₂₉

29 2 1
                                    

Dress berwarna merah itu dibetulkan lagi. Jas memandang sekeliling mencari kelibat dato joshua di dalam restoran mewah itu. Malam ini mereka akan makan malam bersama. Mungkin sebentar lagi dato joshua akan tiba.

"tak lama lagi sampai lah dad tu" kata datin ivy membetulkan rambutnya. Tidak sabar berjumpa dengan suami tercinta. Tiffany dan alex tersengih sesama sendiri. Biasalah couple katakan. Naik meluat pulak jas.

"waiting for me?" tegur dato joshua sambil tersenyum. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah jas. Datin ivy menghadiahkan senyuman buat suami yang baru tiba dari Italy.

"long time no see" ujar datin ivy.

"how are you dad? we miss you so much" kata tiffany dengan senyuman manis. Alex disebelah turut senyum.

"i'm fine, dad pun rindu korang" balas dato joshua. Dia sering ke luar negara akibat urusan perniagaan.

"so dad, this is Alex. My boyfriend. We studied in the same collage" kata tiffany memperkenalkan alex yang tersenyum maco. Alex berjabat tangan dengan dato joshua.

"alex... handsome. Pandai tiffany pilih boyfriend" gurau dato joshua.

"takde lah dato, biasa je" jawab alex segan.

"eh dont call me dato. Panggil dad je" balas dato joshua. Datin ivy tergelak mendengar kata-kata suaminya. Jas hanya terdiam. Tak ingin nak join berbual.

"jasmine? how are you? how's your holiday?" tanya dato joshua prihatin dengan anak bongsu nya itu.

"i'm fine dad, i really miss you" kata jas manja. Dato joshua tersenyum sambil mengusap kepala jas. Jas senang diperlakukan begitu. Dengan dato joshua tempat dia bermanja.

"dad, you know what? alex ambil course engineering" sampuk datin ivy yang bangga dengan pekerjaan boyfriend tiffany. Jas yang mendengar ayat datin ivy lalu mencebikkan bibir. Baru nak bermanja!

"really?"

Soalan dato joshua mendapat anggukan dari tiffany. Mereka meneruskan perbualan sebelum menjamu selera. Cuma jas yang tidak berselera!

***

Jas turun ke dapur apabila tekaknya berasa haus. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Dia membuka peti ais menyelongkar mencari epal. Digigitnya epal itu lalu dikunyah sehingga lumat. Selepas makan malam tadi, dia terus naik ke bilik. Takde selera apabila semua memuji tiffany dan alex. Eleh nanti aku bawak adam lah datang rumah! Lagi hensem!

"buat apa?!" sergah seseorang. Jas menoleh. Rupanya si alex. Tak balik lagi ke mamat ni?

"kau buat apa kat sini? takde rumah sendiri ke sampai tidur kat rumah orang?" sindir jas selamba. Dia duduk menghadap island table sambil meneguk air kosong.

"suka hati aku lah, rumah tiffany pun rumah aku jugak" ujar alex menahan geram mendengar ayat jas sebentar tadi. Namun jas menunjukkan wajah selamba sambil menggigit epal.

"aku kan kadang-kadang kesian tengok kau, kena layan pun macam anak tiri. Ada parents pun selalu puji kakak. Auch" kata alex lagi ingin menyakitkan hati jas.

"kau sibuk kenapa?" tanya jas. Ni ke lelaki yang dato joshua dan datin ivy sanjung sangat?

"one day aku akan dapat rampas harta dato joshua, be prepare"

"kau tunggu je lah kalau mum and dad tahu perangai kau" balas jas lalu berdiri untuk naik ke bilik. Alex hanya mahu merampas kekayaan mereka.

"kau ingat diorang akan percaya kau? i think they trust me more than you" provok alex tersenyum sinis. Dia hanya berpura-pura di hadapan dato joshua dan datin ivy.

"i'll tell tiffany then"

"she loves me, dia takkan percaya" kata alex yakin.

"we'll see" kata jas berani. Dia akan pertahankan keluarganya.

"kau jangan nak berani buat macam-macam" kata alex menahan lengan jas dengan kuat. Jas mengaduh kesakitan.

"lepaslah! kau keluar sekarang! sebelum aku suruh guard halau kau" halau jas berusaha menarik lengannya. Alex melepaskan lengan jas.

"tunggu kau, its not over yet" ancam alex lalu berjalan keluar. Jas mengatur pernafasannya. Dia berharap alex tidak akan muncul lagi keesokan harinya.

Ting!

Telefon di dalam poket di ambil. Sebuah text baharu.

'acah beranilah tu nak protect family, tapi parents pun tak percayakan dia. What a poor jasmine' - unknown

Jas memamdang sekeliling. Dia pasti orang yang mengancam nya itu ada di mana-mana.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now