu" arah puan ariana tidak mahu diana keluar berseorangan waktu malam. Mata diana membuntang.

"no! kenapa nak suruh pak man hantar pulak? diana boleh naik grab lah" bantah diana.

"nak keluar ke tak?"

"fine!" jawab diana lalu menuju masuk ke dalam kereta yang dipandu pak man. Puan ariana mengeluh lega. Dia mengawal pergerakan anaknya selama ini kerana dirinya sibuk mengurus butik dan spa salon. Nasib baik pak man mematuhi arahannya.

***

"iye kejap lagi aku sampai" ujar anna yang sedang berbual dengan jas di telefon. Dia mengambil bomber jacketnya di atas kerusi. Panggilan diputuskan. Kakinya melangkah keluar dari bilik bersama kunci bigbike nya.

"you ni kan tak habis-habis busy dengan jumpa kawan-kawan. Malam macamni pun nak jumpa?" anna mendengar suara papanya iaitu Encik Mateen. Papanya seorang ahli perniagaan syarikat yang terkenal. Sering sibuk menguruskan syarikatnya.

"i sibukla dengan club kawan i tu, nanti apa pula kata diorang" jawab Puan Ixora yang memegang handbag membuka pintu bilik.

"asyik sibuk dengan diorang, i'm your husband!" kata encik mateen geram dengan sikap puan ixora lebih mementingkan kawan-kawan.

"you pun takde beza, pagi-pagi keluar" balas puan ixora menoleh memandang suaminya. Tiba-tiba telefonnya berdering. Kawan-kawan datinnya sudah menelefon.

Anna yang mendengar perbalahan mama dan papanya mengetap bibir. Sebab itu lah dia rela tinggal di dorm srivilla selama ini. Mama dan papa nya asyik bergaduh tidak tentu pasal.

"mama n papa gaduh lagi ke?" tanya aaron iaitu adiknya berumur 13 tahun keluar dari bilik. Anna mengangguk kesal.

"dahla, i'm going to meet my friends. Nanti mama n papa tanya, jawab je sukahati" kata anna lalu turun ke bawah menghidupkan big bike nya. Aaron hanya mengangguk mengerti.

***

"finally dapat juga jumpa korang, i miss you guys so much" ujar jas setelah diana, aeya dan anna sudah berkumpul di dalam bilik karaoke itu. Siap dibooked nya khas untuk mereka berempat meluangkan masa.

"aku pun rindu korang" sampuk aeya ala touching.

"takpe, now we are here" kata anna.

"oh yea! korang dah minta permission vacation dekat bali?" tanya diana teruja ingin bercuti ke bali bersama kawan-kawannya.

"aku okay jer" kata anna. Macamlah mama dan papanya ambil berat pasal dia.

"yes! korang?" diana memandang jas dan aeya.

"ofcourse dapat!" jawab jas tersenyum.

"kalau korang confirm, aku pun confirm" jawab aeya pula. Mereka tersenyum riang.

"yayy! so we are going to bali for this holiday!" ucap diana gembira.

"yayyy!" sokong anna.

"but, adam, dylan, nik n con pergi juga ke?" tanya aeya teringat dylan yang turut mempunyai tiket ke bali.

"haah, and mrs jane pun pergi" jawab diana.

"kalau macamtu, kita dah boleh pack barang kan?" soal anna tidak sabar pergi dari rumahnya. Diana mengangguk

"bila flight?" tanya jas.

"next week and we are going for 2weeks!" kata diana lagi. Mereka berempat bersorak gembira.

"so tonight, lets have fun!" ajak jas. Dia mengajak diana, aeya dan anna berkaroke. Mereka meluangkan masa sehingga larut malam.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now