₁₀

34 4 0
                                    

Selepas seminggu, mereka telah melawat ke banyak tempat dan mempelajari gaya hidup di Bali. Banyak manfaat yang mereka peroleh sepanjang minggu itu. Tugas pak wayan sudah berakhir kerana tugasnya cuma menemani mereka selama seminggu. Selebihnya mereka boleh membuat aktiviti sendiri.

"jom lah join sekali!" ajak jas dan anna yang sedang berenang di dalam swimming pool. Petang-petang macamni lah seronok berenang.

"taknak aku, tak pandai" balas diana yang cuma duduk merendamkan kaki nya di dalam air.

"rugi kau!" kata anna memercikkan air di muka diana. Jas turut join.

"basahlah!" marah diana lalu menyedut straw orange juice. Aeya turun dari atas menghampiri mereka.

"apa yang korang bising ni?"

"jom ah swimming sekali" ajak jas. Dia dan anna excited siap berbaju berenang. Nasib baik indoor swimming pool, kalau tak, takde makna nak berenang.

"thanks but nope!" jawab aeya membelek telefonnya. Sejak penerbangannya ke Bali, daddy nya tidak pernah menelefon nya. Dia berasa sedikit terasa.

Jas dan anna hanya menyambung berenang sambil bergelak ketawa. Diana dan aeya hanya memerhati sambil memakan cookies.

"kalau kita keluar boleh kan?" soal diana.

"boleh, asalkan kau tak sesat" jawab aeya. Diana mengangguk. Mereka masih menyimpan peta yang diberikan pak wayan, jadi tidak perlu risau untuk sesat.

"kau nak keluar ke?" tanya jas memandang diana.

"kira macam tu lah"

"mesti date dengan dylan kan?" tanya anna sambil mengangkat keningnya. Diana tersenyum malu.

"alololo malu" sakat jas, aeya dan anna lalu tertawa.

Sedang mereka bergelak ketawa, mata mereka memandang kelibat hana memandang berdiri di ruang tamu sambil memandang mereka.

"asal dia tengok kita macamtu?" soal anna pelik. Dia perasan hana tidak gemar bercakap dengan mereka. Ataupun memang seorang yang pendiam.

"entahla, dari haritu je macam pelik" sambung diana juga. Tapi sikap hana memang sesuai dengan penampilannya yang berambut pendek.

"not gonna lie, she looks creepy tho" ujar aeya pula. Tak pernah dia melihat hana senyum ke arah mereka.

"jap aku try panggil" kata jas lalu memanggil hana. Hana berjalan ke arah mereka.

"mau nya apa?" soal hana dengan muka serius.

"bisa bikinin kita-kita roti bakar nggak?" arah jas. Hana hanya mengangguk lalu pergi.

"see!" ujar anna. Hana memang seorang yang pelik.

"whatever" kata aeya. Mereka menyambung berbual.

***

Pagi-pagi lagi dylan sudah terpacak di hadapan villa sebelah. Tujuannya untuk mengajak diana keluar. Tangannya menekan punat loceng sehingga mrs jane membuka pintu.

"yes dylan?"

"hi mrs jane, err i would like to hang out with diana" kata dylan menutup malu. Mrs jane memandangnya semacam.

"hi dylan!" sapa diana dibelakang memegang kasut.

"nak pergi date ke ni?" soal mrs jane dengan kening terangkat. Diana dan dylan tertunduk malu.

"boleh ke mrs jane?" soal dylan. Mrs jane terdiam seketika sebelum mengangguk.

"thanks mrs jane! bye!" ucap diana lalu pergi bersama dylan.

"so, kita nak pergi mana hari ni?" tanya diana setelah berada di dalam grab. Senang sikit.

"adalah, something fun!" kata dylan dengan muka teruja. Diana hanya mengangguk menanti mereka sampai di destinasi.

"tadaaa!" kata dylan setelah mereka tiba. Membuntang mata diana apabila mengetahui mereka berada di Horseback Riding Centre yang terletak di pantai seminyak. Macam-macam jenis kuda ada.

"kita nak naik kuda ke?" soal diana. Teruja memang teruja tapi dia tak pandai menunggang.

"yep! are you okay with that?" tanya dylan namun diana mendiam. Dia memegang kedua-dua bahu diana sambil menatap diana.

"why? you tak suka kuda ke?"

"no, i tak pandai naik kuda" jawab diana. Dylan tergelak mendengar jawapan diana.

"apesal gelak pulak?"

"takde, kalau you tak pandai nanti ada expert ajarkan. Or nak i ajarkan?" tanya dylan menyakat diana.

"ish! dahla jom" diana meninggalkan dylan keseorangan yang tersengih.

"kejap eh i tanya orang tu" kata dylan semasa menunggu giliran untuk menunggang kuda.

Diana mengangguk. Matanya memandang para pengunjung dari serata dunia yang terdapat di situ. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang.

'eh tu bukannya hana ke?' soal hatinya apabila melihat hana bercakap dengan seseorang berhoodie hitam menutup kepala. Wajahnya tidak dapat di cam. Diana berasa pelik.

"you tengok apa tu?" sergah dylan dari belakang. Diana terkejut. Giliran mereka tiba. Mereka berdua pun menunggang kuda menyusuri pantai ditemani hati diana dijentik rasa ingin tahu.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now