49 4 0
                                    

Aeya membasuh cawan yang digunanya tadi. Tangannya yang basah dilap pada kain. Dia berjalan keluar dari dapur lalu mencapai luggage nya yang diletakkan di ruang tamu.

"aeya nak pergi mana?"

Aeya berpusing ke arah suara itu lalu mengeluh. Ingatkan bibik, rupanya daddy nya.

"i told you daddy, aeya pergi holiday dekat Bali dengan kawan-kawan" jawab aeya.

"aeya nak pergi jugak? kan daddy dah cakap kita ada dinner dengan aunty farah. Daddy nak kenalkan dia dekat aeya, then bolehla aeya rapat dengan dia" kata tengku faliq. Jenuh memujuk aeya.

"takkanlah aeya nak pentingkan Farah dari my bestfriends. She's nobody. Aeya bukan macam daddy yang pentingkan orang luar dari anak sendiri" sindir aeya. Malas dia nak menyebut 'aunty farah'. Macamlah taktahu yang daddy nya berniat berkahwin baru selepas 10 tahun kematian arwah mummy nya.

"Tengku Aeya binti Tengku Faliq!" jerit tengku faliq. Dia terasa dengan sindiran anaknya. Aeya terkedu. Habislah kalau daddy dah sebut nama panjang siap berTengku. Dia memandang muka daddy nya.

"kalau aeya masih berlawan, aeya boleh pergi buat apa yang aeya nak. Stay or leave?" tanya tengku faliq. Dia harus berkeras dengan satu-satunya anak perempuan nya.

"sampai eh hati daddy? okay fine" ujar aeya lalu menarik luggage nya keluar dari banglo itu. Kunci kereta pemberian daddy nya diletakkan atas meja. Dia menggunakan grab untuk pergi ke airport. Tengku faliq hanya memandang bayangan anaknya pergi. Keluhan kasar dilepaskan.

***

Kelihatan adam, dylan, nik dan con duduk di dalam starbucks yang terdapat di dalam airport. Mereka berempat menunggu kedatangan jas, diana, aeya, anna dan mrs jane.

"flight kita pukul berapa?" tanya adam. Jam ditangan dipandang.

"pukul 2 petang" jawab dylan yang memegang tiket flight itu.

"mana diorang ni?" tanya nik memandang sekeliling. Mana tau dah datang ke.

"biasalah perempuan, bersiap lama. Termasuk mrs jane" sambung con yang menghirup latte itu.

"anyone mentioned my name?" soal mrs jane yang baru muncul. Jas, diana, aeya dan anna yang berdiri di belakang tergelak kecil.

"eh manada mrs jane" cover con laju. Habislah.

"are you sure?" tanya mrs jane dengan muka garang.

"kiteorang ingat nak call mrs jane tadi" cover dylan pula.

"oooo okay" jawab mrs jane menahan gelak. Dia sengaja menyakat adam, dylan, nik dan con.

"semua dah ada?" tanya adam memandang jas.

"completed" jawab jas. Penampilannya tetap cantik. Diana, aeya dan anna turut begitu. Biasalah, outfit always important!

"so, are you guys ready nak holiday?" tanya diana excited dengan topi besar di kepala.

"i'm so excited" jawab anna membetulkan beanie nya.

"semua dah ada ticket?" tanya mrs jane memastikan students nya tidak ketinggalan apa-apa.

"yes!" jawab adam, dylan, nik dan con laju.

"Bali, here we come!" kata aeya gembira. Setelah semua selesai, mereka sudah berada di dalam kapal terbang. Nasib baik mereka mengambil business class, barulah selesa. Penerbangan itu memakan 3 jam sebelum tiba di Bali.

***

"We are in Bali!" ujar jas, diana, aeya dan anna teruja sebaik keluar dari Ngurah Rai Airport. Mrs jane hanya tersenyum memandang students perempuannya teruja.

"amboi seronok!" ujar adam tergelak melihat karenah jas, diana, aeya dan anna.

"tipulah tak seronok" balas jas. Aeya sempat mengajak jas, diana dan anna berselfie untuk ig story.

"dah dahla selfie tu" kata nik sengaja. Dia tahu kalau perempuan tak boleh lari dari selfie.

"ish biarlah" kata aeya masih sibuk mengambil gambar diana pula. Anna disebelah sibuk mencari lighting. Jas beria mengambil video.

"dylan, mana tour guide kita?" tanya mrs jane ke arah dylan. Dylan memandang telefonnya.

"dia cakap sekejap lagi sampai" jawab dylan. Matanya memandang sekeliling mencari tour guide yang dimaksudkan.

"kita tinggal dekat hotel ke villa?" tanya con. Jas, diana, aeya dan anna mendengar pertanyaan con segera memandang dylan meminta jawapan.

"villa rasanya"

Jas, diana, aeya dan anna tersenyum setelah mendengar jawapan dylan. Mrs jane hanya membiarkan.

"but kita ambil 2 villa tau? one for girls and one for boys" kata mrs jane. Dia sebagai pengetua tahu apa yang harus dibuat.

"yes mrs jane! kiteorang dah settle pasal tu" jawab adam.

Tiba-tiba sebuah kereta mewah bersaiz besar berhenti dihadapan mereka. Seorang lelaki separuh abad keluar menghampiri mereka.

"saya pak Wayan dari agency pelancongan Seminyak's Villa. Saya ditugaskan untuk menjadi tour guide kalian buat kali ini. Harapnya semua baik-baik aja ya" kata lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pak Wayan itu. Loghat indonesia nya sedikit pekat. Mrs jane, adam, dylan, nik, con, jas, diana, aeya dan anna mendengar dengan teliti.

"saya mrs jane merupakan pengetua anak-anak ini, harap bapak wayan dapat membantu kami sepanjang percutian ini" kata mrs jane berhemah. Pak Wayan mengangguk tersenyum.

"jadi hari ini, kita akan pulang ke villa dahulu yang terletak di Seminyak. Mari masuk ke dalam kereta" ajak Pak Wayan. Adam, dylan, nik, con, jas, diana, aeya dan anna serta mrs jane bergerak masuk ke dalam kereta itu. Pak Wayan mengangkat luggage-luggage lalu disusun di dalam ruangan belakang. Kereta bergerak menuju ke Seminyak.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now