₁₂

33 3 0
                                    

Petang itu, con mengajak anna meluncur di Pantai Seminyak. Mereka berdua berjalan kaki beberapa minit sebelum tiba.

"are you sure pandai meluncur ni?" tanya con memandang anna yang sudah bersiap sedia dengan pakaian renangnya. Siap warming up.

"ofcourse, i tere tau tak" jawab anna memegang papan luncur nya. Ramai pengunjung turut datang untuk meluncur.

"bahayalah perempuan main ni, you berenang je lah. Takpayah surfing bagai" kata con merisaukan keselamatan anna. Orang nak main, dia sibuk nak main jugak.

"i okay jela, bolehla" kata anna masih berdegil dengan nada memujuk.

"tak payah"

"pleaseeeee"

"no"

"pleaseeeee"

"fine" jawab con. Anna tersenyum gembira. Mereka berdua mula meluncur selama beberapa jam. Pada mulanya con risau melihat anna, lama-kelamaan anna dapat meluncur dengan baik.

"i dah cakap i tere" kata anna ketika mereka mengambil keputusan untuk berehat. Mereka berdua duduk beralaskan kain untuk mengelakkan pasir melekat.

"eh iyelah tu, i pun ajar tadi tau" ujar con tidak mahu mengalah. Anna menjelirkan lidah.

"you nak minum apa?" soal con berura-ura untuk pergi membeli air. Anna yang berbaring dengan cermin mata hitamnya terus duduk.

"apa-apa je, btw you nak gi mana?" soal anna.

"nak beli air lah, kesian penat surfing. You tunggu je sini" ujar con.

"jangan lama tau!" pesan anna lagi. Takut jugak dahla negara orang.

"bukannya lama pun, tak payah rindu i" sakat con sebelum pergi dengan gelak tawa. Anna memandang sahaja sebelum membaringkan badan. Dia menjemurkan dirinya ala-ala mat salih. Hoho.

Ting!

Telefon di sebelahnya berbunyi menandakan notification masuk. Dia hanya membiarkan sebelum telefonnya berbunyi lagi. Anna mencapai telefonnya membuka iMessage dari private number.

'enjoy sangat holiday sampai parents bergaduh dekat rumah pun tak peduli? apanakjadi lah dengan your family' - unknown

Anna mendengus. Siapa ungkit pasal family ni. Baru nak seronok holiday. Dia meletakkan telefonnya ke tepi. Kacau jer.

Kemudian con datang membawa dua buah kelapa yang sudah dicucuk straw. Con menyerahkan sebuah kelapa buat anna.

"thanks" ucap anna. Moodnya sedikit hilang apabila terkenang keluarganya yang bermasalah. Mereka berdua menikmati angin petang.

***

"betul ke okay ni kalau i ajak pergi sini je?" soal nik malam itu. Mereka berdua berdiri di hadapan Fun Fair yang terletak sejauh 500 meter dari villa. Aeya disebelah dipandang.

"okay je lah, kenapa?" soal aeya pelik.

"mana tau you tak suka tempat macamni" balas nik. Aeya mengerutkan dahi lalu memaut lengan nik masuk ke dalam fun fair.

"i like fun fair, dari kecil i minat pergi fun fair" ujar aeya. Mereka memandang pelbagai jenis permainan yang ada disitu. Ramai pengunjung bersuka ria.

"waw, nice. I beli tiket dulu jom" ajak nik. Mereka berdua menuju ke arah kaunter tiket yang beratur panjang. Sementara menunggu giliran, mereka berdua berborak.

"ramai jugak eh orang dekat sini" ujar aeya.

"kan, nampak meriah" jawab nik bersetuju.

"nik, kalau i nak jalan-jalan dekat sini boleh tak?" aeya meminta izin. Dia ingin melihat macam-macam jenis permainan. Semua macam best.

"you berani ke?" tanya nik memandang sekeliling. Aeya mengangguk.

"sekejap je, dekat situ" aeya menunjuk ke sebuah khemah permainan.

"okay, hati-hati tau. Datang sini balik tau" pesan nik sedikit risau. Aeya mengangguk lalu pergi ke khemah yang dimaksudkan. Mata nik tajam memandang pergerakan aeya.

"mbak mau main ya?" tanya salah seorang peniaga yang mengendalikan permainan tersebut. Aeya menggeleng.

"nggak papa" jawabnya. Dia hanya mahu bersiar-siar. Kemudian dia ternampak sebuah khemah yang dikhaskan untuk mengambil gambar seperti polaroid. Dia berhenti di hadapan khemah itu.

Ingatannya teringat rayyan pernah mengajaknya bergambar di Srvilla's fair dahulu. Dia mengeluh sebelum berpusing ke belakang. Namun dia tidak perasan ada seseorang dibelakangnya. Hampir sahaja kepalanya terlanggar muka orang itu.

"sorry, i tak nampak" mohon aeya. Matanya memandang orang yang dilanggarnya menggunakan hoodie hitam dan mask hitam. Cuma matanya kelihatan. Orang itu tidak menyahut sebaliknya memandang aeya.

"sorry again" kata aeya lagi. Dia seperti mengenali susuk badan di hadapannya ini. Tapi entahlah. Orang itu masih mendiamkan diri.

"aeya!"

Nik datang menghampiri aeya yang ditemani seseorang mencurigakan. Hatinya risau.

"nik, sorry i jalan-jalan tadi terlupa nak jumpa you" kata aeya menepuk dahinya. Nik hanya mengangguk.

"dah jom, tiket dah ada. And ni siapa?" soal nik menarik tangan aeya.

"i terlanggar dia tadi" ujar aeya yang ditarik nik. Nik segera menjauhkan aeya dari orang misteri tadi. Mereka berdua melangkah ke arah lain.

"oh, risau i. Dah jom" mereka berdua terus bersiar-siar.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now